Monday, 5 January 2015

' Automatik ' Melakukan Kebaikan

                Ada manusia yang melakukan kebaikan dengan cara paksaan. Ada juga manusia yang melakukan kebaikan dengan cara sukarela. Misalnya melakukan kebaikan dengan cara paksaan ialah seperti seseorang yang melakukan kebaikan mungkin dalam kedaan marah, stress, sedih, serabut, pening, dan macam-macam lagi. Pokok pangkalnya ialah melakukan sesuatu kebaikan itu dengan tidak ikhlas. Misal melakukan kebaikan dengan cara sukarela pula ialah seperti seseorang yang mempunyai sifat suka membantu orang lain. Bak kata orang, ‘ Pantang tengok orang susah terus nak tolong ‘.

                Begitu juga dalam aspek melakukan amal kebaikan secara ‘ Automatik ‘. Apa itu Automatik ? Automatik ialah sesuatu yang berkaitan dalam proses atau peranti yang dapat berfungsi dalam keadaan tertentu tanpa melibatkan langsung dari manusia. Itu erti ‘Automatik’ menurut kamus Bahasa Melayu. Malah maksud ‘Automatik’ dalam melakukan kebaikan ialah ia seperti melakukan sesuatu kebaikan itu dengan sukarela tetapi ia berfungsi lebih pantas dan secara kebetulan.

                Baik ! Mari kita buat satu contoh agar pembaca mudah faham. Begini ! Suatu hari, ketika anda sedang bersiar-siar di satu taman yang cukup indah dan cantik. Tiba-tiba, sedang anda berjalan itu, anda ternampak, terlihat, terpandang seorang warga emas atau orang tua yang sangat lemah terjatuh dihadapan anda. Saat itulah dengan tidak semena-mena dengan pantas atau anda akan ‘ Automatik ‘ memapah orang tua itu untuk membantu orang tua itu meneruskan perjalanan atau memapahnya untuk duduk berehat. Sebenarnya banyak lagi contoh-contoh melakukan amal kebaikan ini secara ‘ Automatik ‘. Tetapi mungkin cukup satu contoh yang dapat dinukilkan disini dan contoh ini juga sangat jelas untuk difahami dan jelas untuk disyarahkan.


Walaupun contoh diatas ini jelas dan mudah difahami , malah amal kebaikan secara ‘ Automatik ‘ ini bukan mudah untuk kita kecapi. Ia sangat memerlukan sifat murah hati, ikhlas, dan yang paling penting ialah ‘LILLAHI TAALA’ ( kerana Allah ). Semoga kita dapat sifat-sifat itu agar kita dapat melakukan kebaikan secara ‘ Automatik ‘ bukan lagi secara sukarela apalagi secara paksaan.


- Kita Mampu Mengubahnya -


No comments:

Post a Comment