Saturday, 28 December 2013

Abu Musa As-Soleh Dan Sebuah Epal

Kisah seorang hamba Allah yang diberi nama Abu Musa As-Soleh

Pada suatu hari, Abu Musa As-Soleh menjumpai sebuah epal yang hanyut di sungai. Kemudian dia gigit sedikit buah epal itu. Tiba-tiba dia teringat buah yang dia makan tu buah yang haram kerana tidak meminta izin pemilik buah itu.

Hatinya berkata " Aku kena mencari pemilik buah epal ini dan minta dihalalkan "

Abu Musa As-Soleh mencari pokok di persisiran sungai itu sehinggalah dia bertemu dengan satu dahan yang terjuntai ke sungai dan ternyata benar dahan tersebut adalah dahan buah epal.

Dia ternampak seorang pak cik sedang mencangkul berdekatan dengan pokok epal itu. Tanpa membuang masa, dia terus berjumpa dengan pak cik itu dan meminta halalkan epal yang dia makan tadi.

Pak cik itu kagum kerana tiada pemuda yang sejujur ini hanya kerana menggigit sedikit sahaja buah epal sudah gelisah dan sanggup mencari pak cik itu untuk menghalalkan apa yang dia makan.

Pak cik itu bersetuju tapi dengan satu syarat iaitu Abu Musa As-Soleh mesti jadi hambanya selama 10 tahun.

Abu Musa As-Soleh bersetuju yang penting buah epal yang dimakan tu dihalalkan.

~10 tahun berlalu~

" Saya sudah 10 tahun jadi hamba tuan, boleh tuan halalkan buah epal itu ? ", kata Abu Musa As-Soleh.

" Boleh, tapi dengan satu syarat lagi. Kamu mesti kahwin dengan anak perempuan saya. Tapi anak perempuan saya itu buta, pekak, bisu dan lumpuh ", jawab pak cik itu.

Abu Musa As-Soleh bersetuju juga.

Akhirnya Abu Musa As-Soleh berkahwin dengan anak perempuan pak cik itu.

Ketika Abu Musa As-Soleh hendak masuk ke bilik, dia ketuk pintu dan beri salam.

" Waalaikummussalam ", jawab anak perempuan pak cik itu.

Abu Musa As-Soleh terkejut kerana kata pak cik itu anaknya bisu tapi boleh bercakap.

Abu Musa As-Soleh cakap pada pak cik itu merangkap ayah mertuanya.

" Ayah, salah orang ni "

" Betul, itulah isteri kamu. Pergilah ", kata pak cik itu.

Dia masuk lagi ke bilik itu. Dia terkejut lagi kerana perempuan itu sangat cantik malah tidak buta, bisu, pekak dan lumpuh. Dia keluar lagi berjumpa dengan ayah mertuanya dan bertanya hal yang sama.

" Ayah, salah orang ni "

" Betul, itulah isteri kamu. Pergilah ", kata pak cik itu.

" Tapi ayah kata dia bisu, pekak, buta dan lumpuh tapi dalam bilik itu bukan ? ", kata Abu Musa As-Soleh.

" Benar. Memang dia bisu tapi BISU kerana tidak pernah bercakap benda yang haram. Memang dia pekak tapi PEKAK kerana tidak pernah dengar benda yang haram. Memang benar dia buta tapi BUTA kerana tidak pernah melihat benda yang haram dan memang benar dia lumpuh tapi LUMPUH kerana tidak pernah ke tempat yang haram "

Akhirnya, hasil antara hubungan Abu Musa As-Soleh dan perempuan suci itu lahirlah seorang Wali Allah yang diberi nama Sheikh Abdul Kadir Jailani.

Sunday, 15 December 2013

Cemburu Yang Positif

          Jam tepat pukul 4.30 pagi. Rahmat terbangun dari tidurnya. Katilnya betul-betul disebelah tingkap. Dia bangun dari pembaringan kerana ingin bertahajud. Kain langsir di tingkap sebelah katilnya tersingkap. Dia melihat bilik jirannya iaitu bilik kawannya, Zulkifli, menyala. Dia terfikir. Mungkin Zul bangun belajar.

" Alhamdulillah ", ucap Rahmat.

Keesokan harinya, Rahmat seperti biasa bangun untuk bertahajud. Dia melihat bilik Zulkifli yang menyala. Sekali lagi dia ucap 'Alhamdulillah'. Hatinya mula cemburu lihat Zulkifli. Mulai dari hari itu, Rahmat berazam ingin bangun bertahajud dan mengulangkaji pelajaran. Setiap hari Rahmat lakukan hal yang sama.

Hari peperiksaan tiba, Rahmat dan Zulkifli sama-sama menduduki peperiksaan tersebut. Mereka sama-sama berdoa. Mereka sama-sama ulang kaji sebelum masuk ke dewan peperiksaan. Mereka sama-sama menamatkan peperiksaan itu. 

Seperti biasa, Rahmat bangun untuk bertahajud cuma biasa Rahmat bangun pukul 4.30 tapi kali ini terlewat sedikit, 5.00 pagi. Walaupun peperiksaan sudah tamat tapi kebiasaan amalan bertahajud itu tidak pernah hilang dari dirinya. Dia melihat bilik Zulkifli.

" MasyaAllah... Sungguh rajin sahabatku, Zulkifli. Walaupun dah tamat peperiksaan, kau tetap bangun lebih awal dari aku. ", detik hatinya.

2 bulan kemudian...........

Keputusan peperiksaan diumumkan. Rahmat mendapat keputusan yang cemerlang dalam setiap madah. Rahmat tidak merasa gembira dengan keputusannya itu sebelum dia bertemu dengan sahabat baiknya, Zulkifli. Matanya tetap mencari Zulkifli. Akhirnya, matanya tertumpu pada seseorang di penjuru bangunan akademik sekolah. Rahmat terus menuju ke situ. Rahmat bertemu dengan Zulkifli. Zulkifli nampak sedih. Rahmat keliru. Rahmat bertanya pada Zulkifli.

" Zul, kenapa kau sedih ni ? Macam mana keputusan peperiksaan kau ? ", tanya Rahmat.

" Aku sedih sebab keputusan exam aku gagal ", jawab Zulkifli.

" Eh, tak percayalah aku. Aku setiap hari bangun tahajud tengok bilik kau sentiasa menyala. Awal kau bangun belajar. Tak kan boleh gagal ? Mustahillah ", kata Rahmat seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata Zulkifli.

" Oh, sebenarnya yang kau nampak lampu bilik aku menyala tu bukan aku bangun belajar tapi aku main game sampai lupa nak tutup lampu ". Terus terang Zulkifli pada Rahmat.

" Ya Allah, aku fikirkan kau belajar ". Tepuk dahi Rahmat.

Sekarang barulah Rahmat tahu, diatas usaha dan cemburunya kepada Zulkifli, ia menghasilkan keputusan yang cemerlang. Ini barulah yang dinamakan CEMBURU POSITIF.

madah - matapelajaran
exam - peperiksaan
#copy cerita dari Telaga Biru dan diubah sedikit. :)


Wednesday, 11 December 2013

Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

Kenapa Dr. Maurice Bucaille Memeluk Islam Selepas Bedah Mumia Firaun?

Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal pada tahun 1976.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Presiden Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis.

Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan.

Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut.

Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille.

Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?

Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine).

Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.

mumia ramses


Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil.

Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.



Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898.

Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu.

Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah!

#Copy and paste dari Facebook Cinta Selepas Nikah

Sunday, 8 December 2013

Tips dari Al-Quran

Ada crush ? Apa itu crush ? Crush seperti lelaki atau perempuan terminat dekat seseorang itu tapi mereka tak 'couple' tapi cuma orang yang dia minat itu tidak tahu yang dia minat. Dalam Al-Quran ada jawabnya. Jom kita cari !

Surah Al-Baqarah ayat 235 :

 Dan tidak ada salahnya bagi kamu tentang apa yang kamu bayangkan (sindiran) untuk meminang perempuan (kematian suami dan masih dalam idah) atau tentang kamu menyimpan dalam hati (berkahwin dengan mereka) Allah mengetahui bahawa kamu akan menyebut-nyebut atau mengingati mereka. (demikian itu tidaklah salah) akan tetapi janganlah kamu membuat janji dengan mereka di dalam sulit, selain dari menyebutkan kata-kata (sindiran yang sopan. Dan janganlah kamu menetapkan dengan bersungguh-sungguh (melakukan akad nikah sebelum hadis idah yang ditetapkan itu. Dan ketahuilah sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada dalam hati kamu, maka beringat-ingatlah kamu akan kemurkaanNya, dan ketahuilah, sesungguhnya Allah Maha Pengmpunan, lagi Maha Penyabar.

Surah Al-Imran ayat 14 :

Dihiaskan (dijadikan indah kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak ; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih;dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (syurga).

Surah An-Nur ayat 26 :

(Lazimnya perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (baik itu adalah bersih dari) buruk yang dikatakan oleh orang-orang (jahat) mereka (baik itu beroleh pengampunan) Allah dan pengurniaan yang mulia.

Surah Yusuf ayat 53 :

" Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan,kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (terselamat ia dari hasutan nafsu itu) Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. "

Surah Ar-Radd ayat 28 :

" (Iaitu orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah ". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Surah Maryam ayat 13 :

dan (mengurniakannya rahmat dari sisi Kami) serta kelebihan yang kembang manfaatnya;dan ia seorang yang bertaqwa.

Bagaimana dengan orang yang 'bercinta' ?

Surah Al-Isra' ayat 32 :

Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (membawa kerosakan)

Surah Al-Isra' ayat 36 :

Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.

Nak tegur mereka yang 'couple' ?

Surah An-Nahl ayat 119 :

Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, sesungguhnya Tuhanmu sesudah (bertaubat itu) adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Surah Taha ayat 44  :

"Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut".

Surah An-Nur ayat 12 :

Sepatutnya semasa kamu mendengar tuduhan itu, orang-orang yang beriman  lelaki dan petempuan, menaruh baik sangka kepada diri (orang-orang) mereka sendiri dan berkata : "Ini ialah tuduhan dusta yang nyata".

Surah An-Nisa' ayat 63 :

Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.

Cara nak nasihat orang ?

Surah Al-Imran ayat 31 :

Katakanlah (Muhammad) " Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Jika nasihat tak didengar ?

Surah Al-Imran ayat 20 :

Oleh sebab itu jika mereka berhujah dan membantahmu (Muhammad) maka katakanlah: " Aku telah berserah diriku kepada Allah dan demikian juga orang-orang yang mengikutiku ". Dan bertanyalah (Muhammad) kepada orang-orang Nasrani (yang diberi Kitab) , dan orang-orang yang "Ummi" (musyrik Arab) "Sudahkah kamu mematuhi dan menurut (Islam yang aku bawa itu) Kemudian jika mereka memeluk Islam, maka sebenarnya mereka telah memperoleh petunjuk; dan jika mereka berpaling (dari mahu menerima Islam) maka sesungguhnya kewajipanmu hanyalah menyampaikan (Islam itu ) Dan (ingatlah) Allah sentiasa Melihat (laku sekalian hambanya).

Akhirnya rujuklah -

Surah An-Nahl ayat 119 :

Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu terhadap orang-orang yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilan, kemudian mereka bertaubat sesudah itu serta memperbaiki amalannya, sesungguhnya Tuhanmu sesudah (bertaubat) itu, adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

(^_^) Senyum.
Islam itu syumul sempurna. Semua ada dalam Al-Quran dan jangan tadabbur

Friday, 30 August 2013

Kelebihan mencari ilmu

Menurut kata-kata Imam Syafie " Selagi diriku mencari ilmu, selagi itulah aku merasa diriku begitu jahil ".

Ilmu Allah itu luas . Lebih luas daripada langit dan bumi malah lebih luas daripada apa-apa sekalipun . Imam Syafie seorang hamba Allah yang sangat kuat beribadah dan mencari ilmu . Walaupun diri beliau sebegitu berilmu dari kita, malah beliau tetap istiqamah mencari ilmu walau dimana saja beliau berada. Begitu juga Imam Nawawi, seorang ulama' islam yang tersohor . Beliau terlalu sibuk mencari ilmu dan mengarang khulasahnya sehinggakan beliau tiada masa untuk berumah tangga sampailah ajal menjemputnya. MasyaAllah ! Sungguh hebat ulama' -ulama' terdahulu . Kita bagaimana ?

Menurut hadis riwayat Al-Imam at-Tarmizi ada menyatakan tentang kelebihan mencari ilmu .

- Rasulullah s.a.w. yang bersabda (ertinya) : " Sesiapa sahaja yang melalui satu jalan demi menuntut ilmu, maka Allah nanti akan melalukan (mempermudahkan laulan orang itu) ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat sentiasa membuka sayap-sayap mereka kerana mengharapkan keredhaan (Allah) kepada para penuntut ilmu . Dan sesungguhnya orang ilmu alim itu, sentiasa akan diminta ampun untuknya oleh setiap makhluk yang berada di langit dan di bumi, hinggakan ikan-ikan di dalam air . Dan sesungguhnya orang alim di atas seorang abid (orang yang suka beramal ibadah) adalah seumpama kelebihan (kedudukan) bulan di atas segala planet. Sesungguhnya para ulama' itu adalah para pewaris para nabi (a.s). Dan sesungguhnya para nabi (a.s.) tidak pernah mewariskan sebarang dinar ataupun dirham melainkan mereka semua hanya meninggalkan ilmu semata-mata . Maka sesiapa sahaja yang mengambil warisan (daripada para nabi a.s. itu), maka sesungguhnya dia benar-benar telah mengambil keuntungan yang terlalu besar."

Sungguh beruntung bagi sesiapa yang menuntut ilmu dan rajin mencari ilmu Allah s.w.t hanya kerana niat pada Allah serta sebagai bekalan untuk akhirat kelak.

Sunday, 4 August 2013

Renungkan !

Sedikit renungan untuk kita bersama...Tiga orang lelaki yang sedang mabuk bertanding untuk menentukan siapa yang paling kejam. 

Lelaki yang pertama menyerang seorang perempuan dan memukulnya sehingga giginya patah, lebam kedua biji matanya dan darah keluar daripada hidung dan telinga perempuan itu. Akhirnya perempuan itu jatuh ketakutan dan badannya menggeletar.Dia berpusing menghadap dua lelaki dan berkata dengan bangganya,“Akulah orang yang paling kejam”,

Tidak berpuashati, lelaki kedua bangun dan mengoyak baju perempuan itu, merogolnya dan terus mencekik perempuan itu sehingga perempuan itu mati.Dan dia berkata “Tidak ada siapa yang lebih kejam daripada aku”.

Lelaki ketiga pula bangun dan tersenyum. Dia menjawab“Akulah yang paling kejam, aku cuma berdiri dan melihat kekejaman kamu sedangkan perempuan ini adalah adik aku .

”Perempuan itu adalah Palestin/Syria/Rohingya/Mesir. Lelaki pertama ialah Israel. Lelaki kedua adalah Amerika Syarikat. Lelaki ketiga pula ialah UMAT ISLAM yang hanya berdiam diri dan melihat apa yang terjadi. Tahniah kepada Umat Islam!! berdiam diri dan melihat kekejaman dihadapan kita, itu sahaja yang mampu kita buat.. Mahukah kita jadi sekejam lelaki ketiga.. jika tidak kongsikan artikel ini siapa tahu dengan artkel ini lebih ramai ummat islam yang akan sedar dari tidur lenanya.. Ayuh kita bersatu demi Islam, bantulah seboleh yang mampu.. Sama-samalah kita muhasabah diri.. Sejauh mana usaha kita untuk menolong saudara-saudara Islam kita.. renung sejenak sebanyak mana doa yg kita telah hadiahkan..

Umat Islam itu lemah kerana mereka JAUH daripada agama mereka sendiri - 
Oh! Khalifah ツ

 

Friday, 5 July 2013

Mari Dakwah - Ustaz Azhar Idrus


UNIC - Binnabil Huda


Bagaimana Mengurus Jatuh Cinta ?

Soalan : Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikut nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu.

Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Apakah yang saya lakukan ini diredhai Allah ? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, sepenuhnya kerana Allah ? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul ?

MELUAHKAN HASRAT HATI SECARA BIJAKSANA DAN SOPAN

Luahkan niat kepadanya secara berselindung tetapi boleh difahami. Kita mengambil inspirasi daripada tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah semasa melamar Rasulullah s.a.w. Dalam Islam bukanlah satu keaiban perempuan melamar lelaki yang diminatinya.

Imam al-Bukhari dalam Sahihnya siap membuat satu bab bertajuk " Wanita yang menawarkan dirinya kepada lelaki soleh ". Pada suatu hari seorang wanita datang kepada Rasulullah lalu menawarkan dirinya untuk menjadi isteri Baginda. Wanita itu berkata, " Adakah Tuan berhajat kepadaku? "

Anak perempuan Anas yang turut berada ketika itu mengulas : " Alangkah kurangnya perasaan malu si wanita itu dan amat memalukan perbuatannya. "

Maka Anas segera menjawab : " Bahkan dia lebih baik daripadamu ! Ia berkehendakkan Nabi lalu menawarkan dirinya kepada Baginda. " ( Riwayat al-Bukhari )

Imam Ibn Hajar dalam Fath al-Bari menegaskan bahawa tiada keaiban bagi wanita yang menawarkan dirinya untuk seorang lelaki.

Maka harap tidak terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar lelaki yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik.

MEMPERKENALKANNYA KEPADA KELUARGA

Pihak wanita diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah bagi memperkenalkannya kepada kedua ibu bapa. Syaratnya mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau wali lain dalam majlis itu. Saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik.
Memang terdapat hadis-hadis yang menjelaskan bahawa diizinkan bagi lelaki dan wanita yang berniat untuk berkahwin untuk mengenali bakal pasangan masing-masing dengan lebih dekat.
Pada suatu hari seorang sahabat datang kepada Nabi dengan menyatakan hasratnya ingin memperisterikan seorang wanita Ansar. Lalu Baginda bertanya : " Adakah kamu sudah melihatnya? "
" Belum "
Lantas Nabi menjawab " Pergilah melihatnya kerana di mata wanita itu ada sesuatu (tanda). " (Riwayat Muslim)
Dalam situasi lain, Nabi juga pernah berpesan kepada Mughirah bin Syu'bah yang ingin meminang. Nabi berkata : " Pergilah melihatnya. Sesungguhnya itu akan lebih menjamin berkekalannya kamu berdua. " ( Riwayat al-Turmizi )
Perlu diingatkan bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud meninjau sikap,budi bahasa,cara hidup dan apa-apa maklumat yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan.

JANGAN BERTANGGUH

Saling berhubung tanpa ikatan dalam tempoh yang lama akan semakin membawa kepada yang haram. Semaksud dengan hakikat ini juga, tidak elok hanya berangan-angan untuk sekian lama. Sabda Nabi bermaksud : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah! " ( Riwayat Ibn Majah )

JANGAN MENGHEBAHKAN HAL KEPADA ORANG LAIN SELAGI BELUM DIIJABKABULKAN

Ikatan janji untuk berkahwin boleh membawa fitnah dengan mudah. Terdapat banyak kes orang bertunang yang berpisah dek pelbagai faktor.

ELAKKAN BERTEMU BERDUA-DUAAN

Elakkan perkara ini samada bertemu di tempat terbuka atau tertutup kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang 'merapu' dan tidak langsung mempunyai ilmu tentang batas hubungan antara lelaki dengan wanita menurut Islam. Sekadar membawa mana-mana mahram belum cukup.

KURANGKAN PERHUBUNGAN SECARA LANGSUNG

Lebih-lebih lagi tentang perkara tidak penting. Elakkan bercakap secara langsung dengannya. Gunakan media perantara misalnya e-mel, surat, dan pesan ringkas (SMS).

Tuesday, 2 July 2013

~ Cintailah Penciptanya sebelum mencintai ciptaanNya ~

Lelaki ,,
janganlah sampai kecintaanmu kepada wanita menyebabkan engkau lupa kepada ALLAH, lupa akan perintah-NYA dan melanggar segala larangan-NYA sehingga engkau menjadi hamba kepada hawa nafsumu sendiri....

Wanita ,,
jangan kerana cintamu kepada lelaki menyebabkan engkau menggadai maruahmu, engkau lupa tanggungjawabmu, engkau cemarkan kesucianmu, engkau dedahkan auratmu dan melanggar perintah Tuhanmu...

Isilah hati dengan cinta kepada ALLAH, itulah hati yang hidup, hati yang terpelihara dan tidak mudah tercemar, jangan sampai cinta kepada makhluk menghapus cinta kepada Khaliq, ia akan membuatkan hati menjadi kosong dan mudah tergoda...

#sharing is caring =)
 

Friday, 7 June 2013

Tentang Sahabat

Memilih sahabat yang membawa kepada kebaikan sememangnya menjadi satu kewajipan kepada setiap individu . Berapa ramai yang tersasar daripada maksud asal hanya kerana tersalah memilih kawan .

Tersebut dalam satu syair Arab yang bermaksud " Janganlah kamu bersahabat dengan si pemalas dalam hal ehwal dirinya, sudah berapa ramai orang baik menjadi rosak dengan sebab orang lain ( sahabatnya ) ."

Sahabat yang baik akan membawa sahabatnya ke jalan yang baik dan begitulah sebaliknya . Sifat itulah yang digambarkan menerusi hadis sebagai sifat Mukmin yang patut diamalkan .

Dalam riwayat al-Bukhari , Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Seorang Mukmin itu adalah cermin kepada saudaranya . Apabila dia melihat sesuatu aib ( kesalahan ) pada sahabatnya, lantas dia akan memperbaikinya ."

Oleh sebab itu , pemilihan sahabat handai perlu bermula dari sekarang . Kira tidak menolak untuk berkawan dengan semua orang dan perlu menyebarluaskan tali silaturrahim tanpa membezakan siapa pun mereka .

Tetapi yang dimaksudkan memilih sahabat adalah memilih siapakah yang akan sentiasa kita dampingi dan menjadi tempat luahan apabila hadirnya masalah dan menjadi tempat perkongsian kegembiraan kita .

Saturday, 11 May 2013

Fikirkan lah !


" Wah ! Hebat ! "

" Gempaknya cerita tu ! "

" Aku nak tengok lagilah cerita tu ! "

Pelbagai reaksi dan kerenah manusia zaman sekarang . Kita rasa seronok dengan filem di kaca televisyen , video player , Youtube , dan sebagainya . Pasti kita akan bercerita antara satu sama lain .

Tetapi !

Adakah kita akan merasa seronok dengan kisah atau cerita orang yang sudah meninggal dunia ? Seandainya orang yang meninggal dunia itu bisa menceritakan bagaimana pengalamannya di dalam kubur contohnya -

" Badan aku luka-luka ini sebab aku kena seksa " ,

" Otak aku hancur sebab tak ikut perintah Allah " ,

" Aku dapat sutera ini dari syurga..nikmatnya ! "

Pasti dan pasti ! Ramai manusia akan melakukan kebaikan dan menolak perkara mungkar . Oleh sebab itu , Allah merahsiakan perkara ghaib di dalam alam barzakh itu . Kerana apa ? Kerana Allah ingin menguji kekuatan tahap keimanan hamba-Nya .

* Ingatlah insan ! Kita didunia sementara . Luangkan masa untuk beribadah kepada Tuhan sekalian alam . ♥

Sunday, 28 April 2013

Duhai insan muda


Duhai insan ,
Dirimu begitu muda ,
Dirimu belum bisa memikirkan hak dan batil ,
Dirimu belum bisa menempuh dugaan ini ,
Bersabarlah wahai insan muda .

Duhai insan ,
Ketika hidupmu menangis melihat dunia yang fana ini ,
Janganlah dikau menangis dengan dugaan ini ,
Janganlah dikau menyalahkan takdir dengan apa yang berlaku ini ,
Bersabar dan teruslah bersabar ,
Sesungguhnya Allah itu Maha Penyayang Lagi Maha Memgasihani .

Duhai insan ,
Kuatkanlah imanmu menghadapi ujian-Nya ,
Kuatkanlah dirimumu menghadapi ujian-Nya ,
Kuatkanlah kesabaranmu menghadapi ujian-Nya .

Duhai insan ,
Lahirkanlah semangat anak muda yang soleh ,
Panjatkanlah doa kepada Allah S.W.T. ,
Agar roh-roh orang yang dikau sayangi ,
Ditempatkan di syurga firdausi .

P/S : Nama beliau Alimul Helmi bin Abdul Razak . Pemuda kecil ini pernah kehilangan ibunya ketika beliau berumur 7 tahun . Kini , pada 24 April yang lalu . Ketika umurnya 9 tahun , ayah dan kakak-kakaknya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya . Beliau kini sedang dirawat oleh mak cik saudaranya . Tapi , bagaimana kehidupannya selepas ini ? Semoga roh ayah dan kakaknya dicucuri rahmat Allah Taala . 
Al-Fatihah ~

Saturday, 27 April 2013

Pemilik Cintaku , Allah .

Semakin lama kita hanyut , Allah cuba mengejar kita .

Semakin Allah menimpakan ujian , itu tandanya bahawa Allah sedang memerhatikan kita dengan penuh kasih sayang .

Menunggu ! Menunggu dan terus menunggu ! Sehingga hambanya itu , memohon pada-Nya di saat keheningan malam . Bukankan orang yang sedang berkasih sayang itu ingin berdua-duaan di tempat yang tiada orang yang boleh menggangu mereka . Begitu juga Allah ! Setiap malam menuggu hamba-Nya untuk berbicara pada-Nya .

Ketahuilah ! Allah jua lah sebaik-baik tempat mengadu . Buka mata dan tanyalah hati yang sedang merayu untuk mendapat cinta Allah . Cinta yang kekal . Cinta yang tidak akan sesekali mengkhianati cinta tersebut sepertimana manusia kebanyakkan . 

Hargailah kasih sayang Allah . Dialah Pemilik Cintaku .

Saturday, 20 April 2013

Senyum Profesional vs Senyum Sunnah


Orang yang mempunyai perwatakan hebat dalam karier akan mudah tersenyum dan amat disenangi ketika berurusan dengannya . Sekiranya dia menjaga kaunter , pasti pelanggan akan berpuas hati .

Sekiranya dia menguruskan bahagian pemasaran , pasti jualan akan meningkat . Dia sangat disenangi di tempat kerja , bahkan rakan sepejabat menyedari sekiranya dia tidak hadir .

Malangnya apabila pulang ke rumah dan bersama isteri dan anak-anak , dia bertukar menjadi seperti seekor singa yang kelaparan . Tiada senyuman dan gurauan kerana letih . Isteri yang merindukan belaian suami menunggu kepulangannya untuk berkongsi cerita dan meluah rasa .

Anak-anak ternanti-nanti kepulangan ayah untuk bermain dan bergurau mesra . Hanya herdikan dan teriakan yang diperoleh daripada si ayah yang begitu manis senyumannya bersama pelanggan tadi . Itulah senyuman " profesional " . Senyuman yang bukan lahir daripada iman . Senyuman yang bukan benar-benar tulus untuk mendapat pahala sedekah yang dijanjikan oleh Rasulullah S.A.W. Senyuman profesional hanya untuk orang dan tujuan tertentu sahaja .

Senyuman sunnah tidak akan memilih bulu . Ia hadir daripada hati yang suci dan ikhlas dengan keimanan kepada janji junjungan kita Rasulullah S.A.W. Senyumlah ! Anda akan bahagia ! Pilihlah senyuman sunnah daripada senyuman profesional . Senyum itu sedekah yang paling mudah disisi Allah Taala tanpa kos sekalipun . Semuanya akan dibalas oleh Tuhan Yang Esa . InsyaAllah !

Friday, 19 April 2013

Redha Allah Diatas Redha Ibu Bapa

" Saidah.....Saidah...tolong mak kat dapur, nak ". Puan Salmah memanggil anaknya untuk membantu di dapur .

" Ya mak !! Sekejap lagi Idah datang !! ", jerit Saidah . Tiada sedikit pun sikap sopan santunnya terhadap ibunya . Lima minit kemudian . Saidah pun datang ke dapur .

" Mak nak Idah tolong apa ?? Idah banyak kerja nak buat ni ! ". Tangannya sibuk menekan skrin telefon bimbit mudah alihnya itu .

" Mak nak minta tolong Idah basuhkan pinggan yang kotor dalam sink tu ". Lembut kata-kata Puan Salmah . Jarinya menunding ke arah sink .

Idah segera mencapai pinggan yang berada di hujung sink itu dengan hati yang terpaksa .Tiba-tiba...............

PRAAANGGGG !!!!

Pinggan yang dicapai oleh Saidah itu jatuh ke lantai dan pecah . Tangan kanannya luka akibat terkena serpihan kaca yang berderai di lantai itu . Mendengar sahaja bunyi kaca pecah di lantai . Puan Salmah bergegas menuju ke tempat anaknya .

" Ya Allah !! ", jerit Puan Salmah .

" Macam mana boleh jadi macam ni ?? Maafkan mak, ya nak " . Puan Salmah merasa serba salah kerana menyuruh anaknya membasuh pinggan itu .

" Mak ni !! Macam mana letak pinggan ni !! Tengok tangan Idah dah luka !! ", tengking Saidah lalu pergi meninggalkan ibunya sendirian .

Air mata Puan Salmah bergenangan di kelopak matanya . Lima saat sahaja . Air mata yang ditahannya jatuh membasahi pipinya . Hatinya kecewa dan sedih melihat kelakuan Saidah terhadapnya .

DUA TAHUN KEMUDIAN

" Ya Allah !! Mak !!! ", jerit Fakhrur . Dia kaget melihat ibunya terbaring di lantai rumah .

" Uhuk !!! Uhuk !!! ". Kuat bunyi batuk Puan Aishah . Dia menahan kesakitan yang teramat sangat sehingga dia terjatuh ke bumi .

" Idah !!! Tolong abang angkat mak ni cepat !! . Fakhrur memangil isterinya .

Saidah yang baru sahaja pulang dari tempat kerja bersama suaminya, bergegas pergi ke tempat suaminya itu . Matanya tidak berkelip melihat keadaan ibu mertuanya yang terbaring di lantai . Tanpa melengahkan masa , Saidah membantu suaminya memapah ibu mertuanya menuju ke kereta . Mereka berdua memasukkan Puan Aishah ke dalam kereta .

Sesudah sahaja menyandarkan badan Puan Aishah di kerusi kereta  Fakhrur dan isterinya masuk ke dalam perut kereta tersebut . Fakhrur menyeluk poket seluarnya untuk mengambil kunci keretanya lalu memasukkan anak kunci itu ke dalam tempat penghidup enjin . Beberapa saat sahaja, keretanya dihidupkan . Fakhrur lekas memasukkan gear undur untuk mengeluarkan keretanya dari garaj keretanya . Tidak lama kemudian, mereka bertiga meninggalkan rumah menuju ke hospital .

Setibanya mereka di hospital . Jururawat-jururawat yang ada di situ membantu Saidah dan Fakhrur memapah Puan Aishah menuju ke ruang kecemasan . Jururawat memberi isyarat kepada Fakhrur dan Saidah supaya tidak memasuki dalam bilik tersebut . Mereka berdua akur dan paham .

Sepuluh minit berlalu , barulah Saidah dan Fakhrur duduk di kerusi menunggu . Hati dan jiwa Fakhrur tidak tenang melihat keadaan ibunya itu . Fakhrur pun mengambil keputusan untuk ke surau menunaikan solat hajat dua rakaat . Sebelum itu , Fakhrur memberitahu isterinya , Saidah , untuk ke surau .

" Abang ke surau sebentar ya sayang.. ".

" Baiklah " . kata Saidah dengan lembut . Pahamlah Saidah apa yang suaminya ingin lakukan .

" Sayang tidak mahu ikut abang sekali ? " , tanya Fakhrur .

" Tidak apalah , bang . Sayang tak boleh solat " , jawab Saidah .

" Okeylah kalau macam tu . Nanti kalau doktor sudah keluar , beritahu abang ea ? ", pesan Fakhrur kepada isteri tercintanya . Kemudian pergi meninggalkan isterinya sendirian .

Saidah melihat perlakuan suaminya yang begitu berbakti pada seorang insan yang bergelar ' ibu ' . Saidah terkenang kembali saat dia bersikap kurang ajar dengan ibunya sendiri sehingga menyebabkan air mata seorang ibu jatuh ke bumi hanya kerana ibunya meletakkan pinggan di tempat yang salah .

Air mata keinsafan mengalir secara tiba-tiba ke pipinya . Setitik demi setitk air mata itu jatuh ke lantai . Tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang . Saidah menoleh ke tangan orang tersebut dan melihat wajah orang yang menyentuhnya . Rupa-rupanya...................

" Emak !!! ", jerit Saidah sambil memeluk erat tubuh Puan Salmah itu . Dia menangis teresak-esak kerana teringat sikapnya dahulu . Tangisan keinsafannya begitu kelihatan di mata orang yang melihatnya .

" Mak...maafkan Idah sebab Idah pernah menyakitkan hati mak . Maafkan Idah , mak ! " . Saidah tidak melepaskan tubuh Puan Salmah itu lagi . 

" Sudahlah sayang.. Mak dah maafkan . Jangan menangis lagi . Tak cantik muka anak mak bila menangis ". Puan Salmah berseloroh dengan anaknya .

Saidah pun melepaskan pelukannya itu . Matanya memandang suaminya . Fakhrur sejak dari tadi berada di belakang ibu mertuanya , Puan Salmah , sambil melihat gelagat isterinya . Saidah pun segera mencapai tangan suaminya lalu dikucupnya dan meminta maaf sebab tidak pernah cerita tentang sikapnya terhadap ibunya itu dahulu . Fakhrur hanya mendiamkan diri dan dia pun mencium dahi isterinya .

" Sudahlah sayang . Benda dah lepas jadikan iktibar dalam kehidupan kita " .

Sambung Fakhrur lagi . " Abang ada sesuatu nak cakap dengan sayang " .

" Apa dia bang ? ". Air mata yang berbaki dikesat dengan lengan bajunya .

" Mardhotillah adalah sesuatu diharapkan sekalian hamba Allah yang berfirman . Setiap amalan yang dilakukan hendaklah dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah . Salah satu jalan meraih redha Allah adalah dengan mencari keredhaan ibu dan bapa kita . Mencari keredhaan ibu bapa seperti perkara kecil bagi muda-mudi Islam kini . Ada yang tidak menjaga adab . Ada yang menganggap ibu bapa seperti rakan sebaya malah ada membentak dan menderhaka kepada kedua insan yang besusah payah membesarkan kita . Mengundang kemarahan ibu bapa sama seperti dengan mengundang kemarahan dan kemurkaan Allah S.W.T. Begitu juga sebaliknya . Rasulullah S.A.W. bersabda ' Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan ibu bapanya bererti dia membuat Allah redha kepadanya ' ( Riwayat Baihaqi ) ". kata Fakhrur .

" Fikirlah sejenak wahai isteriku . Ada benarnya pepatah mengatakan seorang ibu dan bapa boleh menjaga sepuluh orang anak dalam suatu masa tapi sepuluh anak belum pasti boleh menjaga ibu dan bapa . Itulah hakikat pahit yang perlu ditelan . Lihatlah wajah mereka . Curahkanlah segala kasih sayang buat mereka . Sesungguhnya mengasihi mereka membuahkan kemaafan dan keampunan dari Allah terhadap dosa kita . Ketika Abu Musa dan Abu Amir sampai ke Madinah dan berbai'ah kepada Rasulullah , maka baginda bertanyakan keadaan isteri mereka ketika ditinggalkan . Mereka menjawab ' Isteri saya tinggal bersama kedua orang tuanya dan berbakti kepadanya ' Rasulullah berkata ' Dosa-dosanya telah diampunkan oleh Allah S.W.T. ' Mereka bertanya kepada Rasulullah . ' Kenapa Ya Rasulullah ? ' Baginda menjawab ' Kerana dia berbakti kepada orang tuanya ' . " Sambung Fakhrur lagi .

Saidah menangis di bahu suaminya . Dia begitu menyesal terhadap sikapnya yang kurang ajar dengan ibunya . Jiwanya tersentuh dengan ungkapan kata-kata suaminya itu . 

Tiba-tiba pintu bilik kecemasan terbuka . Fakhrur , Saidah dan Puan Salmah berpaling ke pintu tersebut . Mereka bertiga tersenyum melihat Puan Aishah di pintu itu . Ternyata Puan Aishah hanya demam panas sahaja . Puan Salmah datang ke hospital itu kerana menantunya , Fakhrur , yang menelefonnya . Tapi . Alhamdulillah ! Ada hikmahnya . 

P/S : Hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih ada . Selagi mereka menghirup udara Allah Taala . Selagi mereka masih disisi , itu adalah anugerah Allah dan wajiblah kita menjaga sebaik mungkin . Tanpa ibu bapa siapalah kita . Ucapkanlah kata sayang , tautkanlah bibit cinta dan rantaikanlah dengan rantaian kasih bersama mereka . Moga redha Allah bersama kita kerana redhanya ibu bapa terhadap kita . InsyaAllah ! .

Saturday, 6 April 2013

SPM bukan pengakhiran kehidupan

" Arghhhh !!! " , jerit Aina sekuat hati di dalam kotak biliknya . Dia kecewa dengan keputusan SPMnya .Dia menangis meronta-ronta sambil menumbuk-numbuk dinding biliknya . Dia gagal dalam matapelajaran yang diminatinya iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mathematics dan Science . Kesemua subjek tersebut adalah syarat kemasukan untuk menjadi seorang juruterbang . Oleh sebab itu, dia menangis tidak henti-henti .

Tidak lama kemudian, bilik Aina menjadi sunyi sepi . Tiada lagi kedengaran jerit dan tangisannya . Cuma kedengaran cengkerik yang sedang menyanyi di luar rumah . Rupa-rupanya Aina tertidur kerana keletihan .

Keesokan harinya .

" Sudahlah tu sayang . Jangan menangis lagi . Biar menyesal sekarang jangan menyesal kemudian hari ," kata Puan Haslinda, ibu Aina Suraya .

" Ma....Aina.....gagal da....lam subjek yang Aina mi...nat ." Tersekat-sekat suaranya menahan tangis .

" Mungkin ada hikmah disebalik kegagalan tu, sayang . Aina kena terima dan jangan berputus asa . Nanti Aina belajar sungguh-sungguh pada SPM ulangan nanti ea ? InsyaAllah . Aina kena banyakkan berdoa pada Allah . Buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang oleh-Nya, " kata Puan Haslinda sambil mengusap-ngusap belakang badan anak tunggalnya itu .

Aina hanya mendiamkan diri . Masing-masing bermain dengan fikiran masing-masing .

Lima hari berlalu....

Aina hanya mendiamkan diri dan menangis . Kini, Aina hanya diselubungi dengan kesedihan sahaja dan tidak menangis seperti sebelumnya .

Aina pergi ke kotak biliknya . Dia mencapai komputer ribanya yang terletak di hujung meja belajarnya . Aina segera menekan butang 'ON' . Lima saat sahaja skrin komputernya menyala .

Aina menyentuh tetikus sentuh komputer ribanya lalu 'cursors' di skrin bergerak ke logo 'Google Chrome' . Jari-jemarinya segera menekan papan kekunci komputer mudah alih itu . Dia menaip perkataan 'facebook' . Aina pun menaip alamat e-mail dan kata laluan facebooknya di kotak yang disediakan . Beberapa saat sahaja laman sesawang itu terhasil .

Banyak mesej dari kawan-kawannya mengucapkan 'CUBA LAGI SPM NANTI' . Air matanya ingin sahaja jatuh ke bumi kerana menyesal . Akibat melayan cinta lelaki yang belum pasti dia teman kita ataupun tidak, Aina gagal . Dia sangat menyesal kerana tidak mendengar kata-kata ibunya supaya belajar dan tinggalkan benda-benda yang boleh melalaikan . Tiba-tiba matanya membaca satu artikal dari seseorang . Aina klik artikal tersebut dan membacanya dengan penuh khusyuk dan teliti . Aina memahami setiap perkataan yang diterangkan di dalam artikal itu .

Artikal itu bertajuk : SPM-BUKAN PENGAKHIRAN KEHIDUPAN

Jangan kecewa . Jangan salahkan Tuhan . Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya . Tinggal, sesiapa yang tidak memandang hikmah-Nya , dia akan rugi selama-lama . Ada orang, kecewa dengan keputusan SPM, terus malas belajar . Dia rugi .

Ada orang, kecewa dengan keputusan SPM, kelar tangan, bunuh diri . Dia rugi .
Itu orang yang tidak mahu memandang hikmah Allah S.W.T. Tetapi bagi mereka yang memandang hikmah-Nya, maka teguran daripada keputusan yang tak berapa elok ini, akan dilihat dan diambil secara positif . Dia ubah dirinya, menjadi lebih berdsiplin . Dia perbaiki dirinya, agar menjadi yang lebih kuat hubungannya dengan 'khaliq' iaitu Allah Taala .

Terus bertranformasi menjadi seorang manusia yang baru .Lantas, kehidupan selepas SPM itu, akan diharungi dengan kekuatan dan semangat yang baru .

SPM bukan pengakhiran kehidupan . Ada 1001 satu lagi jalan untuk berjaya, tanpa menggunakan SPM . Tinggal, SPM adalah pemudah cara . Namun, tidak berjaya di dalamnya , bukan bererti kita tidak berjaya di dalam kehidupan kita . Apatah lagi apabila kita sudah menjalani transformasi diri , insyaAllah kehidupan SPM itu akan menjadi lebih bermakna lagi, dan mudah dihadapi . Ada orang yang tidak cemerlang SPM, berubah ! Lantas di dalam kepalanya muncul buah fikiran bisnes persendirian . Berjaya ! Dia tidak rugi dalam kehidupannya .

Ada orang yang tidak mencapai sasarannya di dalam SPM, tidak dapat ambil kos idamannya, berubah ! Lantas di dalam kos yang terpaksa diambilnya, dia lakukan yang terbaik . Berjaya ! Dia tidak rugi dalam kehidupan .

Ada orang yang gagal dalam SPM, tidak dapat menyambung pengajian, berubah ! Dengan yakin tanpa segan , mengambil semula SPMnya . Berjaya ! Dia tidak rugi dalam kehidupannya .

Mereka ini adalah manusia-manusia yang memahami bahawa kehidupan itu lebih besar daripada sebuah SPM .

Tamat .

Kelopak mata Aina bergelingan dengan air mata . Tunggu beberapa minit sahaja kemungkinan air mata jernih itu akan turun membasahi pipinya .

" Ya Allah ! Terima kasih kerana Engkau menemukan aku dengan sebuah artikal ini . Terima kasih Ya Allah kerana Engkau memberi kesedaran kepada hamba ini, Ya Allah . Hamba yakin dengan ketentuan-Mu . Hamba yakin Engkau Maha Mengasihi hamba-hamba-Mu ini . Ya Allah , Engkau begitu adil . Engkau memberi semangat di dalam kehidupanku kini . Terima kasih Ya Allah !!! ".  Doa Aina . Kepalanya mengadap ke langit . Air mata keinsafan yang cuba ditahan sejak dari tadi, akhirnya tewas dan jatuh membasahi pipinya .

P/S : Janganlah kita berputus asa setiap apa yang kita usahakan tidak terhasil . Allah itu Maha Mengetahui . Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya .

Bercintalah dengan ilmu . Abaikan cinta-cinta lagha dari kekasih hati yang belum halal bagi kita .