UJIAN
DISAAT MENUJU KE ALAM PERNIKAHAN
Saat meluahkan hasrat hati terhadap
seorang wanita yang ingin kita nikahi, saat itulah satu ujian demi satu ujian
yang akan kita hadapi. Bagi lelaki ujian melihat wanita lain lebih baik daripada pilihan hati itu sangat mencabar.
Kadang-kadang lepas saja
meluahkan hasrat hati, ada saja wanita lain yang cuba mengacau kita. Mula mesej
dengan kita. Sedangkan sebelum melamar tidak ada satu orang pun yang berani
mesej tanya macam-macam hal yang dikira sebagai hal peribadi. Tapi lepas
daripada itu, ada pula.
Baru saja melamar atau merisik
bahkan dalam hukum feqh Islam dikira bertunang itu pun diuji dengan ujian
seperti itu.
Tidak akan duduk diam buat
syaitan untuk membiarkan anak Adam meneruskan perkara baik iaitu pernikahan.
Pasti ia akan hasut dan hasut walau apa jua cara sekalipun.
Cemburu melihat bakal suami
bersama rakan kerja wanita. Timbul rasa tidak senang hati. Gelisah. Curiga. Semua itu membuatkan syaitan
bersuka ria, bergelak ketawa melihat reaksi seperti itu.
Oleh itu, setiap pasangan lelaki
mahupun wanita perlu berfikiran positif dan sentiasa bersangka baik. Hatta kita
lihat ada orang lain yang lebih baik dari pilihan kita, maka tenang. Mohon doa
pada Allah agar Allah memberikan yang terbaik buat kita.
Semoga niat baik kita ini
dirahmati oleh Allah SWT dan dipermudahkan segalanya. Moga apa yang kita
rancang selari dengan perancangan Allah Taala. Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment