Ketika Rasulullah S.A.W. hampir wafat , Rasulullah mengumpulkan semua kaum muslimin dan beliau pun berkata kepada mereka semua....
" Wahai kaum muslimin ! barang sesiapa yang pernah aku menzaliminya , maka tampillah kepadaku..buatlah perhitungan kepadaku.. "
Semua sahabat Rasulullah S.A.W. terdiam .
Nabi S.A.W. mengulangi percakapannya tadi sebanyak tiga kali .
Rasulullah pun mengulangi ucapannya buat kali yang keempat . Tiba-tiba bangkit seorang sahabat lalu berkata...
" Ya Rasulullah ! dahulu ketika dalam peperangan , aku ditahan olehmu dengan tongkatmu di badanku..Jadi sekarang aku ingin melakukannya seperti mana yang kau lakukan kepadaku.. "
Rasulullah S.A.W. pun mengarahkan Saidatina Aisahah R.A. mengambil tongkat Rasulullah di rumah dan diberikan kepada sahabat tersebut . Sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. yang lain terkejut dan menangis kerana ada juga seorang sahabat yang menuntut sesuatu daripada Pesuruh Allah itu .
Lalu lelaki itu pun berkata lagi..
" YA Rasulullah , dulu kau menahan badanku menggunakan tongkatmu itu dengan keadaan aku tidak berbaju . "
Rasulullah pun membuka bajunya..begitu juga sahabat itu .
Semakin sedih sahabat-sahabat yang lain melihat kejadian tersebut .
Sahabat itu pun pergi menghampiri Rasulullah S.A.W. sambil di tangannya memegang tongkat tersebut . Tiba sahaja dia menghampiri Rasulullah S.A.W. ......Dia melepaskan tongkat itu dan memeluk Rasulullah S.A.W.
" Ya Rasulullah ! Sebelum kau wafat...biarkanlah kulitku bersentuh dengan kulitmu semoga ia menjadi saksi di akhirat kelak " kata sahabat tersebut sambil mengeluarkan air matanya..
Lalu Rasulullah S.A.W. berkata kepada kaum muslimin..
" Sesiapa yang ingin melihat ahli syurga maka lihatlah dia ( Nabi menunjukkan sahabat tersebut ) "
Begitu sayangnya sahabat Rasulullah terhadap Pesuruh Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Adakah kita mencintai Rasulullah seperti sahabat-sahabat beliau ????
Perbanyakkanlah selawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.
No comments:
Post a Comment