Saturday, 2 March 2013

Soal Janggut

Ada satu kisah mencerita tentang seorang sahabat dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Suatu hari ketika apabila selesai solat berjemaah di masjid . Rasulullah S.A.W. menoleh kepada seorang  sahabat lalu tersenyum . Sehinggakan setiap kali Rasulullah S.A.W. bertemu dengannya , Rasulullah akan tersenyum . 

Sahabat ini merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya sehingga menyebabkan Rasulullah asyik tersenyum kepadanya...
Lalu dia melihat wajahnya di cermin . Di melihat janggutnya yang hanya mempunyai tiga helai sahaja .

" Oh...mungkin sebab janggutku yang tiga helai ini yang menyebabkan Rasulullah tersenyum " kata sahabat itu..

Lalu dia terus mencukur ketiga-tiga helai janggutnya itu kerana dia merasakan janggutnya itu adalah bahan ketawa orang ramai..

Suatu hari ketika selesai solat Nabi menoleh kepada sahabat itu . Lalu wajah Rasulullah S.A.W. masam . Setiap kali bertemu dengan sahabat tersebut Rasulullah akan berwajah masam..Sahabat itu pelik . Lalu dia pun mengambil keputusan untuk bertanya kepada Rasulullah S.A.W. tentang wajah yang dulunya tersenyum dan kini bertukar menjadi masam kepadanya..

" Wahai Rasulullah , kenapakah kau dahulu tersenyum melihatku dan kini kau bermasam muka kepadaku ? " kata sahabat itu .

Rasulullah pun berkata kepada sahabat itu. " Wahai sahabat , aku tersenyum kepadamu dahulu kerana melihat tiga helai janggutmu yang mana setiap helai janggutmu itu terdapat bidadari yang sedang bergayut . Tapi aku kini bermasam muka kerana aku tidak melihat lagi bidadari tersebut ".
 Janggut adalah sunnah Rasulullah S.A.W. 

Rasulullah ada bersabda : Barang sesiapa yang menolak sunnahku maka ia bukanlah dari umatku .

P/S : Marilah kita mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. di dalam kehidupan kita . InsyaAllah .

No comments:

Post a Comment