Wednesday, 31 December 2014

Tahun Baru, New Year



       Ahlan wasahlan 2015. Begitu pantas masa berlalu. Kita kini berada dalam tahun 2015 bagi tahun  Masihi  dan bulan Rabi’ulawal tahun 1436 bagi tahun Hijriah. Bak kata orang, pejam celik-pejam celik , eh !! Dah 2015 ke ??!!!! Sekejap je. Begitulah masa. Masa itu tidak pernah menunggu kita kerna sesungguhnya masa itu sangat penting dan sangat berharga sebagaimana Allah s.w.t. berfirman dalm Surah Al-‘Asr :

                “ Demi Masa ! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh. Dan berpesan-pesan kepada kebaikan serta berpesan-pesan dengan kesabaran “.

                Boleh ke sambut tahun baru ni ?

                Baik ! Jawabnya ‘ BOLEH ‘ tetapi perlu melalui syarat-syaratnya. Antara syaratnya ialah :

1.       Tidak boleh menganggap tahun baru ini satu upacara keagamaan dan ibadat.

-          Kerana perayaan tahun baru Masihi ini adalah satu perayaan untuk menyambut kelahiran tuhan Jesus ( tuhan Kristian ) dan mereka menganggap perayaan ini satu ibadat bagi mereka dan satu cara mereka mengagungkan Tuhan mereka. Oleh sebab itu, Allah melarang umat Islam khususnya agar tidak terpengaruh dan terpesong dari landasan Islam. Orang Islam sambut tahun baru sebagai tanda pergaulan dan peradaban antaranya dengan orang kafir sepertimana dalam firman Alla s.w.t. dalam Surah Al-Kafirun ayat 1-6 :

“ Katakanlah Muhammad, Wahai orang-orang kafir ! Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah dan aku bukan penyembah apa yang kamu sembah ! Dan aku tidak pernah menyembah apa yang kamu sembah ! Dan kamu tidak pernah pula menjadi penyembah apa yang aku sembah ! Untukmu agamamu dan untukku agamaku “

2.       Aktiviti majlis sambutan sesuai dengan kehendak Syariat Islam.

-          Sambutan tahun baru ini perlu diisi dengan amalan-amalan yang baik atau ilmiah agar dapat membangkitkan fitrah manusia kepada pencipta-Nya.Sebagai contoh yang dapat kita contohnya khususnya di Malaysia, kita mengadakan program selawat memperingati Rasulullah s.aw. Malah ada juga program seperti Karnival Tahun Baru yang mana dihadiri oleh para ‘alim ulama’ untuk memberi tazkirah atau soal jawab santai bersama umat Islam di Malaysia. Daripada Abu Hurairah r.a. bahwa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

“ Sesiapa yang menyeru kepada hidayah Allah maka baginya pahala sebagaimana pahala orang yang melakukannya, tidak akan dikurangkan pahala tersebut walaupun sedikit “

 Jangan pula tahun baru kita disambut dengan sesuatu perkara yang bercanggah dengan syariat Islam kerana kadang-kadang manusia ini mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan Syaitan Laknatullah. Pasti dan pasti akan berlaku di sesuatu tempat itu menyambut perayaan tahun baru dengan pengisiannya satu aktiviti yang bermaksiat kerna manusia ini tidak pernah lepas dengan nafsunya. Oleh itu, Nabi mengajar kepada kita satu doa memohon kebaikan di dunia dan di akhirat sepertimana daripada Anas Bin Malik dala Hadis Riwayat Tirmizi :

                “  Ya Allah ! Berikanlah kami kehidupan di dunia akan segala kebaikan dan kehidupan di akhirat juga segala kebaikan serta jauliah kami daripada neraka-Mu “

3.       Batas  pergaulan dalam perayaan.

-          Semua makruf bahawasanya pergaulan dalam Islam antara lelaki dan wanita ada batasnya. Perkara ini sering kali umat Islam tidak ambil berat. Orang Terengganu kata “ Sokmo tinggal ! “. Perkara ini yang sangat penting dalam suatu perayaan. Tambahan lagi dalam perayaan yang didalamnya melibatkan atara lelaki dan wanita yang ajnabi. Pelbagai aspek yang perlu kita jaga dalam pergaulan. Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda :

“ Telah tertulis keatas tiap-tiap anak Adam akan bahagiannya daripada perbuatan zina samada dalam keadaan sedar tentu sahaja, mata, keduanya berzina dengan cara pengliatan. Telinga, keduanya berzina dengan cara pendengarannya. Mulut berzina dengan percakapan. Tangan, keduanya  berzina dengan kekerasan”. ( Hadis Riwayat Muslim ).

4.       Menharapkan keberkatan dan rahmat daripada Allah s.w.t.

-          Firman Allah Taala dalam Surah Al-Maidah ayat ke 2 :

“ Bertolong-tolonglah kamu semua kepada kebajikan dan mendapatkan taqwa, janganlah kamu bertolong-tolong kepada kejahatan dan permusuhan “.
                                Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abi Ruqayyah Tamim bin ‘Aus al-Darriyyi dalam Hadis Riwayat Muslim :

                                                “ Agama itu adalah ‘ Nasihat’ . Kami bertanya : “ Kepada siapa ? “, Lalu Rasulullah berkata “ Kepada Allah, Kitab-Nya, Rasul-Nya, pemimpin-pemimpin orang Islam dan kepada rakyat secara keseluruhan “

-          Sekiranya majlis dan sambutan itu dilakukan itu bukan kerana Allah maka sambutan itu tidak akan dapat keberkatan malah akan mendapat azab yang akan menyusul dahulu sepertimana dala firman Allah s.w.t. dalam Surah Al-Anfal ayat ke 25 :

“ Peliharalah diri kamu dari seksaan yag tidak hanya menimpa orang-orang yang zalim sahaja di kalangan kamu saja, ketahuilah bahwa Allah teramat keras seksaanya “.

Kesimpulannya, jadikan Tahun Baru ini momentum kepada sebuah tindakan kerja dan aktiviti seharian agar mengikut kehendak syariat dan mengikut landasan Islam. Ikhlaskan niat, perbaiki diri, cipta azam baru, extrakan amalan serta mendorong diri ke jalan kebaikan yang menuju kepada keredhaan Allah s.w.t.

Friday, 26 December 2014

Risau Anda, Risau Kami Juga

             

  Banyak sudah yang kita dengar dari media massa tentang keadaan banjir di Malaysia yang kini semakin meningkat paras airnya. Malah kini ada juga yang melaporkan keadaan paras air di sesuatu tempat itu sudah menurun. Alhamdulillah.

                Melihat dari gambar-gambar di facebook, ramai insan yang terperangkap dalam rumah mahupun di sekolah atau di tempat-tempat yang tinggi untuk menyelamatkan diri mereka dari banjir itu. Ada insan tua yang sudah uzur, terperangkap. Ada insan yang masih kecil fizikalnya, terperangkap. Ada juga haiwan-haiwan yang cuba menyelamatkan diri dari banjir, juga terperangkap.

                Dilaporkan juga ada seorang wanita yang lemas dari banjir itu kerana bot penyelamat yang beliau naiki, terbalik di atas air. Sedih mendengar berita ini tapi apa yang kita boleh buat. Sesungguhnya ajal itu tidak kira dimana saja kita berada samada dalam keadaan selamat mahupun dalam keadaan gawat, susah.


                Seterusnya pihak penyelamat kini bertungkus lumus menyelamatkan mangsa banjir dengan bot, sampan, helikopter, lori dan macam-macam lagi alat penyelamat. Tetapi alat-alat itu masih tetap kurang untuk menyelamatkan ratusan malah ribuan mangsa banjir tersebut. Walaupun dalam keadaan kekurangan alat, mereka masih tetap melakukan tugas menyelamatkan insan yang masih terperangkap.

                Marilah kita sama-sama mendoakan agar Allah menyelamatkan mereka dari banjir serta memberi memberi kesabaran yang secukupnya kepada mereka yang menerima dugaan ini. Sebab setiap ujian yang Allah turunkan tidak lain hanyalah untuk menguji hamba-Nya samada ia beriman ataupun tidak dengan ujian yang mereka lalui. Sabar itu separuh dari iman. Jika kita tak sabar, maka separuh iman kita bias hilangkan. Jadi berhati-hati juga dengan ujian yang kita hadapi dari-Nya.



“ Inna Allah ma’na bermaksud ‘ Sesungguhnya Allah bersama kita ‘ “


Janji Allah Pasti Berlaku


Wednesday, 24 December 2014

Bersihkan Jiwa dengan Akhlak Yang Terpuji

                 Manusia yang paling ‘terbaik’ akhlaknya tidak lain hanyalah Muhammad Bin Abdullah, Rasulullah s.a.w. Beliau mempunyai akhlak yang begitu terpuji sehinggakan pada zaman Jahiliah ketika itu mereka menggelar Rasulullah s.a.w ‘ Yang Terpuji ‘.

                Suatu ketika dahulu ada sebuah kisah yang mana seorang pengemis kafir buta yang sangat membenci Rasulullah s.a.w. hanya kerana baginda mengaku ia seorang nabi yang mengajar agama selain dari agama nenek moyang mereka. Sepertimana kisahnya, setiap kali ada orang yang lalu lalang dihadapan pengemis kafir  yang buta itu ia akan berkata “ Jangan dekati Muhammad ! Jangan dekati Muhammad ! “. Boleh dikatakan setiap hari, setiap jam, setiap saat ia akan berkata begitu. Selanjutnya datanglah seorang lelaki sambil ditangannya membawa makanan untuk disuapkan pada pengemis kafir yang buta itu. Setiap hari lelaki itu menyuapkan makanan ke mulut pengemis kafir yang buta itu walaupun ketika Rasulullah s.a.w. menyuapkannya ia tetap mengomel, mengumpat dan memfitnah Rasulullah s.a.w. Pengemis  kafir yang buta masih lagi menghina dan mengutuk baginda Rasulullah s.a.w. Hinggalah Rasulullah s.a.w wafat.

                Setelah wafatnya baginda Rasulullah s.a.w, Saidina Abu Bakar r.a pergi kerumah baginda untuk bertemu dengan Saidatina Aishah r.a, anaknya dan bertanyakan padanya. “ Adakah masih ada lagi amalan Rasulullah s.a.w. yang aku tidak amalkan ? “. Jawab Saidatina Aishah r.a. “ Rasulullah sering kali memberi makan pada seorang pengemis kafir yang buta di Pasar Madinah  “. Kemudian keesokannya .Abu Bakar bertemu dengan lelaki kafir yang buta itu dan memberikannya makan.

Seperti biasa, mulut pengemis lelaki yang buta itu tetap mengutuk dan memfitnah baginda Rasulullah s.a.w.  Ketika saat Abu Bakar menyuapkan makanan ke mulut lelaki kafir yang buta itu, lelaki itu berkata “ Kau bukan orang yang biasa menyuapkan aku makan. Orang yang biasa menyuapkan aku makan ialah orang itu terlebih dahulu melembutkan makanan untuk mudah aku kunyah. Melayan aku penuh kasih sayang bagaikan aku ini bapanya “.

Saidina Abu Bakar menahan sebak lalu menjawab, “ Ya, aku bukanlah orang itu. Aku adalah Abu Bakar, sahabat pada beliau. Lelaki yang selalu menyuapkan makanan padamu  yang lemah lembut dan penuh kasih sayang itu ialah Muhammad Bin Abdullah, Pesuruh Allah. Baginda ialah orang sering engkau kutuk, hina dam memfitnahnya “. Akhirnya pengemis kafir yang buta itu menangis lalu mengucapkan kalimah syahadah dan kini beliau seorang pengemis muslim yang buta. Tidak lagi pengemis kafir yang buta.


Begitulah kisah bagaimana akhlak yang baik boleh melembutkan hati yang keras menjadi lembut. Amalan seperti ini perlu ada pada setiap insan yang bergelar Muslim. Dengan akhlak yang baik, insyaAllah, Allah pasti buka hidayah pada seseorang dengan akhlak baik yang kita lakukan.


Wednesday, 17 December 2014

Apa Tujuan Sebagai Perjuangan Islam ?

                Apa tujuan kita sebagai perjuangan Islam ? Tujuan untuk menjadi popular ? Untuk menjadi hero pada kaum wanita ? Atau ingin jadi pahlawan di mata masyarakat ? Atau inginkan harta ? Apa sebenarnya tujuan kita ?

                Baik. Tujuan sebenar kita untuk memperjuangkan agama Allah ialah ingin mendapatkan keredhaan Allah serta mati dalam keadaan beriman kepaa Allah sw.t. Mari kita lihat bagaimana seorang perjuangan Islam zaman Rasulullah s.a.w. di bawah ini yang saya ambil dari buku ilmiah yang berjudul “ Muhammad Bin Abdullah “.

                Kisahnya begini. Ada seorang Arab Badwi datang kepada Nabi s.a.w untuk menyatakan keislamannya. Kemudian orang itu berkata, “ Aku ikut berhijrah bersamamu “. Nabi memesankan sebahagian sahabatnya untuk memberikan pertolongan pada orang tersebut.

                Waktu terjadi perang Khaibar, Nabi memperoleh rampasan perang. Beliau memberikan bahagian pada orang itu. Orang tersebut termasuk pasukan penjaga belakang kaum Muslimin. Ketika orang Badwi itu melihat harta pampas an perang yang hendak dibahagikan kepadanya ia bertanya kepada orang yang membawanya, “ Apakah maksudnya ini ? “. Jawab para sahabat, “ Harta ini adalah pembahagian yang diberikan oleh Rasulullah “. Harta itu diterimanya kemudian dibawa ke hadapan Rasulullah dan bertanya “ Harta apakah ini Ya Rasulullah ? “. Jawab Nabi, “ Harta ini adalah bahagianmu dari rampasan perang “. Jawab orang Badwi itu, “ Sesungguhnya aku mengikutmu bukan bertujuan untuk mendapatkan ini. Tujuanku agar aku terkena panah di tempat ini ( sambil menunjuk ke kerongkongnya ), agar aku dapat masuk Syurga “. Jawab Nabi, “ Jika benar niatmu maka Allah menyampaikan keinginanmu “.

                Ketika pertempuran berkobar, orang Badwi itu termasuk orang yang terbunuh di Medan Khaibar. Waktu jenazahnya dibawa ke hadapan Nabi, beliau bertanya “ Apakah ia orang Badwi itu ? “. Jawab para sahabat, “ Benar “. Jawab Nabi, “ Orang Badwi itu bersungguh-sungguh niatnya, sehingga Allah menyampaikan maksudnya “.

                Kemudian Nabi bangkit mengapani jenazah orang itu dengan junah beliau dan mensolatkannya. Beliau berdoa untuknya sebagai berikut :

“ Hai Allah, orang ini adalah hamba-Mu yang keluar berhijrah di jalan-Mu. Ia terbunuh sebagai syahid dan aku menjadi saksinya “.

Lihatlah bagaimana niat dan tujuannya memperjuangkan agama Allah s.w.t. Ia hanya inginkan syurga Allah maka Allah balas apa yang ia inginkan. SubhanaAllah. Hebat lelaki ini. Bagaimana dengan kita ? Adakah kita mampu meninggalkan harta hanya kerana ingin syurga Allah ? Atau kita pasti kecundang untuk memilih harta atau hal-hal dunia ini.



“ Fikirlah, kemana hala tuju kita “


Tuesday, 9 December 2014

Perjuangan



            Para Rasul dan Nabi senantiasa berjuang menegakkan kalimah Allah semasa mereka hidup. Bahkan ada yang dibunuh, dibakar, dicaci, dimaki, dan macam-macam penghinaan yang berlaku di kalangan para rasul dan nabi kita terdahulu hanya kerana agama Allah iaitu Islam. Agama yang satu. Tiada agama yang lebih baik darinya.

Begitu juga pengikut-pengikut para rasul dahulunya. Mereka sanggup bermatian-matian untuk menegakkan Islam dimuka bumi ini.  Banyak kisah yang dapat kita ambil dari kisah-kisah para sahabat nabi kita, Nabi Muhammad s.a.w. Para sahabat terdahulu sanggup mengeluarkan kesemua hartanya hanya untuk Islam. Contoh terdekat yang kita sudah makruf iaitu Saidina Abu Bakar r.a. Beliau sanggup mengeluarkan keseluruh hartanya hanya untuk agama Allah, Islam. Pabila ditanya pada Saidina Abu Bakar r.a. apa yang tinggal padanya ? Beliau menjawab “ Yang tinggal padaku hanyalah Allah dan Rasul “. Lihatlah bagaimana sifat cinta dan sayang sahabat pada agama Allah s.w.t.

Bagaimana pula dengan kita ? Adakah kita sehebat sahabat Rasulullah ? Adakah kita sanggup bermatian untuk Islam ? Jawabnya “ Ya !! “ Kita boleh ! Bagaimana ? Mari kita bincangkan.

Kita sekarang di zaman canggih. Di zaman moden. Pelbagai perkara sebenarnya yang dapat kita bantu untuk agama Allah s.w.t. Dikalangan kita ini pelbagai bakat yang diminati dan dikecapi. Baik ! Sebagai contoh kita mahir dalam bab perbahasan atau pengucapan. Kita dakwah melalui kemahiran kita itu. Kita buka kuliah atau tazkirah. Kita dakwah dengan mengadakan usrah. Banyak lagi dakwah melalui pengucapan dan perbahasan.

Ada juga yang mahir dalam bab teknologi. Contohnya kita mahir bab website. Kita buat satu website yang panduannya mengikut Al-Quran dan Sunnah Raslullah s.a.w. Kita juga mahir dalam penulisan. Kita boleh menggunakan kemahiran penulisan kita untuk berdakwah. Kita buat artikel yang bermanfaat dan ada sedikit perkongsian, kita kongsikan pada masyarakat.

Seterusnya kita mahir dalam bab editing. Kita bijak dalam edit video atau gambar. Kita boleh menyampaikan dan menyebarkan Islam pada orang lain dengan cara itu. Zaman sekarang ini kita juga boleh kongsikan melalui facebook, whatsapp, viber, telegram dan macam-macam lagi aplikasi yang terdapat didalam peralatan canggih zaman sekarang.  Pelbagai cara yang dapat kita sumbangkan untuk Islam sebenarnya.

Kalau kita tiada kemahiran yang saya sebutkan diatas itu, adakah kita tidak perlu berjuang menegakkan agama Allah s.w.t ? Tidak ! Bukan yang ada kemahiran saja yang boleh berdakwah. Kita ada sedikit wang ringgit juga kita dikira berdakwah. Membantu memberi wang kepada orang yang ingin menegakkan agama Allah juga satu dakwah yang baik. Melakukan amal jariah juga satu infak yang besar dalam agama Allah s.w.t. Itu satu jalan seperti para-para sahabat Rasullullah suatu ketika dahulu. Pelbagai lagi dakwah yang dapat kita lakukan dizaman sekarang ini. Semuanya terletak dihati kita samada kita mahu atau tidak.


Akhirnya, marilah kita berjuang menegakkan agama Allah s.w.t. di muka bumi ini.

Itulah namanya satu ‘ PERJUANGAN ‘.

Saturday, 6 December 2014

Imtihan . Ujian . Peperiksaan . Exam .



       
 Imtihan. Ujian. Peperiksaan. Exam. Satu maksud yang sama.

   “ Takutnya nak exam esok “

   “ Aku tak sedia lagilah nak exam ni “

   “ Apa !! Lagi seminggu lagi nak imtihan ? TIDAKKKKKK !!!! “

    Semua diatas contoh keluhan sesetengah pelajar  luar negara mahupun dalam negara.  Kenapa mengeluh dan takut? Imtihan itu satu makhluk yang membebankan dan menyeramkan ke ? Tidak kan. Tapi kenapa mengeluh dan takut nak exam ? Mari kita jawab.

1)      Tiada Persediaan Sebelum Imtihan
-          Kita sebagai pelajar sudah pasti akan menduduki imtihan atau exam. Jadi, kita hendaklah bersedia terlebih awal sebelum tiba waktu imtihan itu. Sama seperti hendak memasak. Kita mesti menyediakan pelbagai bahan terlebih dahulu untuk memasak sesuatu masakan. Barulah ia akan menghasilkan masakan yang terbaik.

2)      Sibuk dengan hal yang tidak berfaedah
-          Kebanyakkan pelajar lebih berminat untuk membuang masa dengan sesuatu yang tidak berfaedah pun baginya. Sebagai contoh ‘ Game ‘. Game ini satu amalan yang sangat sukar untuk dilepaskan oleh pelajar. Tidak salah untuk bermain game tapi pastikan tidak keterlaluan sehingga mengabaikan pelajaran kita.

3)      Kurang minat dalam sesuatu pelajaran
-          Apabila kita tidak minat dalam sesuatu pelajaran itu, bagaimana mungkin nak berjaya dalam imtihan subjek tersebut. Pasti sukar untuk berjaya. Kadang-kadang minat dalam suatu pelajaran itu mengambil peranan penting  dalam kerjaya kita.

    Cukup sekadar tiga asbab sahaja yang dapat saya huraikan. Sebenarnya banyak lagi asbab-asbab yang dapat saya keluarkan tapi rasanya perkara seperti ini semua orang makruf. Semua orang sudah tahu jawapannya.

    Akhir kalam, saya ingin ucapkan selamat maju jaya bagi yang akan, sedang dan sudah menduduki peperiksaan samada disekolah mahupun di university dengan keputusan yang cemerlang dan membanggakan keduaibu bapa kita khususnya.

Perbanyakkan berdoa pada Allah agar dipermudahkan urusan.


-SELAMAT MAJU JAYA -

Friday, 5 December 2014

' Create ' Amalan

  
Bila ber'whatsapps', pasti ada create group. Bila ber'facebook' juga pasti ada create group. Begitu juga amalan kita. Amalan kita juga perlu di ' CREATE '.

   Create apa ? Kenapa perlu create ? Baik ! Mari kita jawab sedikit.

              Apa yang perlu kita create ialah ' Create Amalan yang Istiqamah '. Untuk apa ? Supaya amalan itu sentiasa berterusan sehingga ajal menjemput kita. Cara nak istiqamah ini hanyalah dengan melakukan amalan itu selama 40 hari dalam tiga peringkat. Misalnya kita create amalan kita dengan bacaan Al-Quran kita satu hari satu muka surat atau apa-apa pun amalan yang kita mampu. Kemudian kita pasang niat siap-siap dalam hati amalan yang kita lakukan itu hanya kerana Allah s.w.t. Akhirnya kita akan dapat hasilnya selepas kita tamat melalui tiga peringkat itu. Adakah kita berjaya istiqamah dalam amalan itu ataupun tidak.

              Apa tiga peringkat itu ? Baik. Peringkat pertama kita mula lakukan beramal dengan amalan itu hingga kita berjaya istiqamah baca Al-Quran satu hari semuka selama 40 hari. Seterusnya kita masuk ke peringkat kedua. Peringkat kedua ni sama seperti peringkat pertama. Hanya perlu ulang semula sebagaimana peringkat pertama. Hanya satu hari semuka maka 40 muka selama 40 hari. Akhirnya, kita lihat jawapannya samada berjaya atau tidak di peringkat kedua ini. Jika berjaya lagi dalam peringkat kedua itu maka kita layak meneruskan lagi untuk peringkat ketiga. Kaedah bagi peringkat ketiga juga sama seperti peringkat pertama dan kedua. Hanya ulang semula amalan semuka satu hari itu selama 40 hari. Lihat hasilnya diakhir peringkat ketiga ini. Jika masih berjaya itu mungkin tanda amalan itu sudah menjadi darah daging kita. Insya Allah.

              Kadang-kadang ada yang berjaya peringkat pertama atau peringkat kedua tapi sudah kecundang untuk meneruskannya. Kadangkala ada juga yang rasa dia sudah berjaya peringkat pertama, kedua mahupun ketiga. Habis semua peringkat dia bejaya mengamalkan amalan tersebut tapi setelah itu " STOP " !!! Tak sambung lagi dengan amalan itu. Kerana apa ? Kerana ada sesetengah umat lakukan amalan itu hanya sebagai game dan cabaran bagi mereka. Tiada keikhlasan dalam hati. Niat bukan kerana Allah. Niat untuk menunjuk-nunjuk pada kawan-kawan yang dia pantang dicabar. Nauzubillah ! Semoga kita tidak sebegitu.

    Mungkin ada yang bertanya, kenapa tiga peringkat ? Baik ! Jawabnya begini.
   1) Peringkat pertama hanya Ujian Kemasukan :-
               Kita nak jinak-jinak dulu dengan amalan yang kita create itu.

   2) Peringkat kedua seperti Ujian Pertengahan :-
               Setelah kita jinak-jinak dengan amalan kita create itu. Kita akan cuba lagi samada kita betul-betul istiqamah ataupun tidak.

    3) Peringkat ketiga ibarat Ujian Akhir :-
                Setelah tamat keduanya, di Ujian Akhir inilah kita akan dapat jawapan yang kita cari. Disinilah kita lihat samada kita berjaya ataupun tidak dan ujian disini juga kita akan dapat samada selepas tamat peringkat ketiga ni kita masih istiqamah atau sebaliknya.

    Kesimpulannya, ketiga-tiga peringkat ini akan berjaya seandainya permulaan kita kerana Allah.
" Mahu atau tidak, itu tergantung di hati kita "

- SELAMAT MENCUBA -



Tuesday, 25 November 2014

Mulianya Seorang Wanita

Istimewanya wanita kerna Allah muliakan wanita dengan meletakkan namaNya di tubuh wanita iaitu ' Ar-Rahim '.Kerana itu kita kena berbuat baik kepada ibubapa kita. Lebih lagi pada seorang ibu.Pernah kan dengar cerita apabila sahabat tanya siapa selepas Allah dan Rasul ? Jawab Rasulullah " Ibumu ". Sahabat tanya lagi, " Kemudian siapa ? ". Jawab Rasulullah " Ibumu ". Sahabat tanya lagi, "Kemudian siapa ? ". Jawab Rasulullah " Ibumu ". Sahabat bertanya lagi, " Kemudian siapa ? ". Rasulullah jawab " Bapamu ".***SubhanaAllah. Jagalah dan berbuat baiklah pada kedua ibubapamu.



Monday, 10 November 2014

Kembali Pada Allah

Ingat kata-kata Saidina Abu Bakar r.a. ketika Saidina Umar mahu memancung kepala sesiapa yang mengatakan Nabi Muhammad itu wafat.
Kata-katanya " Barang siapa yang menyembah Muhammad maka Muhammad telah mati dan barang siapa yang menyembah Allah sesungguhnya Allah itu tetap hidup dan tidak mati "
***
Ini juga boleh dilibatkan dalam kes apabila kita kehilangan orang yang kita paling sayang. Sebagai contoh insan paling rapat dengan kita ialah ibu kita.
Seandainya insan itu pergi meninggalkan kita maka ingatlah, jangan kita menyalahkan Allah. Seolah-olah kita melawan Allah. So, ingat kata-kata Saidina Abu Bakar r.a. Seandainya insan paling rapat meninggalkan kita, maka sabar dan ingatlah Allah itu kekal selamanya.
( kisah anak yang baru kematian ibunya )

Thursday, 16 October 2014

Kahwin Semasa atau Selepas Belajar ?

KAHWIN SEMASA BELAJAR
KAHWIN SELEPAS BELAJAR
·         Masa :  Masa amat terhad . Masa untuk belajar . Masa untuk isteri. Masa untuk anak-anak.  

·         Masa :  Masa tersusun. Tidak dibebani dengan masalah kuliah atau pelajaran. Banyak masa bersama isteri. Banyak masa bersama anak-anak.
·         Kewangan : Awalnya ditanggung oleh keluarga sikit. Kemudian waktu belajar kena cari pekerjaan untuk sara hidup keluarga.
·         Kewangan : Selepas tamat pengajian sambung dengan pekerjaan. Ada pendapatan sendiri. Dapat menampung sara hidup berkerluarga.
·         Dapat mengelakkan dari melakukan maksiat.
·         Dapat mengelakkan dari melakukan maksiat.
·         Waktu belajar : Mudah terganggu dengan masalah keluarga samada isteri ataupun anak-anak.

Sebagai contoh : Si suami masih kuliah. Waktu itu si isteri sedang sakit. Si suami terpaksa ponteng kelas untuk menghantar si isteri ke hospital.
·         Waktu belajar : Tidak mudah terganggu sebab sudah tamat pengajian.
·         Kerja : Perlu kerja.
·         Kerja : Perlu kerja.

Kesimpulannya, kedua- kedua perkahwinan diatas ada lebih dan buruknya. Cuma pandangan saya Kahwin Selepas Belajar itu lebih tersusun jadual hariannya. Tidak dibebani dengan banyak masalah. Tidak dinafikan juga bagi Perkahwinan Semasa Belajar ada baiknya. Salah satunya dapat menghindarikan diri dari lembah maksiat dan pelbagai lagi.

Banyak lagi nukilan yang saya nak sampaikan dalam bab Kahwin Semasa Belajar dan Kahwin Selepas Belajar. Inshaa Allah lain hari saya akan nukilkan lagi.

Semoga apa yang saya sampaikan ini kita sama-sama dapat info yang baik dan ikutlah mana kehendak anda semua samada 'SEMASA' atau 'SELEPAS'

Sunday, 5 October 2014

Makam Imam Syafie di Mesir


Inilah Makam Imam Syafie di Mesir. 
Subhana allah. 
Makam mazhab kita yang berada di Malaysia.

Al-Fatihah buat beliau. ~Al-Fatihah

Friday, 25 April 2014

Cerita dari Imam Al-Ghazali

Ada satu kisah yang diceritakan oleh Imam Ghazali r.a

Ada satu kampung. Di kampung itu terdapat seorang khalifah bersama seorang isteri dan anaknya. Suatu hari, di malam hari. Khalifah itu menunaikan solat tahajjud. Selesai sahaja beliau solat tahajjud disambung  dengan isterinya pula bangun untuk solat tahajjud. Selesai sahaja isterinya solat tahajjud, khalifah memanggil isterinya untuk buat perundingan iaitu bermesyuarat sebentar.

" Wahai isteriku, kita ada seorang anak perempuan. Bagaimana kita ingin mencari calon menantu untuk dirinya ? ", tanya khalifah itu.

"  Ha...Kita cari calon menantu yang bercakap benar ". Cepat khalifah bagi idea.

" Bagaimana nak cari orang yang bercakap benar ? ". Isterinya bertanya.

" Saya cadangkan kita mencari calon menantu di masjid. Sesiapa pemuda yang solat lima waktu secara berjemaah selama 40 hari. Itulah yang saya akan pilih kerana orang yang jaga solat lima waktu ia tidak akan berbohong dan sentiasa bercakap benar ", sambung khalifah. Isterinya bersetuju dengan cadangan suaminya.

Perundingan antara khalifah dan isterinya itu didengari oleh seorang pencuri yang berada di atas atap bertujuan untuk mencuri rumah khalifah tetapi gagal kerana mereka bangun solat tahajjud dan bermesyuarat. Tapi, pencuri itu dapat satu maklumat yang khalifah itu mempunyai seorang anak perempuan untuk dikahwinkan. Akhirnya, pencuri itu membuat satu rancangan untuk mendapatkan anak perempuan khalifah itu dan apabila kahwin, ia akan membolos segala harta khalifah itu.

Bermulalah penyelidikan khalifah itu untuk mencari calon menantu yang menjaga solat lima waktu berjemaah di masjid selama 40 hari. Pencuri itu juga mulalah menjadi seorang yang kuat ibadah di masjid. Setiap hari di masjid. Setiap waktu solat di masjid. Tak kira subuh, zohor, asar, maghrib mahupun isyak. Setiap waktu  pasti ada pencuri itu di masjid untuk solat berjemaah.

Hari yang ke 40 pun tiba. Seusai sahaja solat berjemaah. Khalifah terus memegang tangan pencuri itu dan menjemput pencuri itu ke rumah kerana ia yakin pencuri itu adalah orangnya yang ia cari. Tetapi, pencuri itu rasa bersalah dan menceritakan hal yang sebenar kepada khalifah itu bermula dari dia mendengar perundingan antara khalifah dan isteri sehingga hari ke 40 itu.

" Sebenarnya saya seorang pencuri. Satu hari saya pernah masuk ke rumah tuan untuk mencuri. Tetapi, saya gagal sebab ketika saya masuk ke atap rumah tuan, saya lihat tuan bangun untuk solat tahajjud kemudian disambung isteri tuan pula. Kemudian saya dengar perundingan antara tuan dan isteri tuan soal mencari calon menantu di masjid. Jadi, setelah saya dengar perundingan itu. Saya cadang untuk ke masjid solat lima waktu selama 40 hari. Dengan itu saya dapat mengambil harta tuan setelah saya berkahwin dengan anak perempuan tuan. Tetapi, setelah 40 hari ini. Tujuan saya ke masjid dan solat lima waktu itu menjadi kebiasaan saya. Saya tidak mahu anak perempuan tuan malah saya mahu tuan menghukum saya ". Terang pencuri itu.

Pengajaran yang kita dapat didalam kisah ini antaranya ialah :

1. Apabila kita sentiasa istiqomah dalam sesuatu amalan maka ia akan jadi satu kebiasaan buat diri kita. Seandainya amalan baik, maka seterusnya baik. Jika amalan buruk, maka seterusnya buruk.

2. Orang yang menjaga solat lima waktu berjemaah maka ia adalah orang yang sentiasa bercakap benar.

3. Bersikap jujurlah atas apa yang kita kerjakan samada dengan orang yang kita kenal ataupun tidak.

Wednesday, 29 January 2014

Terung yang Haram kepada Yang Halal

Ada seorang lelaki yang bernama Sulaim As-Suyuthi. Beliau seorang yang berilmu dan soleh tapi seorang yang fakir. Beliau tiada rumah dan hanya duduk di sebuah bilik di masjid. Beliau sudah dua hari tidak menjamah satu makanan pun. Tiba lah hari ketiga. Beliau terlalu lapar sehingga membuat dua pilihan. Pilihan pertama, beliau makan bangkai dan pilihan kedua, beliau mencuri.

Sulaim As-Suyuthi memilih pilihan kedua iaitu mencuri. Di zaman itu, rumah-rumah penduduk disitu jaraknya terlalu rapat. Atap-atap rumah boleh langkah begitu je. Jadi, Sulaim As-Syuthi ni memanjat ke atap masjid dan melangkah satu rumah ke rumah yang lain.

Tiba-tiba..........

Hidungnya terhidu bau makanan di sebuah rumah. Beliau turun ke rumah itu dan masuk. Beliau lihat ada terung yang sedang masak. Beliau ambil terung itu dan menggigit sedikit. Lalu, imannya datang ketika dia hanya menggigit tapi belum menelannya.

" Aku sudah buat kesalahan,  aku masuk ke rumah orang tanpa izin dan makan makanannya ", Sulaim As-Sayuthi bermonolog dalam hatinya.

Makanan yang digigit itu diletak kembali. Lalu di pulang ke biliknya. Pada ketika itu, masjid tempat biliknya itu ada majlis ilmu. Bila tamatnya pengajian tersebut, ada seorang wanita datang bertemu dengan seorang sheikh menyatakan hajatnya. Wanita itu seorang janda. Baru kematian suaminya. Suaminya meninggalkan harta dan rumah kepada janda itu. Janda itu sedang mencari seorang suami bagi menggantikan suaminya. Akhirnya, sheikh itu pun memanggil Sulaim As-Sayuthi.

Sheikh berkata pada Sulaim As-Sayuthi " Mahukah engkau bernikah dengan dia ( janda itu ) "

Sulaim As-Sayuthi mahu bernikah dengan janda itu. Dengan berwalikan ayah janda itu dan dua orang saksi. Maka bernikahlah Sulaim As-Sayuthi bersama janda itu.

Sheikh itu berkata pada wanita janda itu " Bawalah dia ke rumahmu "

Apabila wanita janda itu membawanya ke rumah. Wanita itu mempelawa Sulaim As-Sayuthi makan. Sulaim terkejut kerana rumah yang dia masuk tadi ialah rumah yang kini dia duduki. Lalu wanita janda itu bersuara.

" Ada seseorang yang telah makan terung ni "

Sulaim As-Sayuthi merasa bersalah dan menceritakan perkara yang sebenar kepada isterinya bahawasanya dia yang telah makan terung itu.

Isterinya berkata " Dari terung yang haram, Allah ganti dengan harta yang melimpah dan halal. Sebuah rumah dan harta saya semua ini untuk abang "

Tuesday, 28 January 2014

Biar Sampai Ke Syurga

Cinta itu fitrah. Kita yang bawa cinta itu kepada Cinta yang Diredhai Allah atau Cinta yang Dimurkai Allah. Video ni mengisahkan, walaupun kita saling suka sama suka tapi kita tetap ada batasan. Tak boleh ' couple ' kerana couple ialah CINTA BENCANA. So, NIKAHlah ! InsyaAllah, terjaga dari jalan-jalan zina. Dan sentiasalah berdoa agar orang yang kita sayang itu menjadi jdoh kita. Jika dia memang jodoh kita. Bersyukurlah. Jika dia bukan jodoh kita, mungkin Allah ingin beri kepada kita jodoh yang terbaik. So, berdoa je ok .

Dalam video ni menunjukkan cara pinangannya terhadap wanita tersebut dengan cara yang baik iaitu berjumpa terus dengan WALI si perempuan tu. Tiada janji awal. Tiada janji sebelum nikah. Sangat terhormat. Bagi saya, ia sangat ' sweet '.

Ok. Selamat menonton !