September 2010 . Satu permusuhan telah menimpa keatas Arif dan rakannya , Iwan . Mereka mula bermusuhan diantara satu sama lain .
Dulu, sebelum permusuhan pada September 2010, Arif dan Iwan adalah sahabat karib sejak dari mula-mula masuk ke tingkatan satu pada tahun 2008 dan kini mereka adalah musuh yang ketat .
" Wan! Maafkan aku....aku tak bermaksud nak rampas dia dari kau.., " kata Arif . Cuba untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara dia dan Iwan .
" Lantak kau lah !! Pergilah kau sana !! ," herdik Iwan dengan muka penuh kebencian .
" Iwan !! Please ! Maafkan aku.... , " ulang Arif lagi .
Iwan hanya berdiam diri dan pergi meninggalkan kawannya, Arif .
Mereka bermusuhan selama 2 tahun . Terlalu lama mereka bermusuhan .
Tiba saat mereka ingin menjalani peperiksaan SPM . Iwan pun berjumpa dengan Arif sambil menghulurkan tangannya kepada Arif .
" Arif....semoga berjaya . Maafkan aku selama 2 tahun kita bermusuhan, " kata Iwan lalu pergi dalam keadaan bersalah .
Arif hanya tersenyum dan berdiam diri sahaja . Dalam hatinya Arif, dia berkata .
" Aku sudah maafkan kau , wahai sahabatku..."
" Arif ! Baguslah kau dah berbaik dengan Iwan tu...sejuk hati aku tengok.., " Naim tiba-tiba memeranjatkan Arif dari belakang .
" Alhamdulillah ! Allah buka hati dia untuk memaafkan aku.., " Arif mengucapkan hamdallah kerana dia dan Iwan sudah berbaik . Naim pun turut mengucapkan hamdallah .
Arif sambung lagi . " Hanya kerana seorang wanita dan hanya kerana cinta sebelum nikah..aku dan Iwan menjadi rosak dan dipenuhi dengan dosa . Astagfirullah !, " Arif bermuhasabah diri .
P/S : Kejarlah cinta Allah dan Rasul-Nya dengan sebenar-benar cinta . Apabila ilmu agama dalam diri hadir, barulah kita hadirkan seorang teman hidup yang bergelar isteri dengan cara yang mengikut syariat Islam bukan dengan cara yang bertentangan seperti couple .
Dan rapatkanlah hubungan silaturrahim sesama Islam . Janganlah kita bermusuhan . Ia akan menambahkan dosa dan menempah tiket untuk kita ke neraka Allah S.W.T.
No comments:
Post a Comment