“ Takutnya nak exam esok “
“ Aku tak sedia lagilah nak exam ni “
“ Apa !! Lagi seminggu lagi nak imtihan ? TIDAKKKKKK !!!! “
Semua diatas contoh
keluhan sesetengah pelajar luar negara mahupun
dalam negara. Kenapa mengeluh dan takut?
Imtihan itu satu makhluk yang membebankan dan menyeramkan ke ? Tidak kan. Tapi
kenapa mengeluh dan takut nak exam ? Mari kita jawab.
1)
Tiada Persediaan
Sebelum Imtihan
-
Kita sebagai pelajar sudah
pasti akan menduduki imtihan atau exam. Jadi, kita hendaklah bersedia terlebih
awal sebelum tiba waktu imtihan itu. Sama seperti hendak memasak. Kita mesti
menyediakan pelbagai bahan terlebih dahulu untuk memasak sesuatu masakan. Barulah ia akan menghasilkan masakan yang terbaik.
2)
Sibuk dengan hal yang
tidak berfaedah
-
Kebanyakkan pelajar lebih
berminat untuk membuang masa dengan sesuatu yang tidak berfaedah pun baginya.
Sebagai contoh ‘ Game ‘. Game ini satu amalan yang sangat sukar untuk
dilepaskan oleh pelajar. Tidak salah untuk bermain game tapi pastikan tidak
keterlaluan sehingga mengabaikan pelajaran kita.
3)
Kurang minat dalam
sesuatu pelajaran
-
Apabila kita tidak minat
dalam sesuatu pelajaran itu, bagaimana mungkin nak berjaya dalam imtihan subjek
tersebut. Pasti sukar untuk berjaya. Kadang-kadang minat dalam suatu pelajaran
itu mengambil peranan penting dalam
kerjaya kita.
Cukup sekadar tiga
asbab sahaja yang dapat saya huraikan. Sebenarnya banyak lagi asbab-asbab yang
dapat saya keluarkan tapi rasanya perkara seperti ini semua orang makruf. Semua
orang sudah tahu jawapannya.
Akhir kalam, saya
ingin ucapkan selamat maju jaya bagi yang akan, sedang dan sudah menduduki
peperiksaan samada disekolah mahupun di university dengan keputusan yang
cemerlang dan membanggakan keduaibu bapa kita khususnya.
Perbanyakkan berdoa pada Allah agar dipermudahkan urusan.
-SELAMAT MAJU JAYA -
No comments:
Post a Comment