Abah
bekerja sebagai seorang guru di sekolah rendah. Orangnya sangat garang dan
tegas. Orang yang sangat mengenalinya pasti anaknya sendiri. Tapi ketegasan
abah sangat berbeza dengan anak murid dan anak sendiri. Anak murid hanya
sekadar merotan jika tidak siap kerja rumah, latihan dan sebagainya. Tapi kalau
anak sendiri tidak siap latihan atau kerja rumah, pengakhirannya atau hukuman
di rumahlah. Cuma kadang-kadang ada juga hukuman di sekolah. Tapi nak ceritanya
berbeza hukuman anak sendiri dengan hukuman untuk anak muridnya.
Ada
satu ketika sewaktu pembelajaran penulisan Bahasa Melayu. Waktu tu aku darjah
tiga kalau tak silap. Abah guru penulisan Bahasa Melayu ketika itu. Masa tu
penulisan tulisan berangkai. Abah mula ajar satu kelas macam mana nak buat
tulisan berangkai. Seorang demi seorang abah ajar. Semua dapat apa yang abah
ajar. Mungkin tidak semua yang dapat bahkan ada yang tak dapat buat tulisan
berangkai tu termasuklah aku sendiri. Tapi bila abah tau aku ni lambat dalam
penulisan berangkai......
“ Pang
!!! “
Satu
tamparan yang kuat didalam kelas. Dengan saiz tangan abah yang dua kali ganda
besarnya ketika aku berumur darjah tiga waktu tu. Semua kawan-kawan aku tengok
aku. Semua terkejut. Hanya aku tak dapat tulis tulisan berangkai dengan betul.
Bukan tak pandai tulis. Cuma tulis tak kena baris buku. Terlalu senget. Ada
tulisannya tegak, tidak senget sikit. Tapi hanya sebab itu, aku kena tampar
dengan abah.
Sejak
dari kejadian tu, aku berhati-hati dalam penulisan berangkai. Satu persatu aku
buat. Alhamdulillah aku berjaya. Hatta sekarang pun, alhamdulillah masih boleh
menulis berangkai. Satu tanda atau kelebihan hasil dari penulisan berangkai ini
ialah ia mengajar aku menulis dengan pantas dan jelas. Walaupun orang lain tak
faham apa yang aku tulis tapi cukup hanya aku yang faham. Orang kata tulisan
macam tu sesuai untuk buat nota. Ya. Betul. Semua nota-nota aku kebanyakkannya
tulisan ‘pantas’ iaitu tulisan berangkai.
Semua
asbab dari tamparan dari seorang bapa yang garang dan tegas. Tapi walaupun abah
ni seorang yang tegas dan garang, hatinya tetap lembut pada semua orang. Apatah
lagi pada anaknya sendiri, sangat lembut pada hal-hal tertentu. Yalah kan,
kalau tak buat silap, tak kan tiba-tiba nak marah kan ? Tak semua manusia yang
bergelar bapa ni seorang yang garang dan tegas. Malah ada seorang yang
lembutnya hatinya. Tak garang-garang pada anaknya. Tak tegas pada anaknya tapi
alhamdulillah, anaknya baik semua. Tapi bagi aku, aku bersyukur kerana
dianugerahkan seorang bapa yang garang dan tegas. Banyak pengalaman yang
mengajar diri aku serta adik-beradik aku yang lain.
Akhirnya,
sayanglah dan hargai serta berbuat baiklah kepada bapa kita selagi ia masih
hidup atau selagi kita masih hidup. Bukan sahaja pada bapa sahaja malah pada
mak atau ibu kita juga. Kerana keberkatan hidup kita ini terletak pada ibubapa
kita.
Firman Allah s.w.t. dalam Al-Quran :
( ووصّينا الإنسن بولديه......إلى اخر اية )
Maksudnya : Dan Kami ( Allah )
wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya.......
Wallahu’ alam.
Hasnul Hakimi bin Hussien
Kaherah, Mesir
11-Ogos-2015
No comments:
Post a Comment