Friday, 5 December 2014

' Create ' Amalan

  
Bila ber'whatsapps', pasti ada create group. Bila ber'facebook' juga pasti ada create group. Begitu juga amalan kita. Amalan kita juga perlu di ' CREATE '.

   Create apa ? Kenapa perlu create ? Baik ! Mari kita jawab sedikit.

              Apa yang perlu kita create ialah ' Create Amalan yang Istiqamah '. Untuk apa ? Supaya amalan itu sentiasa berterusan sehingga ajal menjemput kita. Cara nak istiqamah ini hanyalah dengan melakukan amalan itu selama 40 hari dalam tiga peringkat. Misalnya kita create amalan kita dengan bacaan Al-Quran kita satu hari satu muka surat atau apa-apa pun amalan yang kita mampu. Kemudian kita pasang niat siap-siap dalam hati amalan yang kita lakukan itu hanya kerana Allah s.w.t. Akhirnya kita akan dapat hasilnya selepas kita tamat melalui tiga peringkat itu. Adakah kita berjaya istiqamah dalam amalan itu ataupun tidak.

              Apa tiga peringkat itu ? Baik. Peringkat pertama kita mula lakukan beramal dengan amalan itu hingga kita berjaya istiqamah baca Al-Quran satu hari semuka selama 40 hari. Seterusnya kita masuk ke peringkat kedua. Peringkat kedua ni sama seperti peringkat pertama. Hanya perlu ulang semula sebagaimana peringkat pertama. Hanya satu hari semuka maka 40 muka selama 40 hari. Akhirnya, kita lihat jawapannya samada berjaya atau tidak di peringkat kedua ini. Jika berjaya lagi dalam peringkat kedua itu maka kita layak meneruskan lagi untuk peringkat ketiga. Kaedah bagi peringkat ketiga juga sama seperti peringkat pertama dan kedua. Hanya ulang semula amalan semuka satu hari itu selama 40 hari. Lihat hasilnya diakhir peringkat ketiga ini. Jika masih berjaya itu mungkin tanda amalan itu sudah menjadi darah daging kita. Insya Allah.

              Kadang-kadang ada yang berjaya peringkat pertama atau peringkat kedua tapi sudah kecundang untuk meneruskannya. Kadangkala ada juga yang rasa dia sudah berjaya peringkat pertama, kedua mahupun ketiga. Habis semua peringkat dia bejaya mengamalkan amalan tersebut tapi setelah itu " STOP " !!! Tak sambung lagi dengan amalan itu. Kerana apa ? Kerana ada sesetengah umat lakukan amalan itu hanya sebagai game dan cabaran bagi mereka. Tiada keikhlasan dalam hati. Niat bukan kerana Allah. Niat untuk menunjuk-nunjuk pada kawan-kawan yang dia pantang dicabar. Nauzubillah ! Semoga kita tidak sebegitu.

    Mungkin ada yang bertanya, kenapa tiga peringkat ? Baik ! Jawabnya begini.
   1) Peringkat pertama hanya Ujian Kemasukan :-
               Kita nak jinak-jinak dulu dengan amalan yang kita create itu.

   2) Peringkat kedua seperti Ujian Pertengahan :-
               Setelah kita jinak-jinak dengan amalan kita create itu. Kita akan cuba lagi samada kita betul-betul istiqamah ataupun tidak.

    3) Peringkat ketiga ibarat Ujian Akhir :-
                Setelah tamat keduanya, di Ujian Akhir inilah kita akan dapat jawapan yang kita cari. Disinilah kita lihat samada kita berjaya ataupun tidak dan ujian disini juga kita akan dapat samada selepas tamat peringkat ketiga ni kita masih istiqamah atau sebaliknya.

    Kesimpulannya, ketiga-tiga peringkat ini akan berjaya seandainya permulaan kita kerana Allah.
" Mahu atau tidak, itu tergantung di hati kita "

- SELAMAT MENCUBA -



No comments:

Post a Comment