Wah wah wah ! Indahnya kata-kata cinta islamik kau kan.
Menusuk ke hati tembus ke perasaan geram. Pelajar agama sekarang ni nak
halalkan cinta sebelum nikah ni memang pandai bermain dengan kata-kata kan.
Siap guna ayat islamik bagai.
“ Aku cinta kau kerana Allah “
“ Saya sayang awak
kerana agama yang ada pada awak “
“ Cinta kita pasti cinta yang diredhai Allah “
Pastu mention nama lelaki tu. Si lelaki pulak mention nama
perempuan tu. Tak malu ke ?!
Perhhh
!! Geram pulak rasa. Tapi yang paling geram ada pulak yang sokong tu. Lagi
menyirapkan hati ni. Sabar je.
“ Semoga korang bahagia “
“ Jaga dia baik-baik “
“ May Allah bless you all “
Kau
ingat Allah akan redha dengan cinta yang tak halal ni ? Cinta yang melanggar
syariat Islam ni ? Tidak sama sekali. Bahkan boleh mengundang kemurkaan Allah
Taala. Macam mana Islam nak berkembang kalau anak muda sekarang ni sibuk pada
benda-benda yang merosakkan agama ni. Seriously saya cakap. Rosak ! Rosak !
Rosak ! Rosak pemuda/pemudi sekarang ni.
Macam mana
cara nak atasinya ? Caranya mudah. Bermula dari hati. Apabila hati sudah
menidakkan dan menolak perkara yang haram dan dosa, pasti dan pasti mudah untuk
menolak segala perkara tersebut. Bagi saya hati ini ibarat kain. Kain ni kalau
nak bersih mesti gunakan sabun yang baik dan bagus. Baru owesome ! Begitu juga
hati. Hati ni kalau nak bersih mesti mulakan dengan NIAT (sabun) yang BAIK dan
BAGUS. Tak percaya ??? CUBALAH. Kalau tak berjaya mesti ada masalah dengan
hati. So, jawapannya ialah TAUBAT. Bukan taubat ala kadar tapi
taubat yang bersungguh-sungguh. Hasilnya
nanti korang akan tau jugak. Pasang niat nak berubah pastu buat solat taubat.
Ok. Inilah jawapan yang dapat saya kemukakan setakat ni. Semoga kita sama-sama
dapat amalkan. Wallahu ‘alam.
No comments:
Post a Comment