Ahlan wasahlan 2015. Begitu pantas masa berlalu. Kita kini berada dalam tahun 2015 bagi tahun Masihi dan bulan Rabi’ulawal tahun 1436 bagi tahun Hijriah.
Bak kata orang, pejam celik-pejam celik , eh !! Dah 2015 ke ??!!!! Sekejap je. Begitulah
masa. Masa itu tidak pernah menunggu kita kerna sesungguhnya masa itu sangat
penting dan sangat berharga sebagaimana Allah s.w.t. berfirman dalm Surah
Al-‘Asr :
“ Demi
Masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman
dan beramal soleh. Dan berpesan-pesan kepada kebaikan serta berpesan-pesan
dengan kesabaran “.
Boleh
ke sambut tahun baru ni ?
Baik !
Jawabnya ‘ BOLEH ‘ tetapi perlu melalui syarat-syaratnya. Antara syaratnya
ialah :
1.
Tidak boleh
menganggap tahun baru ini satu upacara keagamaan dan ibadat.
-
Kerana perayaan tahun baru
Masihi ini adalah satu perayaan untuk menyambut kelahiran tuhan Jesus ( tuhan
Kristian ) dan mereka menganggap perayaan ini satu ibadat bagi mereka dan satu
cara mereka mengagungkan Tuhan mereka. Oleh sebab itu, Allah melarang umat
Islam khususnya agar tidak terpengaruh dan terpesong dari landasan Islam. Orang
Islam sambut tahun baru sebagai tanda pergaulan dan peradaban antaranya dengan
orang kafir sepertimana dalam firman Alla s.w.t. dalam Surah Al-Kafirun ayat
1-6 :
“ Katakanlah Muhammad, Wahai orang-orang kafir ! Aku tidak akan menyembah
apa yang kamu sembah dan aku bukan penyembah apa yang kamu sembah ! Dan aku
tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah ! Dan kamu tidak pernah pula menjadi
penyembah apa yang aku sembah ! Untukmu agamamu dan untukku agamaku “
2.
Aktiviti majlis sambutan
sesuai dengan kehendak Syariat Islam.
-
Sambutan tahun baru ini
perlu diisi dengan amalan-amalan yang baik atau ilmiah agar dapat membangkitkan
fitrah manusia kepada pencipta-Nya.Sebagai contoh yang dapat kita contohnya
khususnya di Malaysia, kita mengadakan program selawat memperingati Rasulullah
s.aw. Malah ada juga program seperti Karnival Tahun Baru yang mana dihadiri
oleh para ‘alim ulama’ untuk memberi tazkirah atau soal jawab santai bersama
umat Islam di Malaysia. Daripada Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w.
pernah bersabda :
“ Sesiapa yang menyeru kepada hidayah Allah maka
baginya pahala sebagaimana pahala orang yang melakukannya, tidak akan dikurangkan
pahala tersebut walaupun sedikit “
Jangan pula tahun baru kita
disambut dengan sesuatu perkara yang bercanggah dengan syariat Islam kerana
kadang-kadang manusia ini mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan Syaitan
Laknatullah. Pasti dan pasti akan berlaku di sesuatu tempat itu menyambut
perayaan tahun baru dengan pengisiannya satu aktiviti yang bermaksiat kerna
manusia ini tidak pernah lepas dengan nafsunya. Oleh itu, Nabi mengajar kepada
kita satu doa memohon kebaikan di dunia dan di akhirat sepertimana daripada
Anas Bin Malik dala Hadis Riwayat Tirmizi :
“ Ya Allah ! Berikanlah kami kehidupan di dunia
akan segala kebaikan dan kehidupan di akhirat juga segala kebaikan serta
jauliah kami daripada neraka-Mu “
3.
Batas pergaulan dalam perayaan.
-
Semua makruf bahawasanya
pergaulan dalam Islam antara lelaki dan wanita ada batasnya. Perkara ini sering
kali umat Islam tidak ambil berat. Orang Terengganu kata “ Sokmo tinggal !
“. Perkara ini yang sangat penting dalam suatu perayaan. Tambahan lagi
dalam perayaan yang didalamnya melibatkan atara lelaki dan wanita yang ajnabi.
Pelbagai aspek yang perlu kita jaga dalam pergaulan. Daripada Abu Hurairah
r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :
“ Telah tertulis keatas
tiap-tiap anak Adam akan bahagiannya daripada perbuatan zina samada dalam
keadaan sedar tentu sahaja, mata, keduanya berzina dengan cara pengliatan.
Telinga, keduanya berzina dengan cara pendengarannya. Mulut berzina dengan
percakapan. Tangan, keduanya berzina
dengan kekerasan”. ( Hadis Riwayat Muslim ).
4.
Menharapkan keberkatan
dan rahmat daripada Allah s.w.t.
-
Firman Allah Taala dalam
Surah Al-Maidah ayat ke 2 :
“ Bertolong-tolonglah kamu semua
kepada kebajikan dan mendapatkan taqwa, janganlah kamu bertolong-tolong kepada
kejahatan dan permusuhan “.
Sabda
Rasulullah s.a.w. daripada Abi Ruqayyah Tamim bin ‘Aus al-Darriyyi dalam Hadis
Riwayat Muslim :
“
Agama itu adalah ‘ Nasihat’ . Kami bertanya : “ Kepada siapa ? “, Lalu
Rasulullah berkata “ Kepada Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin
orang Islam dan kepada rakyat secara keseluruhan “
-
Sekiranya majlis dan
sambutan itu dilakukan itu bukan kerana Allah maka sambutan itu tidak akan
dapat keberkatan malah akan mendapat azab yang akan menyusul dahulu sepertimana
dala firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Anfal ayat ke 25 :
“ Peliharalah diri kamu dari seksaan yag tidak hanya menimpa orang-orang
yang zalim sahaja di kalangan kamu saja, ketahuilah bahwa Allah teramat keras
seksaanya “.
Kesimpulannya, jadikan Tahun Baru ini momentum kepada
sebuah tindakan kerja dan aktiviti seharian agar mengikut kehendak syariat dan
mengikut landasan Islam. Ikhlaskan niat, perbaiki diri, cipta azam baru, extrakan
amalan serta mendorong diri ke jalan kebaikan yang menuju kepada keredhaan
Allah s.w.t.
No comments:
Post a Comment