" Arghhhh !!! " , jerit Aina sekuat hati di dalam kotak biliknya . Dia kecewa dengan keputusan SPMnya .Dia menangis meronta-ronta sambil menumbuk-numbuk dinding biliknya . Dia gagal dalam matapelajaran yang diminatinya iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Mathematics dan Science . Kesemua subjek tersebut adalah syarat kemasukan untuk menjadi seorang juruterbang . Oleh sebab itu, dia menangis tidak henti-henti .
Tidak lama kemudian, bilik Aina menjadi sunyi sepi . Tiada lagi kedengaran jerit dan tangisannya . Cuma kedengaran cengkerik yang sedang menyanyi di luar rumah . Rupa-rupanya Aina tertidur kerana keletihan .
Keesokan harinya .
" Sudahlah tu sayang . Jangan menangis lagi . Biar menyesal sekarang jangan menyesal kemudian hari ," kata Puan Haslinda, ibu Aina Suraya .
" Ma....Aina.....gagal da....lam subjek yang Aina mi...nat ." Tersekat-sekat suaranya menahan tangis .
" Mungkin ada hikmah disebalik kegagalan tu, sayang . Aina kena terima dan jangan berputus asa . Nanti Aina belajar sungguh-sungguh pada SPM ulangan nanti ea ? InsyaAllah . Aina kena banyakkan berdoa pada Allah . Buat apa yang disuruh dan tinggal apa yang dilarang oleh-Nya, " kata Puan Haslinda sambil mengusap-ngusap belakang badan anak tunggalnya itu .
Aina hanya mendiamkan diri . Masing-masing bermain dengan fikiran masing-masing .
Lima hari berlalu....
Aina hanya mendiamkan diri dan menangis . Kini, Aina hanya diselubungi dengan kesedihan sahaja dan tidak menangis seperti sebelumnya .
Aina pergi ke kotak biliknya . Dia mencapai komputer ribanya yang terletak di hujung meja belajarnya . Aina segera menekan butang 'ON' . Lima saat sahaja skrin komputernya menyala .
Aina menyentuh tetikus sentuh komputer ribanya lalu 'cursors' di skrin bergerak ke logo 'Google Chrome' . Jari-jemarinya segera menekan papan kekunci komputer mudah alih itu . Dia menaip perkataan 'facebook' . Aina pun menaip alamat e-mail dan kata laluan facebooknya di kotak yang disediakan . Beberapa saat sahaja laman sesawang itu terhasil .
Banyak mesej dari kawan-kawannya mengucapkan 'CUBA LAGI SPM NANTI' . Air matanya ingin sahaja jatuh ke bumi kerana menyesal . Akibat melayan cinta lelaki yang belum pasti dia teman kita ataupun tidak, Aina gagal . Dia sangat menyesal kerana tidak mendengar kata-kata ibunya supaya belajar dan tinggalkan benda-benda yang boleh melalaikan . Tiba-tiba matanya membaca satu artikal dari seseorang . Aina klik artikal tersebut dan membacanya dengan penuh khusyuk dan teliti . Aina memahami setiap perkataan yang diterangkan di dalam artikal itu .
Artikal itu bertajuk : SPM-BUKAN PENGAKHIRAN KEHIDUPAN
Jangan kecewa . Jangan salahkan Tuhan . Sesungguhnya setiap yang berlaku ada hikmahnya . Tinggal, sesiapa yang tidak memandang hikmah-Nya , dia akan rugi selama-lama . Ada orang, kecewa dengan keputusan SPM, terus malas belajar . Dia rugi .
Ada orang, kecewa dengan keputusan SPM, kelar tangan, bunuh diri . Dia rugi .
Itu orang yang tidak mahu memandang hikmah Allah S.W.T. Tetapi bagi mereka yang memandang hikmah-Nya, maka teguran daripada keputusan yang tak berapa elok ini, akan dilihat dan diambil secara positif . Dia ubah dirinya, menjadi lebih berdsiplin . Dia perbaiki dirinya, agar menjadi yang lebih kuat hubungannya dengan 'khaliq' iaitu Allah Taala .
Terus bertranformasi menjadi seorang manusia yang baru .Lantas, kehidupan selepas SPM itu, akan diharungi dengan kekuatan dan semangat yang baru .
SPM bukan pengakhiran kehidupan . Ada 1001 satu lagi jalan untuk berjaya, tanpa menggunakan SPM . Tinggal, SPM adalah pemudah cara . Namun, tidak berjaya di dalamnya , bukan bererti kita tidak berjaya di dalam kehidupan kita . Apatah lagi apabila kita sudah menjalani transformasi diri , insyaAllah kehidupan SPM itu akan menjadi lebih bermakna lagi, dan mudah dihadapi . Ada orang yang tidak cemerlang SPM, berubah ! Lantas di dalam kepalanya muncul buah fikiran bisnes persendirian . Berjaya ! Dia tidak rugi dalam kehidupannya .
Ada orang yang tidak mencapai sasarannya di dalam SPM, tidak dapat ambil kos idamannya, berubah ! Lantas di dalam kos yang terpaksa diambilnya, dia lakukan yang terbaik . Berjaya ! Dia tidak rugi dalam kehidupan .
Ada orang yang gagal dalam SPM, tidak dapat menyambung pengajian, berubah ! Dengan yakin tanpa segan , mengambil semula SPMnya . Berjaya ! Dia tidak rugi dalam kehidupannya .
Mereka ini adalah manusia-manusia yang memahami bahawa kehidupan itu lebih besar daripada sebuah SPM .
Tamat .
Kelopak mata Aina bergelingan dengan air mata . Tunggu beberapa minit sahaja kemungkinan air mata jernih itu akan turun membasahi pipinya .
" Ya Allah ! Terima kasih kerana Engkau menemukan aku dengan sebuah artikal ini . Terima kasih Ya Allah kerana Engkau memberi kesedaran kepada hamba ini, Ya Allah . Hamba yakin dengan ketentuan-Mu . Hamba yakin Engkau Maha Mengasihi hamba-hamba-Mu ini . Ya Allah , Engkau begitu adil . Engkau memberi semangat di dalam kehidupanku kini . Terima kasih Ya Allah !!! ". Doa Aina . Kepalanya mengadap ke langit . Air mata keinsafan yang cuba ditahan sejak dari tadi, akhirnya tewas dan jatuh membasahi pipinya .
P/S : Janganlah kita berputus asa setiap apa yang kita usahakan tidak terhasil . Allah itu Maha Mengetahui . Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya .
Bercintalah dengan ilmu . Abaikan cinta-cinta lagha dari kekasih hati yang belum halal bagi kita .
No comments:
Post a Comment