PERTAMA
KALI DI TAHAN POLIS MESIR
Alhamdulillah setelah hampir 9 hari di dalam lokap polis,
akhirnya saya dibebaskan. Mulanya pada tanggal 14 September 2017 jam 5.00 petang hinggalah 23 September 2017 pada jam 12.30 pagi. Kes saya adalah kerana tidak mempunyai visa. Kes yang berat sebenarnya. Tapi alhamdulillah, dengan izin Allah SWT kes saya selesai dengan beberapa proses.
Kisahnya bermula saat saya sedang makan di
sebuah restoran orang asia di Hayyu Sabiek. Lalu datang seorang pegawai polis masuk ke
dalam restoran tersebut dan terus meminta passport kami semua warga 'wafidin' (asing)
yang berada di restoran itu.
Kebetulan saya memang tidak ada visa. Jadi, saya kena tahan
dan dibawa naik 'tremco' (sebuah van) dan dibawa ke balai polis yang terletak
di Hayyu Sadis.
Tiba saja di balai polis, kami ditempatkan disebuah bilik.
Kesemuanya warga wafidin (warga asing). Nigeria, Indonesia, Sudan, Russia, Tajikistan, Syria
dan lain lagi.
Setelah beberapa jam di dalam bilik tersebut, kami diperiksa seluruh badan dan dibawa ke lokap hampir jam 11 malam. Semua barang elektronik kami diambil dan disimpan. Alhamdulillah, sebelum melangkah keluar dari balai kami dapat semula telefon serta barang-barang lain.
4 LOKAP
YANG BERBEZA
Saiz lokap tidaklah begitu besar. Biasa je. Hanya mempunya satu tandas
dan kesemua lokap mempunyai aircond
(penghawa dingin). Grand bukan? Huhu. Mungkin begini lokapnya. Atau entahlah. Mungkin bilik tahanan. Wallahu 'alam. Tapi keempat-empat lokap yang saya duduki semuanya berbeza keadaannya.
Pada awalnya saya dimasukkan ke dalam lokap yang kedua. Lokap
yang kedua bagi saya adalah lokap yang kedua terbaik kerana keadaan lokap yang sedikit bersih, penghuninya yang baik, ramah dan
selalu memberi ruang untuk kami solat berjemaah. Itulah lokap kedua. Cuma
penghuninya agak penuh sehingga 39 orang dalam bilik yang saiznya tidak begitu
besar itu.
Dengan bilangan yang terlalu ramai itu, kami terpaksa tidur mengiring dan rapat-rapat. Sangat rapat. Sampaikan tangan dan kaki menjadi kebas semuanya.
Kami tidur bergilir-gilir. Ada yang berdiri dan ada yang
duduk untuk tidur kerna ruang yang tidak mencukupi. Ada juga yang punya tempat khusus buat dia seorang. Tidak ada orang lain yang boleh tidur di tempatnya. Barangkali dia ketua atau orang lama didalam
lokap tersebut. Jadi kami hanya mengalah dan pasrah dengan keadaan seperti itu. Tidak boleh tidur dan tidur yang
tidak cukup.
Tambahan lagi, dengan suasana bilik
yang penuh dengan asap rokok. Satu bilik penuh dengan asap rokok. Saya sudah cuba untuk mengelak daripada hidu tapi
masih saja terhidu bau asap rokok. Asyik terbatuk-batuk hingga kini.
Kemudian selang beberapa hari saya berada di lokap kedua,
saya dipindahkan ke lokap yang ketiga pada waktu malam, jam 9 lebih. Selepas
waktu makan kami.
Lokap yang ketiga saya dipindahkan tidak terlalu lama. Sekejap saja. Suasananya
berbeza dari lokap yang kedua. Agak sedikit kotor dan berbau. Penghuninya
juga ramai sama seperti lokap yang kedua. 30 keatas. Agak sesak juga. Sampaikan
saya terpaksa ambil tempat berdekatan dengan tandas dan ada sedikit sampah. Kerana disitu ada ruang sedikit untuk saya berehat. Tapi
alhamdulillah saya dapat menyesuaikan diri.
Mereka tetap baik dengan saya dengan memberi ruang untuk solat subuh. Cumanya disini saya tak dapat solat berjemaah. Kerna kesemuanya tidak solat walaupun mereka muslim. Setelah selesai solat subuh. Saya dipindahkan ke lokap yang pertama.
Mereka tetap baik dengan saya dengan memberi ruang untuk solat subuh. Cumanya disini saya tak dapat solat berjemaah. Kerna kesemuanya tidak solat walaupun mereka muslim. Setelah selesai solat subuh. Saya dipindahkan ke lokap yang pertama.
Lokap yang pertama ialah lokap yang sangat terbaik bagi saya.
Mereka sangat baik dengan orang wafidin. Mereka anggap kami (wafidin) sebagai
keluarganya. Mereka bagi kami minum dan makan. Sangat peramah.
Lokap pertama ni penghuninya sedikit berbeza dengan lokap yang
lain. Lokap pertama ni penghuninya sekitar dalam 16 – 25 orang saja. Disini
saya agak selesa sedikit. Tenang. Bau asap rokok tetap ada tapi mereka tidak
hisap rokok di tempat tidur mereka. Mereka hanya hisap di depan tandas. Itu
disiplin bagi mereka.
Tiba waktu makan, kami akan makan secara berjemaah. Apabila
waktu ziarah, semua keluarga mereka memberikan makanan yang begitu banyak yang
menyebabkan saya terpaksa bagitau kawan saya yang datang ziarah, kalau nak bagi makanan jangan
banyak sangat sebab membazir. Kerna terlalu banyak makanan dan banyak lebihan. Akhirnya, lebihan itu mereka akan bagi pada polis yang berada di balai tersebut. Sangat baik.
Tapi saya di lokap pertama sekejap saja dan saya dipindahkan
ke lokap keempat. Yang mana, lokap
keempat juga sama seperti lokap ketiga. Alhamdulillah, saya tak lama disana. Sekejap saja di
lokap keempat. Cumanya lokap keempat ini bersih seperti yang kedua. Penghuninya
saja yang berbeza. Kawan saya warga wafidin dari Indonesia juga turut pindah di lokap keempat. Dia dua
hari disitu kalau tak silap saya. Tapi saya sekejap je. Masuk petang, malam dah keluar ke lokap pertama semula. Tapi dia cerita pada saya
yang lokap empat itu setengah dari penghuninya semuanya mabuk sehingga menghentakkan
badan ke dinding dan bertumbuk-tumbuk sesama sendiri pada waktu pertengahan malam.
Alhamdulillah saya dikeluarkan dari lokap empat dan
dimasukkan semula ke lokap yang pertama hinggalah hari terakhir saya
dibebaskan. Syukur Alhamdulillah.
4 PROSES BAGI
PELAJAR TIADA VISA
Kes bagi pelajar yang tidak mempunai visa ini pasti akan melalui 4 proses. Ini apa yang saya perhatikan sepanjang saya berada di
dalam lokap dan sering juga bertanya kepada sahabat-sahabat wafidin yang lebih awal masuk ke lokap dari saya.
Pertama, setelah dua hari kami
(warga wafidin) di lokap kami diminta untuk beratur dan disebut nama seorang demi seorang.
Waktu tu jam hampir waktu Maghrib. Kami digari tangan dan dibawa ke mahkamah di
Hayyu Sabiek. Kami disana tak buat apa-apa. Hanya ambil nama dan ditanya samada
passport bersama kami atau tidak. Itu saja. Hatta azan Isyak
baru kami dibawa pulang. Solat Maghrib kami terpaksa qada'. Selesai proses pertama.
Kedua, seperti biasa kami akan
diminta beratur dan disebut nama seorang demi seorang. Dan waktu tu jam 9 pagi atau lebih sikit. Kami digari tangan dan dibawa ke Tahrir dengan menaiki sebuah truck polis. Ya. Memang agak panas. Hanya mampu bertahan je. Sampai saja disana, kami diturunkan. Ramai orang. Semua tengok. Kami ini bagaikan seorang
pembunuh. Hati berbisik “ Maaf, kami bukan pembunuh. Kami Cuma takda visa je “.
Tapi itu hanya bisikan hati kami.
Disana kami hanya diambil nama dan
ditanya samada passport bersama kami atau tidak. Sekali lagi ditanya setelah di mahkamah. Selesai saja ditanya semuanya, passport kami diambil. Dan kami pun pulang ke lokap. Proses kedua pula selesai.
Ketiga, sama juga seperti pertama
dan kedua. Kami diminta beratur dan disebut nama. Kali ini kami akan dibawa ke
tempat pengajian bagi mendapatkan pengesahan dari pihak universiti yang mana
kami adalah sah pelajar dari Universiti Al-Azhar, Kaherah di Darassah.
Tapi sedihnya waktu ni, saya dan
kawan saya dari Indonesia tidak dibawa ke Universiti Al-Azhar di Darasah. Kami
dibawa ke Universiti Al-Azhar, Sadis. Markaz Lughah. Saya pun awalnya tak faham
kenapa kami dibawa kesana. Kami bagitau pada polis yang kami belajar di universiti, Darasah
tapi dia tetap bawa kami ke Markaz Lughah.
Jadi kami hanya ikut je. Pihak
Markaz ada cek nama saya di markaz. Memang ada. Tapi tahun 2014. Tahun tu memang saya
pelajar disitu. Kemudian saya sambung ke kuliah. Saya tunjuk ifadah kuliah saya pada manager markaz tersebut, dia lihat
dan dia kata " Nama kau sudah sah pelajar Azhar, jadi apa yang polis mahu?". Saya cuma
cakap tak tau.
Kemudian saya dibawa pulang dengan
tiada apa-apa maklumat yang kukuh sebagai seorang pelajar Al-Azhar. Tertangguh satu
proses dan terpaksa tangguh hari lain untuk ke Darasah. Mungkin ada hikmah.
Selang beberapa hari, saya dan kawan
saya dari Indonesia dipanggil dan dibawa ke Universiti Al-Azhar di Darasah. Alhamdulillah
kali ini betul tempatnya.
Masuk je dalam universiti, macam
biasalah. Semua tengok. Dan macam biasa juga hati berbisik lagi, “ Maaf kami
bukan pembunuh “.
Kami dipertemukan dengan ‘Amid
Kuliah dan dibawa ke pejabat untuk pengesahan. Alhamdulillah, nama kami
berdua muqayyad di Al-Azhar dan kami pun pulang ke lokap kembali. Selesai proses ketiga.
Seterusnya, pada 21 September 2017 pada jam 11 malam keatas, kami dibawa ke Ammu Watan atau Ammu Daulah. Ini adalah proses yang terakhir sebelum keluar. Kami
tak buat apa-apa pun disana. Cuma tunggu didalam kereta polis hingga selesai.
Alhamdulillah, jam 1 lebih, 22
September 2017 kami pulang ke lokap semula. Proses keempat selesai.
Selesai saja di Ammu Watan bermakna
esok kami akan keluar. Itu kebiasaan proses bagi pelajar yang tidak ada visa. Ini apa yang saya perhatikan setiap hari demi hari didalam lokap. Jadi begini rupanya step bagi pelajar yang tidak mempunyai visa.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah SWT kami keluar pada jam
12.30 pagi, 23 September 2017.
PENGAKHIRANNYA
PENGAKHIRANNYA
Begitulah kisahnya berada di lokap. Tidak ada gangguan
atau seksaan yang mengerikan. Hanya suasana yang kurang selesa. Terutamanya asap rokok. Seorang teman di lokap pertama mengingatkan saya, bila keluar dari lokap tersebut kena buat medical check up untuk memastikan kita tidak ada sebarang penyakit atau effect bahaya sepanjang berada dalam lokap.
Jadi pesan saya ialah hati-hati bila keluar rumah. Passport perlu sentiasa ada walau kemana saja kita pergi. Hatta ke masjid atau kashkun sekalipun.
Jadi pesan saya ialah hati-hati bila keluar rumah. Passport perlu sentiasa ada walau kemana saja kita pergi. Hatta ke masjid atau kashkun sekalipun.
Teman Sudan saya turut mengikuti proses yang disebutkan diatas. Atas sebab kerana tidak bawa passport keluar rumah. Tapi rupa-rupanya sebab dia tak bawa passport adalah kerana hanya turun untuk membeli makanan di kedai yang terletak dibawah rumahnya. Tapi malangnya ditahan polis dan ikut proses yang berhari-hari. Sedangkan visanya tamat pada bulan Disember. Hanya kerana itu, dia juga terlibat. Kesian dia.
Mungkin ini pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Moga-moga ia menjadi pengajaran buat kita semua untuk lebih berhati-hati apabila berada
di negara orang.
Akhirnya, saya sangat berterima kasih kepada semua yang
sentiasa mendoakan dan datang ziarah setiap hari walaupun beberapa saat. Khusus buat ibubapa, pihak keluarga, pihak kedutaan Malaysia Cairo dan sahabat-sahabat susah senang saya di Mesir ini. Pengorbanan antum amat saya hargai. Tidak dapat saya balas pengorbanan itu.
Hanya Allah saja yang balas. Insya-Allah dilain hari, saya pula diuji untuk
lihat kesungguhan sebagai seorang sahabat apabila sahabatnya ditimpa kesusahan.
Sungguh
indah berukhuwah kerana Allah SWT.
Syukur kepada Allah SWT.
Syukur kepada Allah SWT.
Wallahu ‘alam.
....
....
Hasnul Hakimi bin Hussien
23 September 2017
No comments:
Post a Comment