Wednesday, 24 December 2014

Bersihkan Jiwa dengan Akhlak Yang Terpuji

                 Manusia yang paling ‘terbaik’ akhlaknya tidak lain hanyalah Muhammad Bin Abdullah, Rasulullah s.a.w. Beliau mempunyai akhlak yang begitu terpuji sehinggakan pada zaman Jahiliah ketika itu mereka menggelar Rasulullah s.a.w ‘ Yang Terpuji ‘.

                Suatu ketika dahulu ada sebuah kisah yang mana seorang pengemis kafir buta yang sangat membenci Rasulullah s.a.w. hanya kerana baginda mengaku ia seorang nabi yang mengajar agama selain dari agama nenek moyang mereka. Sepertimana kisahnya, setiap kali ada orang yang lalu lalang dihadapan pengemis kafir  yang buta itu ia akan berkata “ Jangan dekati Muhammad ! Jangan dekati Muhammad ! “. Boleh dikatakan setiap hari, setiap jam, setiap saat ia akan berkata begitu. Selanjutnya datanglah seorang lelaki sambil ditangannya membawa makanan untuk disuapkan pada pengemis kafir yang buta itu. Setiap hari lelaki itu menyuapkan makanan ke mulut pengemis kafir yang buta itu walaupun ketika Rasulullah s.a.w. menyuapkannya ia tetap mengomel, mengumpat dan memfitnah Rasulullah s.a.w. Pengemis  kafir yang buta masih lagi menghina dan mengutuk baginda Rasulullah s.a.w. Hinggalah Rasulullah s.a.w wafat.

                Setelah wafatnya baginda Rasulullah s.a.w, Saidina Abu Bakar r.a pergi kerumah baginda untuk bertemu dengan Saidatina Aishah r.a, anaknya dan bertanyakan padanya. “ Adakah masih ada lagi amalan Rasulullah s.a.w. yang aku tidak amalkan ? “. Jawab Saidatina Aishah r.a. “ Rasulullah sering kali memberi makan pada seorang pengemis kafir yang buta di Pasar Madinah  “. Kemudian keesokannya .Abu Bakar bertemu dengan lelaki kafir yang buta itu dan memberikannya makan.

Seperti biasa, mulut pengemis lelaki yang buta itu tetap mengutuk dan memfitnah baginda Rasulullah s.a.w.  Ketika saat Abu Bakar menyuapkan makanan ke mulut lelaki kafir yang buta itu, lelaki itu berkata “ Kau bukan orang yang biasa menyuapkan aku makan. Orang yang biasa menyuapkan aku makan ialah orang itu terlebih dahulu melembutkan makanan untuk mudah aku kunyah. Melayan aku penuh kasih sayang bagaikan aku ini bapanya “.

Saidina Abu Bakar menahan sebak lalu menjawab, “ Ya, aku bukanlah orang itu. Aku adalah Abu Bakar, sahabat pada beliau. Lelaki yang selalu menyuapkan makanan padamu  yang lemah lembut dan penuh kasih sayang itu ialah Muhammad Bin Abdullah, Pesuruh Allah. Baginda ialah orang sering engkau kutuk, hina dam memfitnahnya “. Akhirnya pengemis kafir yang buta itu menangis lalu mengucapkan kalimah syahadah dan kini beliau seorang pengemis muslim yang buta. Tidak lagi pengemis kafir yang buta.


Begitulah kisah bagaimana akhlak yang baik boleh melembutkan hati yang keras menjadi lembut. Amalan seperti ini perlu ada pada setiap insan yang bergelar Muslim. Dengan akhlak yang baik, insyaAllah, Allah pasti buka hidayah pada seseorang dengan akhlak baik yang kita lakukan.


No comments:

Post a Comment