Monday, 9 March 2015

Ambil Hak Orang Lain Tanpa Izin

Penyakit yang sangat sukar untuk diubati melainkan diri sendiri yang makan ubat itu ialah penyakit ‘ mengambil hak orang lain tanpa izin’. Penyakit ini sering saja berlaku kepada sesiapa pun samada di sekolah, asrama, bersama sahabat, bersama staf kerja dan sebagainya . Penyakit mengambil hak orang lain ini tidak disukai oleh ramai orang. Bahasa kasarnya ialah ‘ benci ‘. Bukan benci dengan orangnya tapi benci dengan sikapnya.

Apabila kita sembang tentang ‘ ambil hak orang lain tanpa izin ‘ ini, kita akan fikir tentang ambil duit orang atau barang berharga kepunyaan orang lain. Tapi itu semua kita sudah makruf. Semua sudah tau apa hukumnya. Tetapi ada satu hal yang ingin di titik beratkan iaitu mengambil hak orang lain tanpa izin dari segi pemakanan. Baik. Mari kita cerita sikit soal ini.

                Mengambil hak pemakanan orang lain ini juga dikira sebagai satu kesalahan besar disisi agama kerana ia melibatkan halal dan haram. Macam mana tu ambil hak orang dalam aspek pemakanan ? Ok. Begini. Kita bagi contoh ok.  Kita dengan roommates kita. Satu hari tu seorang dari roommates kita ada tinggalkan sepotong kek didalam peti ais. Kemudian kita ambik sudu, apa lagi ! Kita pun jamah sikit kek tu tanpa kita sedar makanan yang kita makan itu halal atau haram. Kalau dari segi kek itu sudah pasti kek itu kek yang halal kerana dibeli dan dibuat dengan cara yang halal tapi orang yang makan itu hukumya halal atau haram ? Jawabnya haram kerana kita makan makanan orang tanpa keizinan tuannya. Walaupun tuan empunya kek itu seorang yang baik atau seorang tidak kisah, tapi kita sebagai orang Islam pasti dan kena bahkan wajib meminta izin dahulu kepada empunya makanan itu. Kadang-kadang kek tu sebenarnya bukan kepunyaan roommates kita  tapi kek itu kepunyaan orang lain. Roomates hanya simpankan je dalam peti ais. Boleh jadi masalah besar kalau macam ni.

                Begitu juga dengan mengambil makanan orang lain tanpa izin tapi dengan tujuan yang baik. Ia tetap menjadi kesalahan kerana memberi makan kepada orang lain tanpa izin tuan empunya barang meskipun niat dan tujuan kita itu mulia. Pernah kita dengar satu kisah Rasulullah s.a.w bersama dua orang lelaki yang mana seorang dewasa dan seorang lagi kanak-kanak. Ketika itu sebelah kiri baginda ialah Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. manakala disebelah kanan baginda ialah seorang kanak-kanak. Waktu itu Baginda sedang minum dan baginda ingin kongsikan air tersebut pada sahabatnya Abu Bakar tapi Abu Bakar disebelah kiri. Padahal yang lebih diutamakan disebelah kanan. Kemudian Rasulullah s.a.w. meminta izin kepada kanak-kanak itu untuk baginda memberikan dahulu air yang baginda minum itu kepada sahabatnya Abu Bakar r.a. malahan kanak-kanak itu menjawab ‘ tidak boleh kerana itu hak saya kerana saya disebelah kananmu ‘. Lalu baginda memberikan minuman itu kepada kanak-kanak itu. Dari kisah itu kita dapat beberapa pengajaran. Pertama, sifat Rasulullah yang suka memberi. Kedua, sifat Rasulullah yang meminta izin dahulu kepada kepunyaan hak. Ketiga, sifat Rasulullah yang sentiasa mendahului yang kanan dari yang kiri. Meskipun sahabat baginda Abu Bakar itu pangkatnya lebih besar dari kanak-kanak itu tetapi baginda tetap meminta izin kepada kanak-kanak yang hanya seorang kanak-kanak sahaja kerana baginda tahu itu haknya untuk meminum air tersebut. Indah kisah ini jika kita hayati dan mengalaminya serta mengamalkan sifat-sifat Rasulullah s.a.w. itu tadi.

                Jadi akhirnya mari kita sama-sama menjaga hak kepunyaan orang ramai. Mintalah izin sebelum mengambil hak kepunyaan orang meskipun niat kita itu baik kerana manusia ini ada pelbagai. Ada yang panas baran. Ada yang suka memaki hamun orang. Ada juga sampai memutuskan tali silaturahim sesama Islam hanya kerana geram. Silap nanti akan jadi satu masalah yang besar hanya kerana mengambil makanan orang lain tanpa izin melainkan dengan izinnya sendiri.  Jadi, mari kita hidupkan suasana yang aman dan gembira sesama kita. Wallahu ‘alam.


: Ciptaan Khalifah ::

6 comments:

  1. sekiranya terambil barang orang lain

    ReplyDelete
  2. Kalau sudah tahu itu brg dia, mohon maaf kepadanya insha Allah dimaafkan, dan menggantikannya supy dia tdak rasa kecil hati😁

    ReplyDelete
  3. Saya guna motor ayah saya dan motor abang saya untuk tujuan pergi ke masjid. Salah ke? Mohon jawab!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tujuan awak tak salah. tapi kan dah kata, walau apa pun tujuan kita, mesti kena minta izin pada tuan empunya barang.

      Delete
  4. Kalau mengambil hak adik beradik hukumnya macam mana?contoh mengambil daun kari (utk dimasak makan) dipasu rumah abang tanpa pengetahuan?

    ReplyDelete
  5. Saya pun rasa Kecewa bila ipar petik buah2an yang saya berpeluh2 panjat tangga yang tinggi untuk bungkusnya supaya elok. Tapi si pengambilan ni petik sampai licin tak tinggal sedikit pun.. Sedih Dan marah.

    ReplyDelete