Saturday, 28 December 2013

Abu Musa As-Soleh Dan Sebuah Epal

Kisah seorang hamba Allah yang diberi nama Abu Musa As-Soleh

Pada suatu hari, Abu Musa As-Soleh menjumpai sebuah epal yang hanyut di sungai. Kemudian dia gigit sedikit buah epal itu. Tiba-tiba dia teringat buah yang dia makan tu buah yang haram kerana tidak meminta izin pemilik buah itu.

Hatinya berkata " Aku kena mencari pemilik buah epal ini dan minta dihalalkan "

Abu Musa As-Soleh mencari pokok di persisiran sungai itu sehinggalah dia bertemu dengan satu dahan yang terjuntai ke sungai dan ternyata benar dahan tersebut adalah dahan buah epal.

Dia ternampak seorang pak cik sedang mencangkul berdekatan dengan pokok epal itu. Tanpa membuang masa, dia terus berjumpa dengan pak cik itu dan meminta halalkan epal yang dia makan tadi.

Pak cik itu kagum kerana tiada pemuda yang sejujur ini hanya kerana menggigit sedikit sahaja buah epal sudah gelisah dan sanggup mencari pak cik itu untuk menghalalkan apa yang dia makan.

Pak cik itu bersetuju tapi dengan satu syarat iaitu Abu Musa As-Soleh mesti jadi hambanya selama 10 tahun.

Abu Musa As-Soleh bersetuju yang penting buah epal yang dimakan tu dihalalkan.

~10 tahun berlalu~

" Saya sudah 10 tahun jadi hamba tuan, boleh tuan halalkan buah epal itu ? ", kata Abu Musa As-Soleh.

" Boleh, tapi dengan satu syarat lagi. Kamu mesti kahwin dengan anak perempuan saya. Tapi anak perempuan saya itu buta, pekak, bisu dan lumpuh ", jawab pak cik itu.

Abu Musa As-Soleh bersetuju juga.

Akhirnya Abu Musa As-Soleh berkahwin dengan anak perempuan pak cik itu.

Ketika Abu Musa As-Soleh hendak masuk ke bilik, dia ketuk pintu dan beri salam.

" Waalaikummussalam ", jawab anak perempuan pak cik itu.

Abu Musa As-Soleh terkejut kerana kata pak cik itu anaknya bisu tapi boleh bercakap.

Abu Musa As-Soleh cakap pada pak cik itu merangkap ayah mertuanya.

" Ayah, salah orang ni "

" Betul, itulah isteri kamu. Pergilah ", kata pak cik itu.

Dia masuk lagi ke bilik itu. Dia terkejut lagi kerana perempuan itu sangat cantik malah tidak buta, bisu, pekak dan lumpuh. Dia keluar lagi berjumpa dengan ayah mertuanya dan bertanya hal yang sama.

" Ayah, salah orang ni "

" Betul, itulah isteri kamu. Pergilah ", kata pak cik itu.

" Tapi ayah kata dia bisu, pekak, buta dan lumpuh tapi dalam bilik itu bukan ? ", kata Abu Musa As-Soleh.

" Benar. Memang dia bisu tapi BISU kerana tidak pernah bercakap benda yang haram. Memang dia pekak tapi PEKAK kerana tidak pernah dengar benda yang haram. Memang benar dia buta tapi BUTA kerana tidak pernah melihat benda yang haram dan memang benar dia lumpuh tapi LUMPUH kerana tidak pernah ke tempat yang haram "

Akhirnya, hasil antara hubungan Abu Musa As-Soleh dan perempuan suci itu lahirlah seorang Wali Allah yang diberi nama Sheikh Abdul Kadir Jailani.

No comments:

Post a Comment