Lihatlah
bagaimana iman dan sifat kelembutan Saidina Umar al-Khatab r.a. ketika zaman
pemerintahan beliau. Beliau rela menghabiskan waktunya untuk rakyatnya. Ketika
beliau bersama sahabatnya meronda kawasan, mereka terdengar tangisan
kanak-kanak yang kelaparan. Apabila
ditanya kepada ibu dari anak-anak itu kenapa mereka menangis ? Ibunya kata mereka
merungut meminta makanan.
Saidina
Umar al-Khatab merasa berdosa kerana masih ada rakyatnya yang kelaparan.
Kemudian ia bergegas pergi menuju ke gudang gandum untuk mengambil sedikit
gandum untuk diberikan kepada keluarga tersebut. Kemudian sahabatnya berkata,
“ Wahai Amirul
Mukminin, kemana engkau ingin bawa makanan ini ? “.
Saidina Umar
al-Khatab r.a. berkata “ Aku ingin bawa ke rumah itu “.
Jawab sahabatnya, “
Kita hantar esok je. Biar aku yang hantar “.
“ Adakah kau terfikir yang aku akan mati pada malam ini ? “,
kata Saidina Umar al-Khatab.
Saat beliau ingin menghantar makanan itu, sahabatnya cuba
untuk mengambil makanan itu dari beliau tetapi beliau melarangnya kerana
katanya,
“ Adakah kau yang akan menanggung dosaku di akhirat kelak “.
Kemudian beliau pun membawa makanan itu sendiri. Dan beliau
juga memasak makanan untuk keluarga itu. Di pendekkan cerita, wanita itu serta
anak-anaknya dapat makan bersama. Apa kata wanita itu, “ Begitu baik tuan. Saya
harap ada pemimpin seperti tuan yang akan disayangi oleh rakyat dan dapat
menggantikan tempat Umar “
Kata Saidina Umar, “ Jika puan datang bertemu dengan
Khalifah Umar, puan pasti akan bertemu dengan saya “.
Jom kita tonton video khalifah ini. Agar lebih detail apa
yang nak saya kongsikan. Terima kasih.
No comments:
Post a Comment