Ada satu kisah yang diceritakan oleh Imam Ghazali r.a
Ada satu kampung. Di kampung itu terdapat seorang khalifah bersama seorang isteri dan anaknya. Suatu hari, di malam hari. Khalifah itu menunaikan solat tahajjud. Selesai sahaja beliau solat tahajjud disambung dengan isterinya pula bangun untuk solat tahajjud. Selesai sahaja isterinya solat tahajjud, khalifah memanggil isterinya untuk buat perundingan iaitu bermesyuarat sebentar.
" Wahai isteriku, kita ada seorang anak perempuan. Bagaimana kita ingin mencari calon menantu untuk dirinya ? ", tanya khalifah itu.
" Ha...Kita cari calon menantu yang bercakap benar ". Cepat khalifah bagi idea.
" Bagaimana nak cari orang yang bercakap benar ? ". Isterinya bertanya.
" Saya cadangkan kita mencari calon menantu di masjid. Sesiapa pemuda yang solat lima waktu secara berjemaah selama 40 hari. Itulah yang saya akan pilih kerana orang yang jaga solat lima waktu ia tidak akan berbohong dan sentiasa bercakap benar ", sambung khalifah. Isterinya bersetuju dengan cadangan suaminya.
Perundingan antara khalifah dan isterinya itu didengari oleh seorang pencuri yang berada di atas atap bertujuan untuk mencuri rumah khalifah tetapi gagal kerana mereka bangun solat tahajjud dan bermesyuarat. Tapi, pencuri itu dapat satu maklumat yang khalifah itu mempunyai seorang anak perempuan untuk dikahwinkan. Akhirnya, pencuri itu membuat satu rancangan untuk mendapatkan anak perempuan khalifah itu dan apabila kahwin, ia akan membolos segala harta khalifah itu.
Bermulalah penyelidikan khalifah itu untuk mencari calon menantu yang menjaga solat lima waktu berjemaah di masjid selama 40 hari. Pencuri itu juga mulalah menjadi seorang yang kuat ibadah di masjid. Setiap hari di masjid. Setiap waktu solat di masjid. Tak kira subuh, zohor, asar, maghrib mahupun isyak. Setiap waktu pasti ada pencuri itu di masjid untuk solat berjemaah.
Hari yang ke 40 pun tiba. Seusai sahaja solat berjemaah. Khalifah terus memegang tangan pencuri itu dan menjemput pencuri itu ke rumah kerana ia yakin pencuri itu adalah orangnya yang ia cari. Tetapi, pencuri itu rasa bersalah dan menceritakan hal yang sebenar kepada khalifah itu bermula dari dia mendengar perundingan antara khalifah dan isteri sehingga hari ke 40 itu.
" Sebenarnya saya seorang pencuri. Satu hari saya pernah masuk ke rumah tuan untuk mencuri. Tetapi, saya gagal sebab ketika saya masuk ke atap rumah tuan, saya lihat tuan bangun untuk solat tahajjud kemudian disambung isteri tuan pula. Kemudian saya dengar perundingan antara tuan dan isteri tuan soal mencari calon menantu di masjid. Jadi, setelah saya dengar perundingan itu. Saya cadang untuk ke masjid solat lima waktu selama 40 hari. Dengan itu saya dapat mengambil harta tuan setelah saya berkahwin dengan anak perempuan tuan. Tetapi, setelah 40 hari ini. Tujuan saya ke masjid dan solat lima waktu itu menjadi kebiasaan saya. Saya tidak mahu anak perempuan tuan malah saya mahu tuan menghukum saya ". Terang pencuri itu.
Pengajaran yang kita dapat didalam kisah ini antaranya ialah :
1. Apabila kita sentiasa istiqomah dalam sesuatu amalan maka ia akan jadi satu kebiasaan buat diri kita. Seandainya amalan baik, maka seterusnya baik. Jika amalan buruk, maka seterusnya buruk.
2. Orang yang menjaga solat lima waktu berjemaah maka ia adalah orang yang sentiasa bercakap benar.
3. Bersikap jujurlah atas apa yang kita kerjakan samada dengan orang yang kita kenal ataupun tidak.
No comments:
Post a Comment