Tuesday, 11 August 2015

Cerita : Garangnya Abah



                Abah bekerja sebagai seorang guru di sekolah rendah. Orangnya sangat garang dan tegas. Orang yang sangat mengenalinya pasti anaknya sendiri. Tapi ketegasan abah sangat berbeza dengan anak murid dan anak sendiri. Anak murid hanya sekadar merotan jika tidak siap kerja rumah, latihan dan sebagainya. Tapi kalau anak sendiri tidak siap latihan atau kerja rumah, pengakhirannya atau hukuman di rumahlah. Cuma kadang-kadang ada juga hukuman di sekolah. Tapi nak ceritanya berbeza hukuman anak sendiri dengan hukuman untuk anak muridnya.

                Ada satu ketika sewaktu pembelajaran penulisan Bahasa Melayu. Waktu tu aku darjah tiga kalau tak silap. Abah guru penulisan Bahasa Melayu ketika itu. Masa tu penulisan tulisan berangkai. Abah mula ajar satu kelas macam mana nak buat tulisan berangkai. Seorang demi seorang abah ajar. Semua dapat apa yang abah ajar. Mungkin tidak semua yang dapat bahkan ada yang tak dapat buat tulisan berangkai tu termasuklah aku sendiri. Tapi bila abah tau aku ni lambat dalam penulisan berangkai......

                “ Pang !!! “

                Satu tamparan yang kuat didalam kelas. Dengan saiz tangan abah yang dua kali ganda besarnya ketika aku berumur darjah tiga waktu tu. Semua kawan-kawan aku tengok aku. Semua terkejut. Hanya aku tak dapat tulis tulisan berangkai dengan betul. Bukan tak pandai tulis. Cuma tulis tak kena baris buku. Terlalu senget. Ada tulisannya tegak, tidak senget sikit. Tapi hanya sebab itu, aku kena tampar dengan abah.

                Sejak dari kejadian tu, aku berhati-hati dalam penulisan berangkai. Satu persatu aku buat. Alhamdulillah aku berjaya. Hatta sekarang pun, alhamdulillah masih boleh menulis berangkai. Satu tanda atau kelebihan hasil dari penulisan berangkai ini ialah ia mengajar aku menulis dengan pantas dan jelas. Walaupun orang lain tak faham apa yang aku tulis tapi cukup hanya aku yang faham. Orang kata tulisan macam tu sesuai untuk buat nota. Ya. Betul. Semua nota-nota aku kebanyakkannya tulisan ‘pantas’ iaitu tulisan berangkai.

                Semua asbab dari tamparan dari seorang bapa yang garang dan tegas. Tapi walaupun abah ni seorang yang tegas dan garang, hatinya tetap lembut pada semua orang. Apatah lagi pada anaknya sendiri, sangat lembut pada hal-hal tertentu. Yalah kan, kalau tak buat silap, tak kan tiba-tiba nak marah kan ? Tak semua manusia yang bergelar bapa ni seorang yang garang dan tegas. Malah ada seorang yang lembutnya hatinya. Tak garang-garang pada anaknya. Tak tegas pada anaknya tapi alhamdulillah, anaknya baik semua. Tapi bagi aku, aku bersyukur kerana dianugerahkan seorang bapa yang garang dan tegas. Banyak pengalaman yang mengajar diri aku serta adik-beradik aku yang lain.

                Akhirnya, sayanglah dan hargai serta berbuat baiklah kepada bapa kita selagi ia masih hidup atau selagi kita masih hidup. Bukan sahaja pada bapa sahaja malah pada mak atau ibu kita juga. Kerana keberkatan hidup kita ini terletak pada ibubapa kita.

Firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran :

( ووصّينا الإنسن بولديه......إلى اخر اية )

Maksudnya : Dan Kami ( Allah ) wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya.......

Wallahu’ alam.

Hasnul Hakimi bin Hussien
Kaherah, Mesir
11-Ogos-2015


Sunday, 9 August 2015

Hulurkan Tangan, Berilah Bantuan



                Sifat bantu-membantu itu perlu disematkan didalam hati kita. Setiap kali orang lain memerlukan pertolongan maka kita mestilah membantu bahkan wajib memberi pertolongan kepada mereka mengikut kemampuan kita sendiri. Ringan-ringankan tulang kita membantu mereka. Lagi-lagi insan yang betul-betul memerlukan bantuan. Jika bukan kita, siapa lagi.

                Nak bagi pertolongan juga ada tahapnya. Tidak semua perkara kita perlu beri pertolongan. Ada pertolongan yang membawa kepada kebaikan dan ada pertolongan yang membawa kepada keburukan. Misalnya, menolong orang untuk membeli arak, membeli dadah, tolong ‘cover line’ ketika kawan mencuri, tolong ’cover line’ ketika kawan melakukan maksiat berdating dan sebagainya. Itu bukan satu pertolongan malah itu satu musibah buat kita. Kita boleh terlibat sama dalam keburukan tersebut. Nauzubillah min zalik.

 Membantu orang itu satu amalan yang baik. Begitulah sifat Nabi Muhammad s.a.w. yang mana baginda sangat suka akan orang yang membantu orang lain dalam kebaikan dan kebajikan. Begitu juga sifat para sahabat Rasulullah s.a.w. yang banyak membantu dalam gerak kerja Islam. Membantu sahabat lain dalam kesusahan. Seperti kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. membantu melepaskan Bilal bin Rabah r.a. yang mana ketika itu beliau sedang didera oleh majikannya, Umaiyah dengan deraan yang sangat kejam. Diletakkan batu diatas dada Bilal dan meminta kembali kepada agama nenek moyang mereka. Tapi, dengan kekuatan iman Bilal, mulutnya hanya mengatakan ‘Ahad ! Ahad ! Ahad ! ’ iaitu Allah Maha Esa.

Seterusnya, dalam kita menuntut ilmu ini, perbanyakkan memberi manfaat kepada orang yang dekat dengan kita. Misalnya kawan-kawan kita. Kalau kawan perlukan wang, kita bantu dengan wang. Kalau kawan sakit, kita bantu dengan membeli ubat dan merawatnya. Kalau kawan minta tolong ajar subjek atau tajuk yang dia tidak faham, maka bantulah. Ikut kemampuan kita. Jangan kita sombong. Jangan kita sering menolak jika mereka memerlukan pertolongan. Sombong itu sifat syaitan. Allah tidak suka orang yang sombong ini.

                Tambahan lagi, memberi pertolongan ini bukan sahaja untuk manusia tetapi untuk makhluk selain dari manusia. Kepada tumbuhan misalnya. Membantu tumbuhan dengan disiramkan air kepadanya untuk ia tetap segar dan hidup. Dan kepada haiwan juga. Seperti kisah yang makruf kita dengar iaitu kisah seorang wanita pelacur yang memberi minum kepada seekor anjing yang sedang kelaparan. Akhirnya, dengan asbab pertolongan tersebut, wanita itu dimasukkan kedalam syurga Allah s.w.t.

                Akhirnya, besar manfaatnya memberi pertolongan kepada orang lain serta makhluk yang lainnya. Kadang-kadang dengan asbab pertolongan, kita dilabel sebagai ahli syurga Allah s.w.t. Tak nak ke macam tu ? Mesti nak kan ? So,, luangkan waktu kita untuk memberi pertolongan kepada orang lain walaupun pertolongan itu hanya kecil dimata kita. Wallahu’alam.


Hasnul Hakimi Hussien | 
Kaherah, Mesir | 
9 Ogos 2015  

Thursday, 6 August 2015

Saat Iqamah Dilafazkan




          Situasi ini sering kali berlaku dimana sahaja tempat kita berada. Khususnya bagi rumah-rumah yang berdekatan dengan masjid atau surau. Kenapa khusus pada rumah yang berdekatan dengan masjid dan surau ? Sebab mereka dengar seruan azan dari corong-corong masjid dan hanya berjalan kaki je dah sampai ke masjid. Hanya beberapa langkah saja untuk tunaikan solat secara berjemaah. Kalau rumah yang jauh dari masjid atau surau ni mungkin ada sedikit kemaafan kerana mungkin ada yang tidak dengar seruan azan dan iqamah.

           Ok. Masuk ceritanya. Benda ni dah lama diperhatikan oleh diri saya dan saya sendiri pun ada melakukannya. Iaitu pabila saat iqamah dilafazkan, ketika itulah barulah ramai yang hadir ke masjid atau surau untuk solat. Ketika azan dilafazkan, tiada. Selepas azan, tiada. Sebelum azan pun tiada. Lepas iqamah baru ada. Jadi situasi ini membuatkan saya terdetik dihati untuk menulis sedikit perkongsian soal situasi ini. Tambahan lagi, ia juga berlaku pada mahasiswa atau golongan muda samada dalam negara ataupun luar negara.

           Pertamanya, saya menulis perkongsian ini untuk muhasabah diri saya serta mengajak diri pembaca untuk muhasabah bersama saya. Baik. Kita ini solat kerana Allah s.w.t.  Seruan azan itu tanda panggilan agung dari Allah untuk kita menunaikan solat kepada-Nya. Iqamah pula panggilan kedua untuk kita tunaikan solat. Tapi kita menyahut panggilan itu setelah iqamah dilafazkan. Ia Seperti kita ini tidak sungguh-sungguh untuk menyembah Allah s.w.t. Sedangkan Allah yang menciptakan kita. Allah yang memberi rezeki kepada kita. Allah memberi pernafasan kepada kita. Segalanya dari Allah s.w.t. Kita hanya manusia dan makhluk yang tiada punya apa-apa. Ia ibarat seperti seorang ayah memanggil anaknya kali pertama yang sedang duduk mengoyang kaki saja tanpa melakukan pekerjaan apa-apa sekalipun. Kemudian anaknya buat tak tau. Kemudian ayahnya panggil lagi buat kali kedua. Barulah ia datang pada ayahnya. Sedangkan semasa panggilan pertama itu, dia sudah pergi kepada ayahnya kerna tiada apa halangan untuk dia datang menyahut panggilan ayahnya. Kalau anak seperti ini pasti sudah kena marah dengan ayahnya. Macam ayah saya juga. Kali pertama panggil buat tak tau je, memang kena marahlah. Tapi baiknya Allah ini tiada tandingannya. Walaupun panggilan agung azan itu tidak dihiraukan, kemudian dipanggil pula kali kedua iaitu iqamah, Allah masih tetap sayang dan memberi rezeki kepada kita. Allah sentiasa memberi peluang dan ruang untuk kita perbaiki diri, muhasabah diri dari satu masa ke satu masa yang lain.

          Akhirnya, hadirkan diri ke masjid sebelum iqamah dilafazkan atau dilaungkan. Tanda kita bersungguh-sungguh dalam mengejar cinta Allah s.w.t. dan tanda syukur kita kepada-Nya. Wallahu'alam.


P/S : Bagi yang ada pekerjaan dikira dimaafkan.

Monday, 15 June 2015

Ramadhan Tiba : Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan



           Ahlan wasahlan Ya Ramadhan. Alhamdulillah kita diberi kesempatan bertemu dengan Ramadhan kali ini. Kita amat bersyukur kerana masih diberi kesempatan ini. Yang mana ada insan-insan yang telah kembali ke rahmatullah sebelum mereka bertemu dengan Ramadhan ini. Semoga mereka tenang disana. Amin, inshaAllah.
Baik. Jom kita tuliskan sedikit perkongsian tentang Ramadhan ini.

            Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat ke 183 :

يأيها الذين ءامنوا كتب عليكم الصيام كما كتب على الذين من قبلكم لعلكم تتقون

Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman ! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat ke 185 :

شهر رمضان الذى أنزل فيه القرءان هدى للناس وبينت من الهدى والفرقان فمن شهد منكم الشهر فليصمه ومن كان مريضا أوعلى سفر فعدة من أيام أخر يريد الله بكم اليسر ولا يريد بكم العسر ولتكملوا العدة ولتكبروا الله على ما هدىكم ولعلكم تشكرون

Maksudnya : (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah ia berpuasa bulan itu ; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.

Hukum berpuasa ialah WAJIB sepertimana yang telah disebutkan didalam Al-Quran dalam suarah Al-Baqarah ayat ke 183 diatas dan disebut juga didalam Hadis Rasulullah Sallahu ‘alaihi wasalam iaitu :

Telah bersabda Rasulullah Sallahu ‘alaihi wasalam “ Islam itu terbina keatas lima perkara : Bersaksi sesungguhnya Tiada Tuhan Melainkan Allah, bersaksi sesungguhnya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah dan mendirikan solat dan mengeluarkan zakat dan berpuasa di Bulan Ramadhan dan menunaikan Haji di Baitullah Kaabah “.

            Bulan Ramadhan ini peluang kita untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Peluang untuk kita meraih seberapa banyak pahala. Peluang untuk kita melawan nafsu kita dari segi nafsu makan, nafsu minum, nafsu syahwat dan segala macam nafsu. Terlalu banyak peluang yang dapat kita kutip di bulan Ramadhan ini.

            Bulan Ramadhan ini juga mengajar kita erti kesabaran. Yang mana kita bersabar dalam menunaikan ibadah puasa ini. Kita bersabar dari menahan lapar dan dahaga serta nafsu syahwat bermula dari terbitnya fajar hinggalah terbenarnya matahari iaitu Maghrib.

            Seterusnya, di dalam bulan Ramadhan ini juga memiliki banyak kelebihan yang Allah berikan pada hamba-Nya. Antaranya ialah :

1.      Pintu-pintu Syurga dibuka.
2.      Pintu-pintu Neraka ditutup
3.      Syaitan-syaitan digari.
4.      Terdapat malam Lailatul Qadr.

Tambahan lagi, disaat kita berjuang menunaikan ibadah puasa ini, ingatlah sahabat kita yang berada di negara-negara yang sedang berlaku peperangan misalnya. Mereka lebih kuat berjuang dari kita. Kita hanya berjuang dari makan dan minum sahaja. Malah mereka melebihi dari makan dan minum. Mereka berjuang mempertahankan agama Allah s.w.t. dari pihak musuh.



Akhirnya, marilah kita mengejar serta meraih pahala di bulan yang penuh barakah ini. Jadikan bulan Ramadhan kita ini sebagai ‘ Hari Raya ‘ buat kita semua. Perbanyakkan qiammulail dimalam hari. Perbanyakkan zikir kepada Allah s.w.t dan memperbanyakkan selawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad Sallahu ‘alaihi wasalam serta amalan-amalan yang baik. Semoga kita semua tergolong dalam orang-orang yang diberkati Allah s.w.t. dan semoga mereka yang berjuang mempertahankan agama Allah setiasa didalam lindunganNya. Amin Ya Rabbal ‘alamin. Waallahu ‘alam.

Hasnul Hakimi Hussien | Kaherah, Mesir | 28 Sya'ban 1436 H | 14 Jun 2015 M

Sunday, 31 May 2015

15 Sya'ban : Berlakunya Pertukaran Kiblat



     Kali ini kita akan menceritakan tentang 15 Sya’ban atau nama familiarnya ialah Nifsu Sya’ban. Apa yang berlaku pada tarikh tersebut ? Peristiwa apakah agaknya ye ? Baik. Mari kita bincangkan.

                Firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 142 :

Maksudnya “ Orang-orang bodoh ( yang kurang berakal pertimbangannya ) akan berkata : “ Apa sebabnya yang menjadikan orang-orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini ? “Katakanlah (Wahai Muhammad) : “ Timur dan barat adalah kepunyaan Allah ( maka ke pihak mana sahaja kita diarahkan Allah mengadapnya, wajiblah kita mematuhiNya ); Allah yang memberikan petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus “.

Satu mukjizat Rasulullah sallahu alaihi wasalam di 15 Sya’ban ini ialah peristiwa pertukaran kiblat dari Baitul Maqdis ditukarkan ke Kaabah, Masjidil Haram. Yang mana sebelum pertukaran kiblat ini umat Islam ketika itu mengadap kiblat ke arah Baitul Maqdis, Palestin pada tahun ke-8 Hijriah. Pertukaran tersebut dimaksudkan untuk melembutkan hati orang-orang Yahudi dan untuk menarik mereka kepada syariat Al-Quran dan Islam (agama tauhid) ini. 

Tetapi setelah 16-17 bulan umat Islam mengadap kiblat ke arah Baitul Maqdis ternyata harapan Rasulullah tidak dipenuhi. Orang-orang Yahudi di Madinah berpaling dari ajakan baginda, bahkan mereka merintangi Islamisasi yang dilakukan Nabi Muhammad dan mereka telah bersepakat untuk menyakitinya. Oleh kerana itu, Rasulullah sallahu alaihi wasalam berulang kali berdoa memohon kepada Allah s.w.t. agar dibenarkan tukar  kiblat solat dari Baitul Maqdis ke Kaabah selepas Baginda mendengar ejekan orang Yahudi yang mengatakan :

“ Muhammad menyalahi agama kita tapi mengikuti kiblat kita. Apakah yang memalingkan Muhammad dan para pengikutnya dari kiblat (Kaabah) yang selama ini mereka gunakan ? “

Ejekan itu di jawab oleh Allah melalui firmanNya yang kita sebut diatas (Surah Al-Baqarah ayat 142 ) dan disambung dengan ayat ke 143.

Seterusnya Allah memperkenankan permohonan Rasulullah agar menukarkan kiblat umat Islam dari Baitul Maqdis ke Kaabah, Masjidil Haram. Sepertimana firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Baqarah ayat ke 144 :

Maksudnya “ Sering Kami (Allah) melihat kamu ( Wahai Muhammad ) berulang kali menadah ke langit, maka Kami benarkan kamu berpaling mengadap kiblat yang kamu sukai. Oleh itu, halakan mukamu ke arah Masjidil Haram ( tempat letaknya Kaabah ); Dan di mana saja kamu berada, maka hadaplah mukamu ke arahnya. Sesungguhnya orang ( Yahudi dan Nasrani ) yang diberikan Al-Kitab ( Taurat dan Injil ), mereka mengetahui bahawa perkara ( berkiblat ke Kaabah ) itu adalah perintah yang benar daripada Tuhan mereka dan Allah tidak sesekali lalai akan apa yang mereka lakukan “

Begitulah peristiwa pertukaran kiblat berlaku. Ia berlaku pada 15 Sya’ban. Hari yang sangat penting buat pengetahuan kita sebagai umat Islam. Sebelum kita akhiri perkongsian ini, ada beberapa yang dapat kita kongsi iaitu perbanyakkan amalan baik pada malam nifsu Sya’ban. Apa-apa jua amalan baik. Perbanyakkan selawat, menunaikan solat malam dan pelbagai lagi. Semoga amalan yang kita lakukan itu diredhai dan dirahmati Allah s.w.t. Wallahu ‘alam.

Hasnul Hakimi bin Hussien
Kaherah, Mesir

Friday, 29 May 2015

Ambillah Waktu Sebentar

                 Kita diperintahkan oleh Allah s.w.t. untuk menunaikan solat fardhu wajib  5 waktu sehari. Lebih diutamakan solat secara jemaah. Dihitung anggaran masa bagi setiap waktu ialah sebanyak 5-6 minit sahaja ( tidak campur berwirid dan berdoa ). Sekiranya dicampurkan dengan amalan wirid dan berdoa masa dianggar lebih kurang 7-10 minit sahaja.

                Bagi yang solat berjemaah, ambillah sedikit waktu untuk bersama jemaah. Wirid bersama. Berdoa bersama. Bersalam-salaman sesama jemaah. Duduklah bersama jemaah.  5-6 minit solat berjemaah tanpa wirid dan berdoa bersama jemaah itu sangat rugi. Sekiranya kita pergi meninggalkan jemaah dalam keadaan kita memang ada pekerjaan yang penting itu dimaafkan. Tapi sekiranya tiada pekerjaan apa-apa. Kalau mahu pergi dari jemaah hanya kerana game, movie, futsal dan hal-hal yang boleh ditangguh sebentar, apa salahnya jika diambil waktu sebanyak 2-3 minit untuk duduk bersama  jemaah dalam wirid dan berdoa bersama. Itu lebih baik bukan ?

                Bukannya game, movie dan futsal atau sewaktu dengannya itu satu benda yang salah. Tidak salah. Tapi mungkin ditangguhkan dahulu. Kita uatamakan masa kita dengan duduk bersama mengalunkan zikir SubhanaAllah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar dan membaca Surah Al-Fatihah, membaca Ayatul Kursi dan berdoa. Kemudian kita bersalaman. Selesai. Kalau ada tambahan seperti baca Mathurat atau Surah Mulk, duduklah sekali. Tidak rugi pun. Malah berpahala lagi.

                Malah kita juga tak perlu nak bergegas dalam solat. Ambillah masa dalam setiap pergerakan solat. Bukankah setiap pergerakan solat itu ada diselitkan dengan Thoma’ninah ? Thoma’ninah ertinya berhenti sebentar. Masa berhenti bagi thoma’ninah hanya sebanyak 2 saat sahaja atau seperti sekali bacaan ‘ SubhanaAllah ‘. Begitu juga dalam rukun qauli atau rukun sebutan. Janganlah kita menyebut rukun-rukun qauli dengan cepat. Misalnya dalam bacaan Al-Fatihah. Apabila kita membaca AL-Fatihah dengan laju tanpa memikirkan tajwid serta sebutannya betul atau salah, ia akan menyebabkan bacaan kita salah dan sekiranya salah solat kita tidak sah.

                Solat ini bukan hanya sekadar menunaikan solat kosong semata-mata. Malah ambil peluang didalamnya. Ambil peluang meningkatkan bacaan dalam solat. Ambil peluang meningkatkan kekhusyukkan dengan meneliti makna disetiap bacaan solat itu. Ambil peluang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Macam-macam yang kita dapat dari solat itu sendiri.

                Akhirnya, ambillah waktu selagi kita boleh ambil. Sekiranya waktu itu tamat sebelum kita belum melakukan persiapan apa pun maka manfaatkan waktu itu kerana ‘ Waktu itu Emas ‘ dan ‘ Waktu itu seperti pedang, sekiranya kita tidak memotongnya ( mengambil manfaat padanya ) maka ia akan memotong kamu “. Wallahu ‘alam.


Hasnul Hakimi b. Hussien
Kaherah, Mesir

Wednesday, 13 May 2015

Kisah Ringkas Israk dan Mikraj

             Kini kembali peristiwa Israk dan Mikraj yang mana peristiwa ini  mengisahkan tentang kronologi dan ibrah untuk kita hayati bersama. Peristiwa ini mengisahkan perjalanan Rasulullah Sallahu ‘alaihi wasalam bermula dari Masjidil Haram, Mekah menuju ke Baitul Maqdis, Palestin dan terus ke Sidratul Muntaha sehingga bertemu Allah s.w.t. So, mari kita ikuti kronologi peristiwa ini.

                Peristiwa ini berlaku pada bulan Rejab iaitu 27 Rejab. Ia juga berlaku setelah kewafatan isteri baginda Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasalam, Saidatina Khadijah r.a. dan bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika peristiwa ini terjadi baginda dalam fasa tekanan psikologi yang kuat kerana kematian dua insan yang paling rapat dengan baginda.

                Seterusnya, peristiwa ini bermula dari Masjidil Haram, Mekah. Ia berlaku ketika itu semasa akhir-akhir sebelum hijrah. Kemudian baginda dibawa oleh Malaikat Jibril a.s. ke Masjidil Aqsa dengan menunggang Buraq. Dikisahkan sebelum baginda memulakan perjalanannya, hati baginda dibersihkan  oleh Malaikat Jibril a.s. dengan air suci Zam Zam.

                Setibanya baginda di Masjidil Aqsa bersama Malaikat Jibril a.s. , baginda dan Malaikat Jibril a.s. berhenti dan baginda pun solat  di situ. Baginda menjadi imam solat bersama para anbiya’ yang terdahulu. Kemudian, baginda pun di teruskankan perjalanannya  dengan menunggang Buraq  ditemani oleh Malaikat Jibril a.s.

                Diringkaskan kisah ini, baginda melalui pelbagai pintu yang mana setiap pintu itu didiami oleh para anbiya’ terdahulu. Baginda pun meneruskan lagi perjalanannya sehingga ke langit ketujuh ataupun dinamakan ‘Tujuh Petala Langit’. Yang mana disini ada dinyatakan beberapa khabaran yakni betapa pentingnya tanah anbiya’ kepada umat Islam. Bumi Masjidil Aqsa tersebut serta sekitarnya adalah milik umat ini dan membebaskannya adalah tanggungjawab setiap umat Islam.
                Kemudian baginda di meneruskan lagi  sehingga baginda ke Sidratul Muntaha dan terus ke Baitul Makmur bertemu dengan Allah Azza Wajalla dengan jasad yang zahir bertemu Tuhan Pencipta Alam. Dari pertemuan itu, baginda menerima wahyu dan perintah dari Allah s.w.t. iaitu penerimaan ibadah solat. Yang mana ketika itu, baginda diperintahkan solat sebanyak 50 waktu. Kemudian dikurangkan menjadi 10 waktu. Akhirnya, dikurangkan sebanyak 5 waktu. 5 waktu yang kini kita lakukan setiap hari iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

                Setelah itu, baginda pulang ke Masjidil Haram. Baginda dijalankan hanya satu malam sahaja. Kemudian, baginda menyampaikan wahyu dan perintah Allah solat 5 waktu itu kepada umat di Mekah. Ketika itu ada yang percaya dan ada yang tidak percaya sehingga ada yang murtad dari Islam. Tetapi,  sahabat baginda Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila dikhabarkan kepadanya tentang peristiwa ini, beliau sedikit pun tidak ragu bahkan membenarkan malah lebih membenarkan sekiranya ada yang lebih hebat lagi dari peristiwa Isra’ dan Mikraj ini. Sejak itu beliau diberi gelaran ‘As-Siddiq’ yang memberi maksud ‘ Yang Membenarkan ‘.

                Kesimpulannya,  peristiwa ini berlaku hanya untuk baginda menerima perintah solat 5 waktu yang mana solat itu sangat penting dalam kehidupan sehari-hari kita. Ketika hari penghitungan kelak, solat inilah yang akan disoal dahulu sebelum yang lainnya. Hanya 5 waktu dalam satu hari. Tetapi walaupun hanya sebanyak 5 kali sehari, itu pun masih ramai umat manusia yang tidak melangar perintah Allah ini. Cuba bayangkan betapa sedihnya baginda melihat umatnya yang meninggalkan solat. Ia umpama tidak menghargai pengorbanan dan kesusahan Rasulullah ketika menerima perintah tersebut. Semoga kita tergolong dalam umat yang membuatkan Rasulullah tersenyum melihatnya. Wallahu ‘alam.

Hasnul Hakimi bin Hussien.
Kaherah, Mesir.
2015.

                                                                                                                   Sumber : Sahabat Seperjuangan – Muhammad Zaki

Saturday, 9 May 2015

Rendahnya Sifat ' Malu ' Itu

Begitu rendah sifat ‘malu’ seseorang itu. Samada lelaki mahupun wanita. Kenapa boleh jadi rendah sifat malu itu ?  Antaranya :

1.       Kurang mengabdikan diri kepada Allah s.w.t.

-          Pabila jauh dengan Allah, maka Allah akan jauh darinya.

2.       Kurang berselawat kepada baginda Rasulullah Sallahu ‘alaihi wasalam.

-          Bagaimana mahu dapatkan syafaat nabi kalau kita kurang berselawat pada beliau ?

3.       Tidak matang dalam mengawal nafsu diri.

-          Orang yang dapat mengawal nafsunya ialah antara orang yang hebat.

4.       Nafsu ‘aku nak’ melebihi dari ‘aku tak nak ‘

-          Kerana mencuba sesuatu perkara yang dimulai dengan ‘aku nak’ tanpa selidik baik buruknya akan menyebabkan nafsu cenderung pada perkara buruk kerna nafsu lebih memilih yang buruk dari yang baik.

Akhir kata, jagalah dan peliharalah sifat malu kita. Bukan susah nak jaganya. Hanya perlu sedikit usaha. Usaha untuk melawannya dan istiqamah dengan pendirian kita. Ambillah kata-kata ini “ Lebih baik kita mencegah sebelum merawat “.

Hasnul Hakimi Hussien
9/5/2015

8.52 pm – Cairo, Egypt.

Tuesday, 14 April 2015

Iman Seorang Khalifah Umar al-Khatab r.a.

                Lihatlah bagaimana iman dan sifat kelembutan Saidina Umar al-Khatab r.a. ketika zaman pemerintahan beliau. Beliau rela menghabiskan waktunya untuk rakyatnya. Ketika beliau bersama sahabatnya meronda kawasan, mereka terdengar tangisan kanak-kanak yang kelaparan.  Apabila ditanya kepada ibu dari anak-anak itu kenapa mereka menangis ? Ibunya kata mereka merungut meminta makanan.

                Saidina Umar al-Khatab merasa berdosa kerana masih ada rakyatnya yang kelaparan. Kemudian ia bergegas pergi menuju ke gudang gandum untuk mengambil sedikit gandum untuk diberikan kepada keluarga tersebut. Kemudian sahabatnya berkata,

“  Wahai Amirul Mukminin, kemana engkau ingin bawa makanan ini ? “.

 Saidina Umar al-Khatab r.a. berkata “ Aku ingin bawa ke rumah itu “.

 Jawab sahabatnya, “ Kita hantar esok je. Biar aku yang hantar “.

“ Adakah kau terfikir yang aku akan mati pada malam ini ? “, kata Saidina Umar al-Khatab.

Saat beliau ingin menghantar makanan itu, sahabatnya cuba untuk mengambil makanan itu dari beliau tetapi beliau melarangnya kerana katanya,

“ Adakah kau yang akan menanggung dosaku di akhirat kelak “.

Kemudian beliau pun membawa makanan itu sendiri. Dan beliau juga memasak makanan untuk keluarga itu. Di pendekkan cerita, wanita itu serta anak-anaknya dapat makan bersama. Apa kata wanita itu, “ Begitu baik tuan. Saya harap ada pemimpin seperti tuan yang akan disayangi oleh rakyat dan dapat menggantikan tempat Umar “

Kata Saidina Umar, “ Jika puan datang bertemu dengan Khalifah Umar, puan pasti akan bertemu dengan saya “.


Jom kita tonton video khalifah ini. Agar lebih detail apa yang nak saya  kongsikan. Terima kasih.



Monday, 9 March 2015

Ambil Hak Orang Lain Tanpa Izin

Penyakit yang sangat sukar untuk diubati melainkan diri sendiri yang makan ubat itu ialah penyakit ‘ mengambil hak orang lain tanpa izin’. Penyakit ini sering saja berlaku kepada sesiapa pun samada di sekolah, asrama, bersama sahabat, bersama staf kerja dan sebagainya . Penyakit mengambil hak orang lain ini tidak disukai oleh ramai orang. Bahasa kasarnya ialah ‘ benci ‘. Bukan benci dengan orangnya tapi benci dengan sikapnya.

Apabila kita sembang tentang ‘ ambil hak orang lain tanpa izin ‘ ini, kita akan fikir tentang ambil duit orang atau barang berharga kepunyaan orang lain. Tapi itu semua kita sudah makruf. Semua sudah tau apa hukumnya. Tetapi ada satu hal yang ingin di titik beratkan iaitu mengambil hak orang lain tanpa izin dari segi pemakanan. Baik. Mari kita cerita sikit soal ini.

                Mengambil hak pemakanan orang lain ini juga dikira sebagai satu kesalahan besar disisi agama kerana ia melibatkan halal dan haram. Macam mana tu ambil hak orang dalam aspek pemakanan ? Ok. Begini. Kita bagi contoh ok.  Kita dengan roommates kita. Satu hari tu seorang dari roommates kita ada tinggalkan sepotong kek didalam peti ais. Kemudian kita ambik sudu, apa lagi ! Kita pun jamah sikit kek tu tanpa kita sedar makanan yang kita makan itu halal atau haram. Kalau dari segi kek itu sudah pasti kek itu kek yang halal kerana dibeli dan dibuat dengan cara yang halal tapi orang yang makan itu hukumya halal atau haram ? Jawabnya haram kerana kita makan makanan orang tanpa keizinan tuannya. Walaupun tuan empunya kek itu seorang yang baik atau seorang tidak kisah, tapi kita sebagai orang Islam pasti dan kena bahkan wajib meminta izin dahulu kepada empunya makanan itu. Kadang-kadang kek tu sebenarnya bukan kepunyaan roommates kita  tapi kek itu kepunyaan orang lain. Roomates hanya simpankan je dalam peti ais. Boleh jadi masalah besar kalau macam ni.

                Begitu juga dengan mengambil makanan orang lain tanpa izin tapi dengan tujuan yang baik. Ia tetap menjadi kesalahan kerana memberi makan kepada orang lain tanpa izin tuan empunya barang meskipun niat dan tujuan kita itu mulia. Pernah kita dengar satu kisah Rasulullah s.a.w bersama dua orang lelaki yang mana seorang dewasa dan seorang lagi kanak-kanak. Ketika itu sebelah kiri baginda ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. manakala disebelah kanan baginda ialah seorang kanak-kanak. Waktu itu Baginda sedang minum dan baginda ingin kongsikan air tersebut pada sahabatnya Abu Bakar tapi Abu Bakar disebelah kiri. Padahal yang lebih diutamakan disebelah kanan. Kemudian Rasulullah s.a.w. meminta izin kepada kanak-kanak itu untuk baginda memberikan dahulu air yang baginda minum itu kepada sahabatnya Abu Bakar r.a. malahan kanak-kanak itu menjawab ‘ tidak boleh kerana itu hak saya kerana saya disebelah kananmu ‘. Lalu baginda memberikan minuman itu kepada kanak-kanak itu. Dari kisah itu kita dapat beberapa pengajaran. Pertama, sifat Rasulullah yang suka memberi. Kedua, sifat Rasulullah yang meminta izin dahulu kepada kepunyaan hak. Ketiga, sifat Rasulullah yang sentiasa mendahului yang kanan dari yang kiri. Meskipun sahabat baginda Abu Bakar itu pangkatnya lebih besar dari kanak-kanak itu tetapi baginda tetap meminta izin kepada kanak-kanak yang hanya seorang kanak-kanak sahaja kerana baginda tahu itu haknya untuk meminum air tersebut. Indah kisah ini jika kita hayati dan mengalaminya serta mengamalkan sifat-sifat Rasulullah s.a.w. itu tadi.

                Jadi akhirnya mari kita sama-sama menjaga hak kepunyaan orang ramai. Mintalah izin sebelum mengambil hak kepunyaan orang meskipun niat kita itu baik kerana manusia ini ada pelbagai. Ada yang panas baran. Ada yang suka memaki hamun orang. Ada juga sampai memutuskan tali silaturahim sesama Islam hanya kerana geram. Silap nanti akan jadi satu masalah yang besar hanya kerana mengambil makanan orang lain tanpa izin melainkan dengan izinnya sendiri.  Jadi, mari kita hidupkan suasana yang aman dan gembira sesama kita. Wallahu ‘alam.


: Ciptaan Khalifah ::

Sunday, 8 March 2015

Aku Makan Garam Dari Kau

Kita sering disajikan dengan istilah ‘ Aku makan garam dulu dari kau ‘. Ramai sekali yang menggunakan istilah itu. Kebiasaanya yang menggunakan istilah itu hanya golonan veteran atau orang  tua.

                Sebenarnya apa function istilah tu ? Untuk memberi kesedaran pada anak-anak remaja sekarang ? Atau adakah untuk menggunakannya saat diri ditegur oleh para remaja ? Rasanya istilah itu kebanyakkan diguna pakai ketika golongan tua ditegur oleh para remaja. Lagi-lagi bila ditegur tentang yang kononnya dia pakar dalam sesuatu pekerjaan. Apabila ada saja orang muda tegur, dan ia tidak sabar. Pasti akan terkeluarlah perkataan ini.

“ Aku makan garam dulu dari kau. Aku tau lah apa yang aku buat !! “

                Tetapi tidak semua orang veteran seperti itu. Orang muda juga ada yang menggunakan istilah itu. Tapi mereka tidak gunakan untuk dituju pada golongan tua tapi digunakan pada golongan bawah mereka, adik-adik mereka.  Disini timbul satu persoalan. Sebenarnya boleh ke guna istilah itu ? Baik. Istilah itu tidak bagus diguna pakaikan. Kerana bunyinya saja menunjukkan satu bunyi keangkuhan. Sombong. Takabur. Salah bagi yang menggunakannya. Cuba bayangkan, seandainya ada seorang anak muda menegur seorang pak cik tua tentang solatnya yang salah. Kemudian pak cik tu marah dan cakap istilah itu. Sedangkan sikap anak muda itu lebih baik dari sikap pak cik itu kerana menegur sesuatu yang baginya memang salah dan adakah pak cik itu perlu mempertahankan dirinya yang memang sah salah ? Tidak bukan. Pak cik itu kena terima dengan hati yang terbuka. Jadi adakah sesuai istilah itu digunakan ? Tidak ! Tidak sesuai.

                Oleh sebab itu, istilah itu tidak boleh diguna pakai dizaman sekarang. Kerana anak-anak zaman sekarang lebih terpelajar dari zaman ibu bapa kita dulu. Kini teknologi semakin maju. Maklumat yang kita tidak ceburi juga boleh kita ketahui dengan melalui whatsapp, instagram, facebook, twitter, internet, buku-buku moden dan sebagainya.

                Kesimpulannya, tak perlulah kita berbangga, sombong  atau bajet  tahu semua perkara. Yang tahu semua perkara itu hanya Allah Azza Wa Jalla.  Kalau nak cakap juga mari ikut style yang saya bagi ini bila ditegur oleh seseorang, “ Oh. Terima kasih lah bagitahu. Saya ni orang lama. Dulu saya belajar macam ni macam ni. Tapi yang ni mungkin cara baru. Terima kasih lah “. Mudah kan ? Tiada pergaduhan dan sebagainya. So, sentiasa buka hati dan siap untuk menerima teguran. Wallahu ‘alam.


:: Ciptaan Khalifah ::

Monday, 2 March 2015

Keinsafan Sang Pendosa


                Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Tahun berganti tahun. Sang Pendosa masih tetap melakukan dosa. Masih saja melakukan maksiat. Tidak ada takut pada Allah. Tidak risau akan azab Allah. Merasakan dirinya bisa hidup lama di dunia ini. Merasakan dunia ini miliknya. Bahkan ia seolah-olah lupa akan Penciptanya kerana asyik akan dunia yang dipenuhi dengan dosa dan maksiat. Ia lupa akan itu. Namun, Allah itu tidak menghukum dan mengazab manusia ciptaanNya dengan sekelip mata meskipun itu sangat mudah bagi Allah. Tetapi sifat penyayang dan pengampunanNya itu lebih besar dari sifat menghukum itu.

                Suatu malam yang sunyi, Sang Pendosa jalan terhuyung-hayang seperti seorang yang mabuk. Akhirnya ia terduduk bersebelahan dengan kolam ikan. Akhirnya ia tertidur disitu. Malam itu ia bermimpi berada didalam satu masjid yang ada didalamnya majlis ilmu. Ia lihat ramai sekali manusia yang datang berpusu-pusu ke tempat majlis ilmu itu. Saat penceramah ingin memulakan bicaranya tiba-tiba Sang Pendosa ini terjaga dari tidurnya. Hatinya bagaikan terusik dengan mimpi itu. Tenang rasanya. Seperti tiada masalah yang menimpanya.

                Selepas mimpi itu, ia berkeinginan besar untuk pergi satu majlis ilmu yang berdekatan. Dengan takdir Allah, keinginannya itu dimakbulkan Allah. Ia menghadirkan dirinya ke majlis ilmu di masjid berdekatan dengan kolam ikan itu. Ia pun dengar satu persatu kata-kata yang disampaikan oleh penceramah hingga tamat majlis ilmu itu. Mungkin tidak semua yang ia ingat dari majlis ilmu itu. Tapi ada satu ayat yang ia ingat setelah keluar dari majlis ilmu itu.

“ Kalian ini sangat beruntung. Ramai  manusia diluar sana tidak ada kesempatan bersama kita tapi Allah memilih kalian untuk sama-sama duduk dan hadir dimajlis ilmu ini. Duduk dalam majlis yang dibentangkan dibawahnya sayap-sayap malaikat buat pencinta ilmu. Tumbuh-tumbuhan, haiwan-haiwan dan segala macam makhluk ciptaan Allah sentiasa berzikir dan mendoakan kalian. Beruntung sekali ! “.

                Kemudian Sang Pendosa melihat ikan-ikan di kolam. Ia mula bermonolog sendirian.

“ Duhai ikan, saat aku melangkahkan kaki ke majlis ilmu tadi, mulutmu itu pasti tidak lekang menyebut zikrullah dan mendoakanku.  Tetapi bila aku fikir saat aku mabuk dikolam ini dahulu, aku mula terfikir, adakah mulutmu itu tidak lekang memaki dan menghina aku ? Atau kau mendoakan aku untuk berubah ? “.
“ Aku kini bersyukur kepada Ilahi kerna memberi ruang dan peluang pada hidupku untuk berubah menjadi baik “.

                Maka bermulalah kisah Sang Pendosa dengan amal kebaikannya. Itulah nama kisah ini iaitu ‘ Keinsafan Sang Pendosa ‘.


:: Ciptaan Khalifah ::

Sunday, 1 March 2015

Itulah Kebahagiaan

                Banyak cerita yang kita lihat dan tonton. Ada yang mencuit hati kita. Ada yang indah kata-katanya. Ada yang buat kita muhasabah diri kita sendiri. Ada juga yang ceritanya hampir saja dengan kisah hidup kita. Bahkan kisah hidup sesiapa juga. Tapi mungkin berbeza wataknya. Berbeza matlamatnya. Berbeza rasanya. Berbeza caranya.  Namun, setiap cerita yang kita lihat dan tonton itu apabila diakhiri dengan kisah yang sedih seperti kesedihan dan juga kematian, itu membuatkan satu perasaan yang kurang enak, tidak puas dan tidak suka. Kerana apa ? Kerana lumrah manusia menginginkan kebahagiaan. Setiap insan mahukan kebahagiaan. Ada yang mahu bahagia dari sudut harta. Ada yang mahu bahagia dari sudut perempuan. Ada juga yang mahu bahagia dari sudut keluarga. Sesiapa pun mahukan kebahagiaan. Tapi tidak ada yang inginkan kesedihan. Pernah suatu ketika dulu, seseorang  pernah sarankan pada saya.

“  Kalau kamu ingin buat cerita jangan akhiri dengan kesedihan. Itu akan membuatkan pembaca kurang senang dengan cerita yang kamu tuliskan “.

                Dan kini saya faham, betapa kurang enaknya bahkan tidak berpuas hati saat membaca dan menonton kisah yang akhirnya disudahkan dengan kesedihan. Dan kini saya juga sudah faham dan mengerti. Betapa indah dan gembiranya saat membaca, lihat dan menonton  sebuah kisah yang diakhiri dengan kebahagiaan. Kerna ‘ Itulah Kebahagiaan ‘.


Friday, 13 February 2015

Inikah dunia sekarang ? - part 2 -

       Wah wah wah ! Indahnya kata-kata cinta islamik kau kan. Menusuk ke hati tembus ke perasaan geram. Pelajar agama sekarang ni nak halalkan cinta sebelum nikah ni memang pandai bermain dengan kata-kata kan. Siap guna ayat islamik bagai.

“ Aku cinta kau kerana Allah “

“  Saya sayang awak kerana agama yang ada pada awak “

“ Cinta kita pasti cinta yang diredhai Allah “

Pastu mention nama lelaki tu. Si lelaki pulak mention nama perempuan tu. Tak malu ke ?!

                Perhhh !! Geram pulak rasa. Tapi yang paling geram ada pulak yang sokong tu. Lagi menyirapkan hati ni. Sabar je.

“ Semoga korang bahagia “

“ Jaga dia baik-baik “

“ May Allah bless you all “

                Kau ingat Allah akan redha dengan cinta yang tak halal ni ? Cinta yang melanggar syariat Islam ni ? Tidak sama sekali. Bahkan boleh mengundang kemurkaan Allah Taala. Macam mana Islam nak berkembang kalau anak muda sekarang ni sibuk pada benda-benda yang merosakkan agama ni. Seriously saya cakap. Rosak ! Rosak ! Rosak ! Rosak pemuda/pemudi  sekarang ni.


                Macam mana cara nak atasinya ? Caranya mudah. Bermula dari hati. Apabila hati sudah menidakkan dan menolak perkara yang haram dan dosa, pasti dan pasti mudah untuk menolak segala perkara tersebut. Bagi saya hati ini ibarat kain. Kain ni kalau nak bersih mesti gunakan sabun yang baik dan bagus. Baru owesome ! Begitu juga hati. Hati ni kalau nak bersih mesti mulakan dengan NIAT (sabun) yang BAIK dan BAGUS. Tak percaya ??? CUBALAH. Kalau tak berjaya mesti ada masalah dengan hati. So, jawapannya ialah TAUBAT. Bukan taubat ala kadar tapi taubat  yang bersungguh-sungguh. Hasilnya nanti korang akan tau jugak. Pasang niat nak berubah pastu buat solat taubat. Ok. Inilah jawapan yang dapat saya kemukakan setakat ni. Semoga kita sama-sama dapat amalkan. Wallahu ‘alam.

Tuesday, 10 February 2015

Inikah dunia sekarang

                Akal  manusia sekarang bagaikan buih di lautan. Kosong. Perkara hak dan batil masih tidak boleh dibezakan. Seumpama bayi yang tidak tau apa-apa. Astaghfirullahal adzim (jom istighfar dulu ). Pelbagai bukti dikemukan tapi masih tetap yang benar DIPERSALAHKAN dan yang salah DIBENARKAN.

                Adakah mereka ini tidak pernah belajar agama ? Pernah kan. Tapi kenapa masih tidak boleh membezakan hak dan batil. Jadi disini dapat satu jawapan yang saya pasti korang semua pasti tau. Sebabnya ialah mereka belajar agama kerana setakat mahu lulus dalam exam. Setakat nak dapat nombor satu dalam kelas. Setakat nak penuhkan subjek dalam pemilihan exam. Kalau takde subjek agama nanti orang fikir takde agama pulak kan. Macam tu ke ? Apakah ?!

Adakah hati mereka sudah dicop untuk sukar merima kebenaran ? Saya ulang. “ Adakah hati mereka sudah dicop untuk sukar menerima kebenaran “. Waallahu ‘alam. Hanya Allah yang mengetahuinya. Tapi tak takut ke seandainya hat ini di’blocking’ oleh Allah untuk menerima kebenaran ? Perhhh ! Kalau saya takut. So, bertaubatlah ok, sebelum kematian menjemput. Saya pernah terbaca satu kata-kata di pintu tandas. Biasalah bdak-budak nakal suka conteng kan. Tapi yang buat saya tertarik di pintu tandas tu ialah ada satu kata-kata yang tertulis begini :

                “  Kalau kita tak taubat SEKARANG maka BILA LAGI ? “


Saat tu saya tersentap ! Allahu Akbar. Satu motivasi saya dapat walaupun di tandas sekalipun. Allah tu kalau nak bagi hidayah pada hambaNya kat mana-mana pun boleh. So saya ingin kongsikan apa yang saya lihat tu pada kalian. Akhirnya, saya merayu pada awak-awak semua, jomlah taubat. Saya juga nak taubat ni. Kita sama-sama taubat ok.

Monday, 9 February 2015

Suatu Hari Nanti ?

             


  Wow ! Tajuk macam yek yek je. Tapi apa yang nak diceritakan dari tajuk ‘ Suatu hari nanti ‘ ?
                Baik.

                Banyak sebenarnya benda atau sesuatu yang berkait dengan tajuk kita tapi matlamatnya adalah satu iaitu apa yang kita inginkan untuk masa yang akan datang.

                Ada orang suatu hari nanti dia nak jadi seorang doctor. Ada juga yang nak jadi  seorang usahawan. Ada juga yang nak jadi seorang guru.  Ada yang nak jadi sebagai pegawai bank. Ada yang nak jadi sebagai seorang angkasawan. Mana tau kan, suatu hari nanti. Tapi itu semua keinginan seseorang untuk masa depannya. Jawapan untuk suatu hari diatas ini ialah usaha. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh serta tidak dilupakan kepada perintah Allah iaitu amar makruf nahi mungkar. Kalau kita usaha sampai cemerlang macamana sekalipun tapi amar makruf nahi mungkar kita entah kemana.  Mana mungkin nak bahagia untuk kemudiannya.

                Ok. Berbalik pada topik. Apa sebenarnya yang nak diceritakan dalam topik ni ?
                Suatu hari nanti yang nak kita ceritakan ialah tentang  dimana kita suatu hari nanti. Dimana kita setelah roh dan jasad dipisahkan ? Saya ulang (macam Ustaz Adnin Tarbiah Sentap)

                “Dimana kita setelah roh dan jasad dipisahkan ? “

                Dimana pengakhiran kita suatu hari nanti ? Syurga atau neraka ? Itu yang nak dikupaskan disini. Mari cek amalan kita. Cukup solat kita hari ni ? Berapa banyak selawat kita pada baginda Rasulullah s.a.w. ? Ada sedekah hari ni ? Ada sakitkan hati orang tak ? Ada pendamkan rasa tak puas hati ke kat orang ?

                “ Saya cukup solat. Confirm syurga tempat saya nanti “

                “ Saya selalu infakkan duit saya beribu-ribu untuk masjid ni. Pasti syurga tempat saya nanti “

Fuhhh ! Bongkak gila jawapan. Saya ulang. “ Fuhhh ! Bongkak gila jawapan “  Maaf ye bro. Cukup solat tapi bongkak tempatnya neraka jugak bro.  Maaf ye bro. Sedekah atau infak berjuta bermilion sekalipun tapi bongkak tetap ke neraka jugak perginya. So, buang dulu bongkaknya ye bro. Nak bongkak tunggu dah check in Syurga baru boleh bongkak, ok.

                Ok. Berbalik semula pada tajuk. Maaflah ye. Saya ni memang suka lari-lari tajuk. Baik. Dah cek amalan? Cukup ? Ke tak ?

“ Cukup “

 Wow ! Macam tau-tau je yang awak nak mati kejap lagi.

“ Kenapa pulak ? “

Yelah. Yakin betul awak yang awak dah cukup amalan. Macam awak tau je amalan awak tu diterima oleh Allah Taala kan. *ayat menyentap

Ada jugak yang jawab.

“ Tak cukup lagi ? “

Macam mana boleh tak cukup lagi ?

“ Entahlah bang. Saya ni malas sikit. Kalau solat tu susahnya nak gerak sendiri. Kadang-kadang tak solat “

Perg ! Jujur betul kau ni. Tapi kan kau pun sama jugak. Macam nak je masuk neraka kan. Kalau dah tau malas semua tu. Apalagi. Pergilah amek wudhu buat solat taubat dan solat qadha’.

Jadi macam mana ? Dah nampak apa mesej yang nak saya sampaikan ? Alah. Mesejnya ialah Suatu hari nanti kita nak syurga atau neraka. Itu je. Kalau nak syurga. Ikut cara nak ke syurga. Buat apa yang disuruh Allah tinggal apa yang Allah larang. Kalau nak neraka. Ikut cara nak ke neraka. Ikut cara syaitan tu. Confirm ke neraka. Tapi saya ni bukan nak ngajak awak-awak semua ni pergi ikut syaitan dan buat amal jahat. Bukan jugak nak ajak ke neraka. Tapi saya nak kita semua dapat masuk ke syurga Allah Taala. Tempat yang sukar dibayangkan oleh akal fikiran. Sungguh menarik. Kata orang “ Memang best gila lah !!! “. So, apalagi. Yuk kita buat amal soleh.


Sunday, 25 January 2015

Bantuan Dakwah

               


          Berdakwah itu bukan sesuatu yang sangat mudah untuk dilakukan malahan ia sangat sukar bahkan lebih sukar dari apa yang kita fikirkan.

“ Habis tu susah sangat ke ? “

“  Eh, tak lah. Ia akan jadi mudah dengan bantuan-bantuan yang lain “.

“  Apa bantuan tu ? “

1           .         Al-Quran
2           .       Hadis Nabawi
3           .       Niat Ingin Berdakwah
4           .       Suka Membaca
5           .       Kreatif
6           .       Penyayang
7           .       Istiqamah / Berterusan

Al-Quran

-          Al-Quran itu tonggak utama dalam suatu dakwah kerana Al-Quran itu petunjuk dan panduan hidup yang betul dan tepat. Sepertimana dalam Firman Alla s.w.t. dalam Surah Al-Jin, ayat ke 2 :
“ Kitab ( Al-Quran ) yang memberi panduan ke jalan yang betul ........ “
Jadinya dakwah itu sangat memerlukan Al-Quran sebagai panduan untuk kita dakwahkan atau sebarkan pada umat yang kini semakin jauh dari ajaran Islam, ajaran agama Allah s.w.t.


Hadis Nabawi

-          Hadis  juga tonggak utama yang kedua selepas Al-Quran kerana tanpa Hadis maka hidup seseorang itu tidak akan lengkap. Al-Quran dan Hadis wajib seiring kerana banyak ayat-ayat Al-Quran akan diterangkan oleh Rasulullah dengan hadisnya. Contohnya seperti ayat tentang solat. Allah berfirman dalam Al-Quran :
“ Dirikanlah solat dan tunaikanlah zakat ........ “
Dirikanlah solat ? Bagaimana nak solat ? Apa rukun-rukunnya ? Jadi datangnya hadis sebagai tafsiran atas apa yang  diturunkan oleh Allah s.w.t.


Niat Ingin Berdakwah

-          Hadis pertama dalam Susunan Hadis 40 Imam Nawawi ada menukilkan soal ‘ Niat ‘.
“ Sesungguhnya melakukan sesuatu amal itu dengan niat ........ “
Oleh sebab itu setiap kali kita ingin melakukan amal maka hendaklah kita niat kerana apabila kita niat untuk melakukan kebaikan maka kebaikan yang hadir tapi jika sebaliknya kita niat untuk melakukan kejahatan maka kejahatan yang kita akan peroleh. Begitu juga dalam dakwah, kita pasang niat kita untuk berdakwah dan menyebarkan ajaran Islam ini supaya hati kita bersih dan tahu akan tujuan hidup di muka bumi Allah ini.


Suka Membaca

-          Sikap suka membaca ini satu sikap atau satu amalan yang sangat terbaik untuk berdakwah. Kerana apa ? Kerana membaca itu sumber ilmu. Apabila kita sudah ada ilmu malah dakwah kita jadi mudah dan boleh menyebarkan ajaran Allah s.w.t. Wahyu pertama yang diturunkan oleh Allah melalui Malaikat Jibril kepada Baginda Rasulullah s.a.w. ialah surah Al-Ala’ iaitu diawal ayat sudah menyatakan ‘ BACALAH ‘. Jadi dari ayat itu kita yakin bahwa sesungguhnya membaca itu sumber ilmu dan ditambah sedikit mesti seiring dengan pendengaran yang baik kerana mendengar sesuatu ilmu itu juga sangat penting dalam aspek dakwah terutamanya.


Kreatif

-          Sifat kretif perlu ada bagi seorang pendakwah kerana dakwah ini bukan sahaja seperti Pak Ustaz yang duduk dihadapan memberi kuliah atau sebagainya. Malahan kita boleh menggunakan pelbagai alat-alat zaman moden ini untuk berdakwah. Contohnya dakwah melalui media massa. Ada juga yang berdakwah melalui lukisan. Ada juga yang berdakwah melalui penulisan dan ada juga melalui risalah-risalah ilmiah. Pelbagai lagi cara atau kreativiti seseorang pendakwah yang boleh ditunjukkan untuk agama Allah ini.


Penyayang

-          Dakwahlah dengan rasa kasih sayang kerana ada kata-kata pujangga yang mengatakan ‘ Cakaplah dengan hati ( kasih sayang ) maka akan jatuh ke hati ). Oleh sebab itu sifat penyayang juga merupakan satu sifat yang perlu dikeluarkan untuk berdakwah.

“ Bagaimana dia seorang yang bengis dan kuat marah ? “

Orang seperti ini tidak akan boleh menarik orang lain untuk bersama-sama dengannya dalam dakwah kerana tiada sifat kasih sayang. Jadi penulis sarankan buang ego kita dan belajar rasa kasih sayang tu. InsyaAllah ia akan melembutkan orang lain dan mengajak orang lain untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Sifat ini juga merupakan sifat Nabi Muhammad s.a.w. Ikutilah sifat beliau. Itu yang terbaik.


Istiqamah / Berterusan

-          Bila ditanya ‘ Sampai bila kau nak berdakwah ? ‘  Jawabnya ialah sampai ajal menjemput. Oleh sebab itu, kita sebagai seorang pendakwah hendaklah sentiasa istiqamah dan sentiasa berterusan dalam dakwah kita hatta kematian buat kita tiba. Tak kisahlah berapa ramai insan yang diasbabkan kita mereka menerima Islam dan mendekatkan diri kepada-Nya. Yang penting kita kena berterusan dalam dakwah untuk agama Islam ini. Sepertimana istiqamahnya Nabi Nuh a.s. yang berdakwah selama 900 tahun dan pengikutnya hanya beberapa orang sahaja tapi beliau sangat tekun dan istiqamah dalam dakwah. Akhirnya tetapkan sifat istiqamah dalam diri. InsyaAllah dengan usaha kita itu akan membuah hasil yang sangat besar dan tidak ternilai bandingnya iaitu ganjaran dari Allah s.w.t. samada di dunia lagi mahupun di akhirat kelak



-Waallahu ‘alam -

Sunday, 11 January 2015

Kerana ' KPOP '

                Terlalu taksub pada ‘ KPOP ‘, akhirnya sanggup menggadaikan maruah diri. Dunia kini semakin tua untuk bertahan. Bila-bila masa saja dunia ini akan hilang untuk selama-lamanya. Itu pun masih mahu membuat dosa ? Oh ya ! Syaitan itu tidak pernah lelah menggoda anak cucu Adam ini kan ??? Tapi Malaikat juga tidak pernah henti mencatat amalan kita juga.

                “ Dia tak sedarlah tu yang dia buat dosa “

                “  Alah....fikir baiklah. Mungkin kawan dia tolak dia ke pentas. Dia tak boleh nak buat apa-apa kan “

                Macam-macam karenah masyarakat Malaysia khususnya yang sanggup mempertahankan orang-orang yang salah. Sudah terang lagi bersuluh yang mereka itu melakukan maksiat di hadapan umum.  Sanggup buang duit semata-mata ingin pergi ke Konsert KPOP . Adakah itu satu benda yang dikatakan tidak sengaja ?

                Sungguh jahil masyarakat Malaysia ini. Allah sudah memberi pelbagai peringatan berupa banjir dan taufan sebagai tanda untuk manusia itu bertaubat serta mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. malah mereka masih tetap khayal dengan hasutan nafsu yang tahapnya melebihi dari iman. Astaghfirullah ! Menyentuh lelaki / perempuan  yang bukan halal bagi kita itu bukan hal yang biasa, bahkan itu satu perbuatan yang sangat besar. Allah sudah memberi peringatan kepada kita dalam Firman-Nya :

                “ Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kerosakan ) “ – Ayat ke-32 : Surah Al-Isra’

                Menghampiri sahaja sudah tidak boleh apatah lagi bersentuhan.

                “ Rilek lah ! Kubur masing-masing  “

                Ya ! Memang kubur masing-masing tapi sebelum kamu masuk kubur tu seorang diri, kamu kena mandi, kena kafan, kena solat dahulu dan yang membantu kau tu masyarakat yang selalu memberi nasihat dan peringatan kepada kamu. Cuba kamu berfikir sejenak. Berapa lama lagi kamu hidup ? Mari kita muhasabah diri dan buanglah perkara-perkara yang tidak berfaedah bagi kita.


-          Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang -

Wednesday, 7 January 2015

Buta




" Sebenarnya bukan MATA itu buta tetapi yang buta ialah HATI yang ada didalam dada "

- Al-Hajj : 46 -

Monday, 5 January 2015

Andai Dikau Bertemu Dengan Rasulullah s.a.w.


           
   

            " Kalau kamu bertemu dengan Rasulullah, apa yang kamu ingin katakan ? "

            " Soalan ini agak susah. Seandainya aku bertemu dengan Rasulullah aku ingin baginda bawa aku pergi jauh dari dunia ini "

Itulah jawapan yang dikemukan pada semua yang menyaksikan video ini. Sangat terharu dan sangat tersentuh malah SENTAP ! dengan jawapan itu. 

Kita bagaimana ? Jadi, ambillah ikhtibar dari apa yang kita saksikan. Tambahan lagi sempena Maulidur Rasul di Bulan Rabi'ul Awal ini.

- Memperingati Sejarah Kelahiran Rasulullah s.a.w. -