Sedang scroll di laman sosial Instagram, saya lihat satu
pengkhabaran tentang kesihatan pemimpin gerakan Islam di Mesir iaitu Dr M. Melihat
pengkhabaran tentang penyakitnya dan terpaksa membiayai sendiri sakitnya itu membuatkan saya teringat akan sikap sebahagian pihak atasan semasa saya
berada di tahanan polis Mesir beberapa bulan yang lalu.
Pertama ialah ada seorang warga tempatan Mesir di dalam lokap
yang sedang sakit. Mungkin kes gaduh bersenjata. Badan dan kepalanya berlumuran
darah.
Satu hari, dia dipanggil oleh seorang pegawai polis untuk dibawa keluar
dari lokap. Keluar je dia dari lokap tiba-tiba dia menjerit. Kami yang tengah
duduk dalam lokap terus bangun menuju ke tingkap kecil (tingkap berjaring
dan ada batang besi) yang ada di pintu besi lokap untuk tengok apa yang berlaku.
Hanya itu satu-satunya tempat untuk lihat suasana luar.
Rupanya dia dikasari oleh polis. Dihentak badannya yang sakit ke
dinding. Meraung kesakitan. Mungkin darahnya mengalir lagi.
Kemudian dia dibawa oleh polis dengan keadaan sakit dan menangis. Sedih melihat
dia. Sepatutnya pihak polis perlu jaga kesihatannya. Dia sedang sakit walaupun
dia buat jenayah. Tapi apakan daya, kebajikannya sebagai tahanan diabaikan.
Kemudian kedua, selang beberapa hari,
ada satu lagi perkara yang berlaku selepas kejadian di atas. Seorang
warga Nigeria tiba-tiba sesak nafas dalam lokap. Seorang kawan arab dalam lokap
kami tu pergi ke tingkap kecil untuk panggil polis agar cepat menghubungi pihak
hospital. Namun tiada yang menyahut.
Berkali-kali jerit panggil polis. Lama juga panggil polis dan akhirnya
barulah polis datang lalu membawa lelaki Nigeria tu ke hospital. Allahu Akbar.
Adakah mereka mahu sampai mati baru nak bawa ke hospital? Sedangkan polis lalu lalang.
Tapi hanya buat tak tau saja. Astaghfirullah. Mana sifat murni sebagai seorang Islam? Istighfar
panjang kami.
Bila teringat dua perkara ini, ia seakan sama dengan apa yang berlaku pada Dr M. Itulah
realitinya. Tiada akhlak Islam. Apatah lagi sistem Islam. Sistem Islam wallahu 'alam ada atau tidak dalam sesebuah organisasi negara. Sebagai penjawat awam atau lebih khusus lagi umat Islam tidak sepatutnya mereka
boleh berkasar dan menafikan kebajikan buat tahanan. Khusunya warga negara
mereka sendiri. Lebih-lebih lagi bagi tahanan seperti Dr M. Jadi
tak pelik kalau polis atau tentera di negara Firaun ini bersikap demikian. Kerana pemerintahnya bukan Nabi Musa a.s.
Moga Dr M diberi kesembuhan dan terus kuat menghadapi ujian Allah ini.
Kerana ujian ini adalah untuk meningkatkan darjat seseorang hamba yang dicintai
Allah SWT.
Teringat juga perkara yang
berlaku beberapa bulan yang lalu. Ia juga berlaku pada mantan Mursyidul Am gerakan
Islam di Mesir yang syahid di dalam penjara pada tahun ini kerana sakit. Sakit
yang tidak dapat rawatan dari pihak atasan.
Beliau syahid pada hari yang sama saya keluar dari lokap. Akan tetapi,
beliau keluar penjara dalam keadaan roh terpisah dari jasad. Ramai yang sedih
kerana hilang satu permata buat gerakan Islam di Mesir. Walau beliau sudah
tiada di muka bumi akan tetapi semangat perjuangan beliau tetap hidup dalam
diri umat Islam hari ini. SubhanaAllah. Semoga rohnya bersama orang yang
beriman dan beramal soleh.
Jadi, apa yang nak saya tekankan ialah kebajikan buat tahanan. Sepertimana
zaman Rasulullah SAW, sewaktu orang kafir Mekah menjadi tahanan orang Islam selepas
dari perang Badr. Mereka diberi kebajikan oleh Rasulullah SAW.
Ketika sahabat Rasulullah saw memberikan roti kepada orang kafir Mekah
di dalam bilik tahanan untuk makan dan pada masa yang sama sahabat hanya makan
kurma sahaja ( waktu tu makan roti lebih untung daripada makan kurma ).
Lalu orang kafir Mekah bertanya.
" Kami diberi roti sedangkan kalian (sahabat) hanya
makan kurma? ".
Kata sahabat
Rasulullah SAW.
" Ini merupakan perintah dari Rasulullah SAW "
Kemudian
balas orang kafir Mekah.
" Perintah Rasulullah ini menunjukkan bahawa ia
merupakan manusia yang paling baik. Bahkan tidak memerintah untuk mendahulukan
diri kalian "
Menunjukkan Islam itu indah. Hatta sebagai tahanan juga, kebajikan
perlu dijaga. Makan minum dijaga. Kesihatan dan semuanya. Malah melebihkan diri
seseorang tahanan berbanding diri sendiri walau tahanan itu musuh bagi Islam.
Itulah akhlak Rasulullah SAW. Akhlak Islam. Dengan akhlak yang baik, keras
menjadi lembut. Batu menjadi permata. Buruk menjadi cantik dan
perumpaan-perumpaan lainnya.
Akhirnya, marilah kita doakan agar Islam tertegak di muka bumi ini.
Tegakkan syariat Allah SWT di dunia. Bergerak bantu agama Allah SWT dengan apa
jua cara yang memberi manfaat pada umat Islam. Kembalikan syariat Islam. Moga kita tersenarai dalam
senarai hamba Allah yang mendapat keredhaan dan pertolongan dari Allah SWT. Amiin. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment