Friday, 24 April 2020

Solat & Infak : Antara Tanda Syukur Pada Allah


Firman Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat ke 31 :

قُل لِّعِبَادِیَ ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ یُقِیمُوا۟ ٱلصَّلَوٰةَ وَیُنفِقُوا۟ مِمَّا رَزَقۡنَـٰهُمۡ سِرࣰّا وَعَلَانِیَةࣰ مِّن قَبۡلِ أَن یَأۡتِیَ یَوۡمࣱ لَّا بَیۡعࣱ فِیهِ وَلَا خِلَـٰلٌ

Maksudnya : Katakanlah kepada hamba-hambaKu yang beriman hendaklah mereka mendirikan sembahyang dan mendermakan dari apa yang kami kurniakan kepada mereka, sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terbuka; sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan).

Di dalam Tafsir Fi Zilalil Quran karangan as-Syahid Syeikh Syed Qutb, seorang ahli bahasa, cendekiawan, pemikir dan juga seseorang yang diiktiraf sebagai ulama' kerana ramai para alim ulama' yang mengambil dan menaqalkan kalamnya dalam kitab-kitab karangan mereka, termasuk juga dalam silibus-silibus kitab Al-Azhar sendiri.

Jadi apa katanya dalam Tafsir Fi Zilalil Quran ayat 31 Surah Ibrahim ni?

Pertamanya ialah kita kena bersyukur kepada Allah SWT. Tanda syukur kita pada Allah SWT dalam ayat ni adalah dengan menunaikan solat kerana solat merupakan pernyataan syukur pada Allah paling istimewa.

Dan kedua tanda syukur kita pada Allah Taala ialah menginfakkan rezeki yang dikurniakan Allah kepada kita samada secara sembunyi atau terang-terangan.

Pemberian secara bersembunyi ini ialah bertujuan untuk memelihara kehormatan pihak penerima dan dapat mengawal keangkuhan pihak yang memberi. Supaya apa? Supaya pihak yang memberi itu tidak bermegah-megah atau berbangga dengan hasil pemberiannya.

Manakala perlu juga untuk infak secara terang-terangan. Bertujuan untuk mengisytiharkan kepatuhan dan ketaatan menunaikan kewajipan. Dan untuk menjadi contoh tauladan kepada masyarakat.

Ala kulli halnya, kedua-dua Cara infak ini bergantung kepada hati kita. Niat kita kepada Allah Taala.

Dalam kitab Hadis Arbain Nawawi, hadis yang pertama ada mengatakan :

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى . فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Dengan maksud :

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

Oleh itu, teruslah menjadi hamba Allah yang sentiasa mensyukuri nikmat-Nya walau dalam apa jua keadaan seaklipun. Samada susah mahupun senang. Lapang mahupun sempit.

Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang yang dijamin syurga Allah Taala atas asbab syukurnya kita pada pemberian dan nikmat Allah SWT. InsyaAllah.

Wallahu 'alam.

Catatan Selepas Terawih
24 April 2020
Kaherah, Mesir

No comments:

Post a Comment