Begitu rendah sifat ‘malu’ seseorang itu. Samada lelaki
mahupun wanita. Kenapa boleh jadi rendah sifat malu itu ? Antaranya :
1.
Kurang mengabdikan
diri kepada Allah s.w.t.
-
Pabila jauh dengan
Allah, maka Allah akan jauh darinya.
2.
Kurang berselawat
kepada baginda Rasulullah Sallahu ‘alaihi wasalam.
-
Bagaimana mahu dapatkan
syafaat nabi kalau kita kurang berselawat pada beliau ?
3.
Tidak matang dalam
mengawal nafsu diri.
-
Orang yang dapat
mengawal nafsunya ialah antara orang yang hebat.
4.
Nafsu ‘aku nak’
melebihi dari ‘aku tak nak ‘
-
Kerana mencuba sesuatu
perkara yang dimulai dengan ‘aku nak’ tanpa selidik baik buruknya akan
menyebabkan nafsu cenderung pada perkara buruk kerna nafsu lebih memilih yang
buruk dari yang baik.
Akhir kata,
jagalah dan peliharalah sifat malu kita. Bukan susah nak jaganya. Hanya perlu
sedikit usaha. Usaha untuk melawannya dan istiqamah dengan pendirian kita.
Ambillah kata-kata ini “ Lebih baik kita mencegah sebelum merawat “.
Hasnul Hakimi Hussien
9/5/2015
8.52 pm – Cairo, Egypt.
No comments:
Post a Comment