Terlalu
taksub pada ‘ KPOP ‘, akhirnya sanggup menggadaikan maruah diri. Dunia kini
semakin tua untuk bertahan. Bila-bila masa saja dunia ini akan hilang untuk
selama-lamanya. Itu pun masih mahu membuat dosa ? Oh ya ! Syaitan itu tidak
pernah lelah menggoda anak cucu Adam ini kan ??? Tapi Malaikat juga tidak
pernah henti mencatat amalan kita juga.
“ Dia
tak sedarlah tu yang dia buat dosa “
“ Alah....fikir baiklah. Mungkin kawan dia
tolak dia ke pentas. Dia tak boleh nak buat apa-apa kan “
Macam-macam
karenah masyarakat Malaysia khususnya yang sanggup mempertahankan orang-orang
yang salah. Sudah terang lagi bersuluh yang mereka itu melakukan maksiat
di hadapan umum. Sanggup buang duit
semata-mata ingin pergi ke Konsert KPOP . Adakah itu satu benda yang dikatakan
tidak sengaja ?
Sungguh
jahil masyarakat Malaysia ini. Allah sudah memberi pelbagai peringatan berupa
banjir dan taufan sebagai tanda untuk manusia itu bertaubat serta mendekatkan
diri kepada Allah s.w.t. malah mereka masih tetap khayal dengan hasutan nafsu
yang tahapnya melebihi dari iman. Astaghfirullah ! Menyentuh lelaki /
perempuan yang bukan halal bagi kita itu
bukan hal yang biasa, bahkan itu satu perbuatan yang sangat besar. Allah sudah
memberi peringatan kepada kita dalam Firman-Nya :
“
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat ( yang membawa kerosakan ) “ –
Ayat ke-32 : Surah Al-Isra’
Menghampiri
sahaja sudah tidak boleh apatah lagi bersentuhan.
“
Rilek lah ! Kubur masing-masing “
Ya !
Memang kubur masing-masing tapi sebelum kamu masuk kubur tu seorang diri, kamu
kena mandi, kena kafan, kena solat dahulu dan yang membantu kau tu masyarakat
yang selalu memberi nasihat dan peringatan kepada kamu. Cuba kamu berfikir
sejenak. Berapa lama lagi kamu hidup ? Mari kita muhasabah diri dan buanglah
perkara-perkara yang tidak berfaedah bagi kita.
No comments:
Post a Comment