USRAH MEDAN TARBIAH
Pernah suatu ketika dahulu di zaman
sekolah, saya pernah tergelincir dalam hubungan antara dua hati. Orang kata couple. 3 tahun
bercinta dan akhirnya kami putus. Saya sedih kerana hubungan yang saya cuba pertahankan
akhirnya runtuh juga. Jadi saya cuba untuk hilangkan rasa sedih saya.
Alhamdulillah. Suatu hari saya mula mengikuti sebuah usrah. Usrah yang mana
pembawaannya ialah Al-Quran dan As-Sunnah serta bacaan tafsir, hadis dan
sebagainya.
Pelbagai ilmu yang dapat saya tadah
dan kutip daripada usrah tersebut. Ilmu yang membuka hati saya menjadi tenang.
Bacaan Al-Quran yang mendayu masuk ke jiwa saya seolah-olah saya ini baru saja
mengenal Al-Quran. Itulah kuasa keajaiban yang ada pada Al-Quran. Hati yang
tidak tenang menjadi tenang. Hati yang gelap kembali bercahaya.
Ya
! Melalui usrahlah saya mula mengenal tuhan dengan lebih dekat. Perkongsian dan
tazkirah yang disampaikan oleh naqib usrah membuatkan saya mula tertarik dan
membuka ruang buat hati untuk tahu lebih lagi dan lagi. Kisah-kisah para Rasul
dan Nabi serta para sahabat Rasulullah SAW yang dikisahkan kepada saya dan ahli
usrah yang lain menjadikan saya semakin tertarik dan minat untuk mendalami
kisah-kisah orang yang dekat dirinya pada Allah SWT.
Saya
selalu termenung jauh. Ada satu persoalan yang sering bermain dalam akal
fikiran saya. Adakah Allah ampunkan dosa saya sepanjang saya bernafas ini ?
Saya
membuka satu kitab hadis. Lalu saya menemui satu hadis yang mengisahkan seorang
lelaki yang mahu bertaubat dan akhirnya ke syurga Allah SWT. Kisah yang mana
seorang lelaki telah membunuh 99 orang dan akhirnya terdetik didalam hatinya
untuk bertaubat kepada Allah SWT. Lalu dia pergi bertemu dengan seorang abid (orang yang kuat beribadah). Lelaki
itu bertanya kepada abid tersebut
adakah diampunkan dosanya oleh Allah SWT kerana telah membunuh 99 orang ? Abid itu menjawab bahawa lelaki ini
tidak akan diampunkan dosanya. Kemudian lelaki itu membunuh abid tersebut. Cukup menjadi 100 orang.
Lelaki ini meneruskan perjalanan dan bertemu dengan seorang yang ‘alim (orang yang berilmu). Lalu beliau
bertanya soalan yang sama kepada orang ‘alim itu. Orang ‘alim itu menjawab. “
Allah boleh ampunkan dosa kamu. Tapi kamu tidak boleh tinggal di daerah kamu
ini. Daerah yang membolehkan kamu ingat akan dosa kamu. Kamu hendaklah
berhijrah ke suatu tempat lain. Tempat yang baru “.
Lelaki
tersebut pun pergi ke tempat yang ingin ditujunya. Maka dengan izin Allah SWT,
lelaki tersebut itu mati dipertengahan jalan. Lalu turun dua malaikat iaitu malaikat rahmat
dan malaikat azab. Dua malaikat ini berselisih untuk menentukan samada lelaki
ini ke syurga atau neraka. Turunlah malaikat Jibril memberi petunjuk supaya
mengukur jarak antara negeri yang penuh dosanya dengan tempat yang lelaki ini ingin
tuju untuk memohon ampun pada Allah. Akhirnya, jarak ke tempat yang baru lebih
sejengkal sahaja daripada negeri gelapnya. Oleh itu, lelaki itu dimasukkan ke
syurga Allah SWT.
Kisah
ini sebenarnya mengisahkan tentang perbezaan antara abid dan ‘alim. Tetapi dari
sudut lain ia membuat saya sedar. Allah itu Maha Pengampun. Sebesar mana pun
dosa yang kita lakukan jika Allah berkehendak untuk mengampunkan dosa hamba-Nya
maka terampunlah dosanya. Kun fayakun.
Menjadi
motivasi yang kuat buat saya dengan kisah-kisah seperti ini. Dimana saya dapatkan
ia ? Melalui usrah lah, jawab saya.
Usrah
ialah satu medan tarbiah. Bukan hanya tarbiah untuk individu saja. Malah
mentarbiah hati-hati ahli usrah unuk menguatkan lagi ukhuwah antara satu sama
lain. Tarbiah diri untuk hidup bermasyarakatan. Usrah bukan hanya sekadar
membuka kitab sahaja malah usrah juga boleh dilakukan dengan bergotong-royong,
berkelah, membuat aktiviti-aktiviti berfaedah dengan ahli usrah. Bermain
badminton, futsal, memanah dan sebagainya. Usrah begini akan membuahkan rasa
sayang dan semakin minat dalam usrah. Usrah itu
satu anugerah. Ukhuwah itu juga satu anugerah malah satu nikmat yang
besar. Maka apabila digabungkan keduanya menjadi satu anugerah yang begitu sangat berharga yang sukar diterjemahkan akal.
Seronoknya
usrah ! Sangat seronok. Alhamdulillah saya kini masih tetap dalam usrah. Buat
sahabat-sahabat yang baru mula untuk jinak-jinakkan diri dengan usrah. Saya
doakan terbaik agar kita sama-sama istiqamah dalam medan tarbiah ini. Kamu
hebat ! Kami juga tumpang hebat. Bersama bersatu. Wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment