Saturday, 20 April 2013

Senyum Profesional vs Senyum Sunnah


Orang yang mempunyai perwatakan hebat dalam karier akan mudah tersenyum dan amat disenangi ketika berurusan dengannya . Sekiranya dia menjaga kaunter , pasti pelanggan akan berpuas hati .

Sekiranya dia menguruskan bahagian pemasaran , pasti jualan akan meningkat . Dia sangat disenangi di tempat kerja , bahkan rakan sepejabat menyedari sekiranya dia tidak hadir .

Malangnya apabila pulang ke rumah dan bersama isteri dan anak-anak , dia bertukar menjadi seperti seekor singa yang kelaparan . Tiada senyuman dan gurauan kerana letih . Isteri yang merindukan belaian suami menunggu kepulangannya untuk berkongsi cerita dan meluah rasa .

Anak-anak ternanti-nanti kepulangan ayah untuk bermain dan bergurau mesra . Hanya herdikan dan teriakan yang diperoleh daripada si ayah yang begitu manis senyumannya bersama pelanggan tadi . Itulah senyuman " profesional " . Senyuman yang bukan lahir daripada iman . Senyuman yang bukan benar-benar tulus untuk mendapat pahala sedekah yang dijanjikan oleh Rasulullah S.A.W. Senyuman profesional hanya untuk orang dan tujuan tertentu sahaja .

Senyuman sunnah tidak akan memilih bulu . Ia hadir daripada hati yang suci dan ikhlas dengan keimanan kepada janji junjungan kita Rasulullah S.A.W. Senyumlah ! Anda akan bahagia ! Pilihlah senyuman sunnah daripada senyuman profesional . Senyum itu sedekah yang paling mudah disisi Allah Taala tanpa kos sekalipun . Semuanya akan dibalas oleh Tuhan Yang Esa . InsyaAllah !

No comments:

Post a Comment