Baik.
Banyak
sebenarnya benda atau sesuatu yang berkait dengan tajuk kita tapi matlamatnya
adalah satu iaitu apa yang kita inginkan untuk masa yang akan datang.
Ada
orang suatu hari nanti dia nak jadi seorang doctor. Ada juga yang nak jadi seorang usahawan. Ada juga yang nak jadi
seorang guru. Ada yang nak jadi sebagai
pegawai bank. Ada yang nak jadi sebagai seorang angkasawan. Mana tau kan, suatu
hari nanti. Tapi itu semua keinginan seseorang untuk masa depannya. Jawapan
untuk suatu hari diatas ini ialah usaha. Berusahalah dengan bersungguh-sungguh
serta tidak dilupakan kepada perintah Allah iaitu amar makruf nahi mungkar.
Kalau kita usaha sampai cemerlang macamana sekalipun tapi amar makruf nahi
mungkar kita entah kemana. Mana mungkin
nak bahagia untuk kemudiannya.
Ok.
Berbalik pada topik. Apa sebenarnya yang nak diceritakan dalam topik ni ?
Suatu
hari nanti yang nak kita ceritakan ialah tentang dimana kita suatu hari nanti. Dimana kita
setelah roh dan jasad dipisahkan ? Saya ulang (macam Ustaz Adnin Tarbiah
Sentap)
“Dimana
kita setelah roh dan jasad dipisahkan ? “
Dimana
pengakhiran kita suatu hari nanti ? Syurga atau neraka ? Itu yang nak dikupaskan
disini. Mari cek amalan kita. Cukup solat kita hari ni ? Berapa banyak selawat
kita pada baginda Rasulullah s.a.w. ? Ada sedekah hari ni ? Ada sakitkan hati
orang tak ? Ada pendamkan rasa tak puas hati ke kat orang ?
“
Saya cukup solat. Confirm syurga tempat saya nanti “
“
Saya selalu infakkan duit saya beribu-ribu untuk masjid ni. Pasti syurga tempat
saya nanti “
Fuhhh ! Bongkak gila jawapan. Saya ulang. “ Fuhhh !
Bongkak gila jawapan “ Maaf ye bro.
Cukup solat tapi bongkak tempatnya neraka jugak bro. Maaf ye bro. Sedekah atau infak berjuta
bermilion sekalipun tapi bongkak tetap ke neraka jugak perginya. So, buang dulu
bongkaknya ye bro. Nak bongkak tunggu dah check in Syurga baru boleh bongkak,
ok.
Ok.
Berbalik semula pada tajuk. Maaflah ye. Saya ni memang suka lari-lari tajuk.
Baik. Dah cek amalan? Cukup ? Ke tak ?
“ Cukup “
Wow ! Macam tau-tau je yang awak nak mati
kejap lagi.
“ Kenapa pulak ? “
Yelah. Yakin betul awak yang awak
dah cukup amalan. Macam awak tau je amalan awak tu diterima oleh Allah Taala
kan. *ayat menyentap
Ada jugak yang jawab.
“ Tak cukup lagi ? “
Macam mana boleh tak cukup lagi ?
“ Entahlah bang. Saya ni malas
sikit. Kalau solat tu susahnya nak gerak sendiri. Kadang-kadang tak solat “
Perg ! Jujur betul kau ni. Tapi
kan kau pun sama jugak. Macam nak je masuk neraka kan. Kalau dah tau malas
semua tu. Apalagi. Pergilah amek wudhu buat solat taubat dan solat qadha’.
Jadi macam mana ? Dah nampak apa
mesej yang nak saya sampaikan ? Alah. Mesejnya ialah Suatu hari nanti kita nak syurga
atau neraka. Itu je. Kalau nak syurga. Ikut cara nak ke syurga. Buat apa yang
disuruh Allah tinggal apa yang Allah larang. Kalau nak neraka. Ikut cara nak ke
neraka. Ikut cara syaitan tu. Confirm ke neraka. Tapi saya ni bukan nak ngajak
awak-awak semua ni pergi ikut syaitan dan buat amal jahat. Bukan jugak nak ajak
ke neraka. Tapi saya nak kita semua dapat masuk ke syurga Allah Taala. Tempat
yang sukar dibayangkan oleh akal fikiran. Sungguh menarik. Kata orang “ Memang
best gila lah !!! “. So, apalagi. Yuk kita buat amal soleh.
No comments:
Post a Comment