Wednesday, 17 December 2014

Apa Tujuan Sebagai Perjuangan Islam ?

                Apa tujuan kita sebagai perjuangan Islam ? Tujuan untuk menjadi popular ? Untuk menjadi hero pada kaum wanita ? Atau ingin jadi pahlawan di mata masyarakat ? Atau inginkan harta ? Apa sebenarnya tujuan kita ?

                Baik. Tujuan sebenar kita untuk memperjuangkan agama Allah ialah ingin mendapatkan keredhaan Allah serta mati dalam keadaan beriman kepaa Allah sw.t. Mari kita lihat bagaimana seorang perjuangan Islam zaman Rasulullah s.a.w. di bawah ini yang saya ambil dari buku ilmiah yang berjudul “ Muhammad Bin Abdullah “.

                Kisahnya begini. Ada seorang Arab Badwi datang kepada Nabi s.a.w untuk menyatakan keislamannya. Kemudian orang itu berkata, “ Aku ikut berhijrah bersamamu “. Nabi memesankan sebahagian sahabatnya untuk memberikan pertolongan pada orang tersebut.

                Waktu terjadi perang Khaibar, Nabi memperoleh rampasan perang. Beliau memberikan bahagian pada orang itu. Orang tersebut termasuk pasukan penjaga belakang kaum Muslimin. Ketika orang Badwi itu melihat harta pampas an perang yang hendak dibahagikan kepadanya ia bertanya kepada orang yang membawanya, “ Apakah maksudnya ini ? “. Jawab para sahabat, “ Harta ini adalah pembahagian yang diberikan oleh Rasulullah “. Harta itu diterimanya kemudian dibawa ke hadapan Rasulullah dan bertanya “ Harta apakah ini Ya Rasulullah ? “. Jawab Nabi, “ Harta ini adalah bahagianmu dari rampasan perang “. Jawab orang Badwi itu, “ Sesungguhnya aku mengikutmu bukan bertujuan untuk mendapatkan ini. Tujuanku agar aku terkena panah di tempat ini ( sambil menunjuk ke kerongkongnya ), agar aku dapat masuk Syurga “. Jawab Nabi, “ Jika benar niatmu maka Allah menyampaikan keinginanmu “.

                Ketika pertempuran berkobar, orang Badwi itu termasuk orang yang terbunuh di Medan Khaibar. Waktu jenazahnya dibawa ke hadapan Nabi, beliau bertanya “ Apakah ia orang Badwi itu ? “. Jawab para sahabat, “ Benar “. Jawab Nabi, “ Orang Badwi itu bersungguh-sungguh niatnya, sehingga Allah menyampaikan maksudnya “.

                Kemudian Nabi bangkit mengapani jenazah orang itu dengan junah beliau dan mensolatkannya. Beliau berdoa untuknya sebagai berikut :

“ Hai Allah, orang ini adalah hamba-Mu yang keluar berhijrah di jalan-Mu. Ia terbunuh sebagai syahid dan aku menjadi saksinya “.

Lihatlah bagaimana niat dan tujuannya memperjuangkan agama Allah s.w.t. Ia hanya inginkan syurga Allah maka Allah balas apa yang ia inginkan. SubhanaAllah. Hebat lelaki ini. Bagaimana dengan kita ? Adakah kita mampu meninggalkan harta hanya kerana ingin syurga Allah ? Atau kita pasti kecundang untuk memilih harta atau hal-hal dunia ini.



“ Fikirlah, kemana hala tuju kita “


No comments:

Post a Comment