Melihat
gelagat orang tempatan Mesir membonceng ibunya menaiki motosikal membuatkan
diri ini mula rindu pada ibu di Malaysia. Termenung jauh aku melihat mereka. Ibunya yang sukar berjalan
diajak menaiki motosikal untuk membantu ibunya yang sudah tidak berdaya lagi
untuk berjalan. Setapak demi setapak langkah kakinya. Tapi inilah yang
dikatakan anak yang soleh. Mana mungkin melihat ibunya merasa sakit dan
berpayah-payah dalam hidup. Cukuplah ibunya sudah bersusah-susah menjaganya
sejak kecil hingga besar. Kini gilirannya pula untuk menjaga ibunya. Sungguh
jauh aku termenung melihat mereka hinggalah mereka hilang dari pandangan mataku.
‘Mak’.
Itulah panggilan buat ibuku. Aku telefon mak. Saat mesej mak. Tak pernah hati
ini tidak sebak. Sebak kerana rindu. Terbayang di fikiran. Aku mahu peluk mak !
Mahu kucup dahi mak. Mahu cium pipi mak. Tak mahu lepas dari pelukan mak. Ya
Allah ! Rindunya !
Mata mula
melihat kalendar di smartphone. Jari mula scroll atas bawah mencari
tarikh untuk pulang. Bila tarikh yang tepat untuk pulang ?
Hati mula
rindu pada ibu di Malaysia. Sangat rindu. Mata bagaikan mahu menitis jatuh ke
lantai tapi ditahan bagai ada halangan di kelopak mata. Tahan. Jangan menitis.
Apatah lagi mengalir ke pipi.
Teringat
sewaktu aku di Maahad Johor. Mak dikejutkan dengan sakit kanser. Alhamdulillah.
Tidak begitu parah. Tapi mak buat pembedahan. Buang kanser. Waktu tu aku tengah
exam STAM. Tamat saja exam, aku terus minta izin ustaz untuk pergi ke hospital
melihat mak. Ustaz izinkan. Tamat di Maahad Johor. Aku terus ke hospital.
Bergilir-gilir ke hospital dengan kakak. Bergilir-gilir dengan adik.
Bergilir-gilir dengan abah untuk jaga mak. Sewa bilik di hospital untuk mudah
tengok mak.
Kini, mak
semakin sihat. InsyaAllah. Setiap beberapa bulan mak akan ke hospital. Urusan
dengan doktor. Dulu aku yang akan bantu abah drive kereta hantar mak ke
hospital dari Mersing ke Johor Bahru. 2 jam perjalanan. Tapi sejak aku ke
Mesir. Abah yang hantar mak. Sampai abah sakit kaki, abah kuatkan diri untuk
hantar mak. Cintanya abah pada mak. Setianya abah pada mak. Inilah cinta yang
aku mahu. Disini aku belajar cinta dari abah. Aku belajar pengorbanan dari
abah. Terima kasih Allah kurniakan keduanya buatku.
InsyaAllah. Bila
balik Malaysia nanti, aku akan pastikan aku bantu mak. Begitu juga abah. Aku
mahu jadi anak yang berguna. Berbakti pada kedua ibubapa. Aku mahu mak abah
bangga dengan aku walaupun pengorbanan aku sangat kecil.
Saat menulis
coretan ini juga hati sebak dan mahu menangis. Ku tahan lagi. Jangan buang air
mata disini. Akan aku simpan untuk menangis di bahu mak nanti. Sungguh ! Hati ini mula rindu padamu, duhai
ibu. Wallahu a’lam.
Dari anakmu,
Hasnul
Hakimi bin Hussien
balik la nol....
ReplyDeleteTerima kasih sebab singgah di blog saya..haha..
DeleteJom balik sekali lim..
Terima kasih sebab singgah di blog saya..haha..
DeleteJom balik sekali lim..