Ada
insan yang bertuah, tidak pernah ada kisah cinta yang tidak syarie. Orangnya
tidak pernah terlibat dengan dunia couple. Dia ialah insan yang terbaik
dan terus menjadi yang terbaik. InsyaAllah.
Ada
juga insan yang kurang bertuah. Awalnya tidak pernah bercintan-cintun. Baik
orangnya. Jaga pergaulan. Akan tetapi, sejak masuk ke dunia masyarakat yang
sebenar, mereka mula terdedah dengan pergaulan bebas sehingga tidak dapat
mengawal perasaan dan nafsu. Akhirnya, dia berjinak-jinak dengan dunia couple.
Nauzubillah.
Dan
ada juga insan yang sangat bertuah kerana memiliki petunjuk dari Allah SWT.
Sejak zaman sekolah rendah lagi sudah bermain dengan cinta. Kemudian bawa ke
sekolah menengah. Terus dengan mainan perasaan. Bila suka seseorang, mudah jatuh
hati dan couple. Tetapi, akhirnya dia kecewa dengan cinta. Dipermainkan.
Lalu mengambil langkah untuk meninggalkan dunia cinta manusia dan cuba kejar
cinta Allah. Dari seorang tidak baik kepada yang lebih baik.
Bila
kita jatuh, kita akan sakit. Sakit yang hanya sementara sahaja. Bila kita ubat
luka tu, maka perlahan-lahan luka itu akan sembuh.
Inilah
yang berlaku dalam sejarah hidup saya. Beberapa tahun yang lalu. Saya dikecewakan
dengan cinta. Sakit. Tapi alhamdulillah, saya ubat tempat yang saya sakit itu.
Perlahan-lahan ia hilang. Bila teringat akan rasa sakit tu, cepat-cepat saya
sapukan ubat, agar sakit itu pergi dari benak fikiran saya.
Bermacam-macam
ubat yang saya gunakan untuk hilangkan luka tu. Walaupun ia sudah disembuhkan,
kesannya masih ada untuk kita sentiasa positif dalam hidup.
Pertama,
saya guna ubat usrah. Waktu tu mula-mula kecewa cinta. Lalu saya ambil
ubat dengan usrah, saya dapat hilangkan rasa sakit tu. Saya ikut abah saya
pergi usrah. Caranya, kita jangan datang usrah dengan tangan kosong. Kita perlu
bawa pen dan buku kosong. Disertakan dengan Al-Quran dan bahan bacaan lain.
Sebagai contoh usrah yang saya ikuti bermanhajkan Al-Quran dan beberapa tafsir
antaranya ialah Tafsir Ibn Kathir, Tafsir Fi Zilalil Quran dan Tafsir Hamka.
Jadi
bila nak usrah, saya akan study dulu ayat-ayat Quran yang akan dibincangkan
dalam usrah nanti. Buat persediaan awal. Bila waktu usrah, apa yang dikongsikan
oleh ahli usrah, saya akan salin dalam
buku kosong yang kita bawa. Dan kadang-kadang saya pula memberi sedikit
perkongsian.
Oleh
sebab itu, dengan usrah, kepala saya ni tidak lagi memikirkan soal kekecewaan
tersebut. Tenang. Saya akan mula fikir untuk pengisian bagi usrah yang akan
datang pula.
Hingga
kini, saya gunakan cara ini untuk menenangkan fikiran daripada memikirkan soal
perkara yang tidak berfaedah. Bukan hanya pada masalah cinta je saya gunakan
ubat usrah ni, masalah lain yang menggangu ketenangan diri juga memerlukan ubat
ini. Usrah ni perlu diteruskan. Kerana ia medan tarbiah diri saya. Mengajar
saya macam-macam hal. Lebih-lebih lagi bila saya akan berhadapan dengan
masyarakat bila di Malaysia nanti.
Kedua,
saya menggunakan ubat penulisan. Selepas luka yang sakit itu sudah mula
semakin sembuh, maka saya mengambil langkah menulis. Menulis apa yang saya rasa
tak betul sewaktu couple dulu. Saya tulis cerpen tentang anak yang tidak
dengar kata mak ayahnya. Saya tulis berkaitan mencari cinta yang halal. Saya
menulis berkaitan akibat buruk bercinta sebelum nikah dan macam-macam lagi.
Saya mula bina rasa minat menulis dengan niat waktu tu untuk menghilangkan rasa
sakit tersebut.
Alhamdulillah,
hingga hari ini saya minat menulis. Insya-Allah kini niatnya kerana Allah SWT. Cumanya
penulisan saya tidak berapa cantik. Saya pun belum pernah masuk mana-mana
kursus penulisan. Mungkin bila ada rezeki nanti, saya nak masuk kursus
penulisan bagi menambahkan lagi skill dalam penulisan saya. Insya-Allah.
Seterusnya,
ubat ketiga yang saya gunakan ialah menyibukkan diri dengan perkara-perkara
yang berfaedah. Bila sakit sudah sembuh, lukanya itu pasti meninggalkan
kesannya. Namun demikian, kita kena terus merawatnya. Oleh itu, saya mula
libatkan diri dengan berpersatuan.
Saya
mula buat amal kebajikan. Bantu orang dari segenap aspek kemampuan yang saya
ada. Dan saya ni jenis yang suka dengar masalah orang dan cuba untuk beri
penyelesaian dari masalah tersebut. Jadi, nanti otak kita akan bergerak.
Berfikir untuk menyelesaikan masalah. Dari situ saya tidak akan fikir bab-bab
cinta tu semua melainkan masalah orang tentang cinta. Baru saya akan fikir bab
cinta. Tapi memikirkan jalan mengikut jalan yang betul, dengan menasihati agar
cari cinta lepas nikah, atau sebagainya mengikut kepada siapa dan situasi
kehidupannya.
Kadang-kadang
bila fikir, benda yang silam berlaku pada kita tu menjadi motivasi untuk kita
sendiri supaya kita bangun dari tidur dan terus bangkit mencari keredhaan Allah
SWT. Bahkan ia untuk orang lain juga. Biar kita yang rasa sakit bila kecewa,
asalkan bukan orang lain yang sakit. Dan setia perkara yang membawa kebaikan
pada orang ramai, kita kena teruskan. Kerana saya percaya, setiap perkara baik
yang kita lakukan, akan di balas oleh Allah SWT dengan ganjaran yang berlipat
kali ganda. Insya-Allah.
Ubat
yang keempat dan terakhir dalam penulisan ni ialah ubat dengan berusaha
mendapatkan keampunan dari Allah SWT. Ubat ini perlu dibuat setiap hari.
Setiap kali lepas solat 5 waktu, istighfar dan kenanglah dosa-dosa yang telah kita
lakukan. Timbulkan rasa benci dengan dosa yang kita dah buat. Kalau boleh
menangis, menangislah. Jangan pernah putus memohon ampun kepada Allah SWT. Kerana
kita kena yakin, Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang.
Kesimpulannya,
sebagai seorang insan yang patah hati, carilah ubat yang sesuai dengan diri
anda. Jangan sia-siakan hidup yang masih ada guna dan manfaatnya untuk Islam. Mungkin
empat ubat di atas ialah ubat yang saya pilih untuk merawat. Mungkin anda
berbeza ubatnya. Mengikut situasi anda. Oleh itu, carilah dan kalau boleh tinggalkan
perkara yang menggangu fikiran. Tak usah difikirkan. Lebih baik fikirkan
perkara yang lebih besar lagi sebagai contoh ‘ bagaimana kita nak kembalikan
sinar Islam di dunia dengan menggunakan tubuh badan kita ‘. Jadikan ia
persoalan setiap hari bila bangun. Itu lebih baik.
Moga
kita semua diberi kekuatan untuk menghadapi ujian-ujian hidup ini dan mendapat
keampunan dari Allah SWT. Insya-Allah. Amiin.
Wallahu ‘alam.
No comments:
Post a Comment