Para Rasul dan Nabi
senantiasa berjuang menegakkan kalimah Allah semasa mereka hidup. Bahkan ada
yang dibunuh, dibakar, dicaci, dimaki, dan macam-macam penghinaan yang berlaku
di kalangan para rasul dan nabi kita terdahulu hanya kerana agama Allah iaitu
Islam. Agama yang satu. Tiada agama yang lebih baik darinya.
Begitu juga pengikut-pengikut
para rasul dahulunya. Mereka sanggup bermatian-matian untuk menegakkan Islam
dimuka bumi ini. Banyak kisah yang dapat
kita ambil dari kisah-kisah para sahabat nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Para
sahabat terdahulu sanggup mengeluarkan kesemua hartanya hanya untuk Islam.
Contoh terdekat yang kita sudah makruf iaitu Saidina Abu Bakar r.a. Beliau
sanggup mengeluarkan keseluruh hartanya hanya untuk agama Allah, Islam. Pabila
ditanya pada Saidina Abu Bakar r.a. apa yang tinggal padanya ? Beliau menjawab
“ Yang tinggal padaku hanyalah Allah dan Rasul “. Lihatlah bagaimana sifat
cinta dan sayang sahabat pada agama Allah s.w.t.
Bagaimana pula dengan kita ?
Adakah kita sehebat sahabat Rasulullah ? Adakah kita sanggup bermatian untuk
Islam ? Jawabnya “ Ya !! “ Kita boleh ! Bagaimana ? Mari kita bincangkan.
Kita sekarang di zaman canggih.
Di zaman moden. Pelbagai perkara sebenarnya yang dapat kita bantu untuk agama
Allah s.w.t. Dikalangan kita ini pelbagai bakat yang diminati dan dikecapi.
Baik ! Sebagai contoh kita mahir dalam bab perbahasan atau pengucapan. Kita
dakwah melalui kemahiran kita itu. Kita buka kuliah atau tazkirah. Kita dakwah
dengan mengadakan usrah. Banyak lagi dakwah melalui pengucapan dan perbahasan.
Ada juga yang mahir dalam bab
teknologi. Contohnya kita mahir bab website. Kita buat satu website yang
panduannya mengikut Al-Quran dan Sunnah Raslullah s.a.w. Kita juga mahir dalam
penulisan. Kita boleh menggunakan kemahiran penulisan kita untuk berdakwah.
Kita buat artikel yang bermanfaat dan ada sedikit perkongsian, kita kongsikan
pada masyarakat.
Seterusnya kita mahir dalam bab
editing. Kita bijak dalam edit video atau gambar. Kita boleh menyampaikan dan
menyebarkan Islam pada orang lain dengan cara itu. Zaman sekarang ini kita juga
boleh kongsikan melalui facebook, whatsapp, viber, telegram dan macam-macam
lagi aplikasi yang terdapat didalam peralatan canggih zaman sekarang. Pelbagai cara yang dapat kita sumbangkan untuk
Islam sebenarnya.
Kalau kita tiada kemahiran yang
saya sebutkan diatas itu, adakah kita tidak perlu berjuang menegakkan agama
Allah s.w.t ? Tidak ! Bukan yang ada kemahiran saja yang boleh berdakwah. Kita
ada sedikit wang ringgit juga kita dikira berdakwah. Membantu memberi wang
kepada orang yang ingin menegakkan agama Allah juga satu dakwah yang baik.
Melakukan amal jariah juga satu infak yang besar dalam agama Allah s.w.t. Itu
satu jalan seperti para-para sahabat Rasullullah suatu ketika dahulu. Pelbagai
lagi dakwah yang dapat kita lakukan dizaman sekarang ini. Semuanya terletak
dihati kita samada kita mahu atau tidak.
Akhirnya, marilah kita berjuang
menegakkan agama Allah s.w.t. di muka bumi ini.
Itulah namanya satu ‘
PERJUANGAN ‘.
No comments:
Post a Comment