Sifat bantu-membantu itu perlu
disematkan didalam hati kita. Setiap kali orang lain memerlukan pertolongan
maka kita mestilah membantu bahkan wajib memberi pertolongan kepada mereka
mengikut kemampuan kita sendiri. Ringan-ringankan tulang kita membantu mereka.
Lagi-lagi insan yang betul-betul memerlukan bantuan. Jika bukan kita, siapa
lagi.
Nak bagi pertolongan juga ada
tahapnya. Tidak semua perkara kita perlu beri pertolongan. Ada pertolongan yang
membawa kepada kebaikan dan ada pertolongan yang membawa kepada keburukan.
Misalnya, menolong orang untuk membeli arak, membeli dadah, tolong ‘cover line’
ketika kawan mencuri, tolong ’cover line’ ketika kawan melakukan maksiat
berdating dan sebagainya. Itu bukan satu pertolongan malah itu satu musibah buat
kita. Kita boleh terlibat sama dalam keburukan tersebut. Nauzubillah min zalik.
Membantu orang itu satu amalan
yang baik. Begitulah sifat Nabi Muhammad s.a.w. yang mana baginda sangat suka
akan orang yang membantu orang lain dalam kebaikan dan kebajikan. Begitu juga
sifat para sahabat Rasulullah s.a.w. yang banyak membantu dalam gerak kerja
Islam. Membantu sahabat lain dalam kesusahan. Seperti kisah Saidina Abu Bakar
As-Siddiq r.a. membantu melepaskan Bilal bin Rabah r.a. yang mana ketika itu beliau
sedang didera oleh majikannya, Umaiyah dengan deraan yang sangat kejam.
Diletakkan batu diatas dada Bilal dan meminta kembali kepada agama nenek moyang
mereka. Tapi, dengan kekuatan iman Bilal, mulutnya hanya mengatakan ‘Ahad !
Ahad ! Ahad ! ’ iaitu Allah Maha Esa.
Seterusnya, dalam kita menuntut ilmu ini, perbanyakkan memberi manfaat
kepada orang yang dekat dengan kita. Misalnya kawan-kawan kita. Kalau kawan
perlukan wang, kita bantu dengan wang. Kalau kawan sakit, kita bantu dengan
membeli ubat dan merawatnya. Kalau kawan minta tolong ajar subjek atau tajuk
yang dia tidak faham, maka bantulah. Ikut kemampuan kita. Jangan kita sombong.
Jangan kita sering menolak jika mereka memerlukan pertolongan. Sombong itu
sifat syaitan. Allah tidak suka orang yang sombong ini.
Tambahan lagi, memberi
pertolongan ini bukan sahaja untuk manusia tetapi untuk makhluk selain dari
manusia. Kepada tumbuhan misalnya. Membantu tumbuhan dengan disiramkan air
kepadanya untuk ia tetap segar dan hidup. Dan kepada haiwan juga. Seperti kisah
yang makruf kita dengar iaitu kisah seorang wanita pelacur yang memberi minum
kepada seekor anjing yang sedang kelaparan. Akhirnya, dengan asbab pertolongan
tersebut, wanita itu dimasukkan kedalam syurga Allah s.w.t.
Akhirnya, besar manfaatnya
memberi pertolongan kepada orang lain serta makhluk yang lainnya. Kadang-kadang
dengan asbab pertolongan, kita dilabel sebagai ahli syurga Allah s.w.t. Tak nak
ke macam tu ? Mesti nak kan ? So,, luangkan waktu kita untuk memberi
pertolongan kepada orang lain walaupun pertolongan itu hanya kecil dimata kita.
Wallahu’alam.
Hasnul Hakimi Hussien
|
Kaherah, Mesir |
9 Ogos 2015
No comments:
Post a Comment