Kita
diperintahkan oleh Allah s.w.t. untuk menunaikan solat fardhu wajib 5 waktu sehari. Lebih diutamakan solat secara
jemaah. Dihitung anggaran masa bagi setiap waktu ialah sebanyak 5-6 minit
sahaja ( tidak campur berwirid dan berdoa ). Sekiranya dicampurkan dengan
amalan wirid dan berdoa masa dianggar lebih kurang 7-10 minit sahaja.
Bagi
yang solat berjemaah, ambillah sedikit waktu untuk bersama jemaah. Wirid
bersama. Berdoa bersama. Bersalam-salaman sesama jemaah. Duduklah bersama
jemaah. 5-6 minit solat berjemaah tanpa
wirid dan berdoa bersama jemaah itu sangat rugi. Sekiranya kita pergi
meninggalkan jemaah dalam keadaan kita memang ada pekerjaan yang penting itu
dimaafkan. Tapi sekiranya tiada pekerjaan apa-apa. Kalau mahu pergi dari jemaah
hanya kerana game, movie, futsal dan hal-hal yang boleh ditangguh sebentar, apa
salahnya jika diambil waktu sebanyak 2-3 minit untuk duduk bersama jemaah dalam wirid dan berdoa bersama. Itu
lebih baik bukan ?
Bukannya
game, movie dan futsal atau sewaktu dengannya itu satu benda yang salah. Tidak
salah. Tapi mungkin ditangguhkan dahulu. Kita uatamakan masa kita dengan duduk
bersama mengalunkan zikir SubhanaAllah, Alhamdulillah dan Allahu Akbar dan
membaca Surah Al-Fatihah, membaca Ayatul Kursi dan berdoa. Kemudian kita
bersalaman. Selesai. Kalau ada tambahan seperti baca Mathurat atau Surah Mulk,
duduklah sekali. Tidak rugi pun. Malah berpahala lagi.
Malah
kita juga tak perlu nak bergegas dalam solat. Ambillah masa dalam setiap
pergerakan solat. Bukankah setiap pergerakan solat itu ada diselitkan dengan Thoma’ninah
? Thoma’ninah ertinya berhenti sebentar. Masa berhenti bagi thoma’ninah hanya
sebanyak 2 saat sahaja atau seperti sekali bacaan ‘ SubhanaAllah ‘. Begitu juga
dalam rukun qauli atau rukun sebutan. Janganlah kita menyebut
rukun-rukun qauli dengan cepat. Misalnya dalam bacaan Al-Fatihah. Apabila kita
membaca AL-Fatihah dengan laju tanpa memikirkan tajwid serta sebutannya betul
atau salah, ia akan menyebabkan bacaan kita salah dan sekiranya salah solat
kita tidak sah.
Solat
ini bukan hanya sekadar menunaikan solat kosong semata-mata. Malah ambil
peluang didalamnya. Ambil peluang meningkatkan bacaan dalam solat. Ambil
peluang meningkatkan kekhusyukkan dengan meneliti makna disetiap bacaan solat
itu. Ambil peluang untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah. Macam-macam yang
kita dapat dari solat itu sendiri.
Akhirnya,
ambillah waktu selagi kita boleh ambil. Sekiranya waktu itu tamat sebelum kita belum melakukan persiapan apa pun maka manfaatkan waktu itu kerana ‘ Waktu itu
Emas ‘ dan ‘ Waktu itu seperti pedang, sekiranya kita tidak memotongnya (
mengambil manfaat padanya ) maka ia akan memotong kamu “. Wallahu ‘alam.
Hasnul Hakimi b.
Hussien
Kaherah, Mesir
No comments:
Post a Comment