Kini kembali peristiwa Israk dan Mikraj yang mana peristiwa
ini mengisahkan tentang kronologi dan
ibrah untuk kita hayati bersama. Peristiwa ini mengisahkan perjalanan
Rasulullah Sallahu ‘alaihi wasalam bermula dari Masjidil Haram, Mekah menuju ke
Baitul Maqdis, Palestin dan terus ke Sidratul Muntaha sehingga bertemu Allah
s.w.t. So, mari kita ikuti kronologi peristiwa ini.
Peristiwa
ini berlaku pada bulan Rejab iaitu 27 Rejab. Ia juga berlaku setelah kewafatan
isteri baginda Rasulullah Sallahu ‘Alaihi Wasalam, Saidatina Khadijah r.a. dan
bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika peristiwa ini terjadi baginda dalam fasa
tekanan psikologi yang kuat kerana kematian dua insan yang paling rapat dengan
baginda.
Seterusnya,
peristiwa ini bermula dari Masjidil Haram, Mekah. Ia berlaku ketika itu semasa
akhir-akhir sebelum hijrah. Kemudian baginda dibawa oleh Malaikat Jibril a.s.
ke Masjidil Aqsa dengan menunggang Buraq. Dikisahkan sebelum baginda memulakan
perjalanannya, hati baginda dibersihkan
oleh Malaikat Jibril a.s. dengan air suci Zam Zam.
Setibanya
baginda di Masjidil Aqsa bersama Malaikat Jibril a.s. , baginda dan Malaikat
Jibril a.s. berhenti dan baginda pun solat
di situ. Baginda menjadi imam solat bersama para anbiya’ yang terdahulu.
Kemudian, baginda pun di teruskankan perjalanannya dengan menunggang Buraq ditemani oleh Malaikat Jibril a.s.
Diringkaskan
kisah ini, baginda melalui pelbagai pintu yang mana setiap pintu itu didiami
oleh para anbiya’ terdahulu. Baginda pun meneruskan lagi perjalanannya sehingga
ke langit ketujuh ataupun dinamakan ‘Tujuh Petala Langit’. Yang mana disini ada
dinyatakan beberapa khabaran yakni betapa pentingnya tanah anbiya’ kepada umat
Islam. Bumi Masjidil Aqsa tersebut serta sekitarnya adalah milik umat ini dan
membebaskannya adalah tanggungjawab setiap umat Islam.
Kemudian
baginda di meneruskan lagi sehingga
baginda ke Sidratul Muntaha dan terus ke Baitul Makmur bertemu dengan Allah
Azza Wajalla dengan jasad yang zahir bertemu Tuhan Pencipta Alam. Dari
pertemuan itu, baginda menerima wahyu dan perintah dari Allah s.w.t. iaitu
penerimaan ibadah solat. Yang mana ketika itu, baginda diperintahkan solat
sebanyak 50 waktu. Kemudian dikurangkan menjadi 10 waktu. Akhirnya, dikurangkan
sebanyak 5 waktu. 5 waktu yang kini kita lakukan setiap hari iaitu Subuh,
Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.
Setelah
itu, baginda pulang ke Masjidil Haram. Baginda dijalankan hanya satu malam
sahaja. Kemudian, baginda menyampaikan wahyu dan perintah Allah solat 5 waktu
itu kepada umat di Mekah. Ketika itu ada yang percaya dan ada yang tidak
percaya sehingga ada yang murtad dari Islam. Tetapi, sahabat baginda Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila
dikhabarkan kepadanya tentang peristiwa ini, beliau sedikit pun tidak ragu
bahkan membenarkan malah lebih membenarkan sekiranya ada yang lebih hebat lagi
dari peristiwa Isra’ dan Mikraj ini. Sejak itu beliau diberi gelaran
‘As-Siddiq’ yang memberi maksud ‘ Yang Membenarkan ‘.
Kesimpulannya,
peristiwa ini berlaku hanya untuk
baginda menerima perintah solat 5 waktu yang mana solat itu sangat penting
dalam kehidupan sehari-hari kita. Ketika hari penghitungan kelak, solat inilah
yang akan disoal dahulu sebelum yang lainnya. Hanya 5 waktu dalam satu hari.
Tetapi walaupun hanya sebanyak 5 kali sehari, itu pun masih ramai umat manusia
yang tidak melangar perintah Allah ini. Cuba bayangkan betapa sedihnya baginda
melihat umatnya yang meninggalkan solat. Ia umpama tidak menghargai pengorbanan
dan kesusahan Rasulullah ketika menerima perintah tersebut. Semoga kita
tergolong dalam umat yang membuatkan Rasulullah tersenyum melihatnya. Wallahu
‘alam.
Hasnul Hakimi bin Hussien.
Kaherah, Mesir.
2015.
Sumber : Sahabat Seperjuangan – Muhammad Zaki
No comments:
Post a Comment