Jam tepat pukul 4.30 pagi. Rahmat terbangun dari tidurnya. Katilnya betul-betul disebelah tingkap. Dia bangun dari pembaringan kerana ingin bertahajud. Kain langsir di tingkap sebelah katilnya tersingkap. Dia melihat bilik jirannya iaitu bilik kawannya, Zulkifli, menyala. Dia terfikir. Mungkin Zul bangun belajar.
" Alhamdulillah ", ucap Rahmat.
Keesokan harinya, Rahmat seperti biasa bangun untuk bertahajud. Dia melihat bilik Zulkifli yang menyala. Sekali lagi dia ucap 'Alhamdulillah'. Hatinya mula cemburu lihat Zulkifli. Mulai dari hari itu, Rahmat berazam ingin bangun bertahajud dan mengulangkaji pelajaran. Setiap hari Rahmat lakukan hal yang sama.
Hari peperiksaan tiba, Rahmat dan Zulkifli sama-sama menduduki peperiksaan tersebut. Mereka sama-sama berdoa. Mereka sama-sama ulang kaji sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Mereka sama-sama menamatkan peperiksaan itu.
Seperti biasa, Rahmat bangun untuk bertahajud cuma biasa Rahmat bangun pukul 4.30 tapi kali ini terlewat sedikit, 5.00 pagi. Walaupun peperiksaan sudah tamat tapi kebiasaan amalan bertahajud itu tidak pernah hilang dari dirinya. Dia melihat bilik Zulkifli.
" MasyaAllah... Sungguh rajin sahabatku, Zulkifli. Walaupun dah tamat peperiksaan, kau tetap bangun lebih awal dari aku. ", detik hatinya.
2 bulan kemudian...........
Keputusan peperiksaan diumumkan. Rahmat mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap madah. Rahmat tidak merasa gembira dengan keputusannya itu sebelum dia bertemu dengan sahabat baiknya, Zulkifli. Matanya tetap mencari Zulkifli. Akhirnya, matanya tertumpu pada seseorang di penjuru bangunan akademik sekolah. Rahmat terus menuju ke situ. Rahmat bertemu dengan Zulkifli. Zulkifli nampak sedih. Rahmat keliru. Rahmat bertanya pada Zulkifli.
" Zul, kenapa kau sedih ni ? Macam mana keputusan peperiksaan kau ? ", tanya Rahmat.
" Aku sedih sebab keputusan exam aku gagal ", jawab Zulkifli.
" Eh, tak percayalah aku. Aku setiap hari bangun tahajud tengok bilik kau sentiasa menyala. Awal kau bangun belajar. Tak kan boleh gagal ? Mustahillah ", kata Rahmat seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata Zulkifli.
" Oh, sebenarnya yang kau nampak lampu bilik aku menyala tu bukan aku bangun belajar tapi aku main game sampai lupa nak tutup lampu ". Terus terang Zulkifli pada Rahmat.
" Ya Allah, aku fikirkan kau belajar ". Tepuk dahi Rahmat.
Sekarang barulah Rahmat tahu, diatas usaha dan cemburunya kepada Zulkifli, ia menghasilkan keputusan yang cemerlang. Ini barulah yang dinamakan CEMBURU POSITIF.
madah - matapelajaran
exam - peperiksaan
#copy cerita dari Telaga Biru dan diubah sedikit. :)
No comments:
Post a Comment