Friday, 26 December 2014

Risau Anda, Risau Kami Juga

             

  Banyak sudah yang kita dengar dari media massa tentang keadaan banjir di Malaysia yang kini semakin meningkat paras airnya. Malah kini ada juga yang melaporkan keadaan paras air di sesuatu tempat itu sudah menurun. Alhamdulillah.

                Melihat dari gambar-gambar di facebook, ramai insan yang terperangkap dalam rumah mahupun di sekolah atau di tempat-tempat yang tinggi untuk menyelamatkan diri mereka dari banjir itu. Ada insan tua yang sudah uzur, terperangkap. Ada insan yang masih kecil fizikalnya, terperangkap. Ada juga haiwan-haiwan yang cuba menyelamatkan diri dari banjir, juga terperangkap.

                Dilaporkan juga ada seorang wanita yang lemas dari banjir itu kerana bot penyelamat yang beliau naiki, terbalik di atas air. Sedih mendengar berita ini tapi apa yang kita boleh buat. Sesungguhnya ajal itu tidak kira dimana saja kita berada samada dalam keadaan selamat mahupun dalam keadaan gawat, susah.


                Seterusnya pihak penyelamat kini bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir dengan bot, sampan, helikopter, lori dan macam-macam lagi alat penyelamat. Tetapi alat-alat itu masih tetap kurang untuk menyelamatkan ratusan malah ribuan mangsa banjir tersebut. Walaupun dalam keadaan kekurangan alat, mereka masih tetap melakukan tugas menyelamatkan insan yang masih terperangkap.

                Marilah kita sama-sama mendoakan agar Allah menyelamatkan mereka dari banjir serta memberi memberi kesabaran yang secukupnya kepada mereka yang menerima dugaan ini. Sebab setiap ujian yang Allah turunkan tidak lain hanyalah untuk menguji hamba-Nya samada ia beriman ataupun tidak dengan ujian yang mereka lalui. Sabar itu separuh dari iman. Jika kita tak sabar, maka separuh iman kita bias hilangkan. Jadi berhati-hati juga dengan ujian yang kita hadapi dari-Nya.



“ Inna Allah ma’na bermaksud ‘ Sesungguhnya Allah bersama kita ‘ “


No comments:

Post a Comment