Apa yang dimaksudkan dengan spring? Baik. Spring yang saya maksudkan
ialah spring lantunan. Yang mana ia mempunyai sifat apabila ditekan semakin
mantap dan apabila dilepaskan akan melantun jauh. Seperti inner spring pada tilam.
Itulah realiti mahasiswa Islam pada hari ini.
Sewaktu sekolah diberi didikan dan tarbiah yang cukup baik dari kedua
ibubapa dan para guru. Mereka bagai spring yang sedang ditekan. Sedang mantap.
Mereka didedahkan dengan konsep ikhtilat tidak syarie iaitu pergaulan
antara lelaki dan perempuan yang tidak mengikut syariat Allah Swt. Samada didedah secara
sesar ataupun tidak.
Waktu pembelajaran di sekolah, lelaki dan perempuan kena duduk secara asing ataupun kelas asing. Waktu makan, mereka tidak makan satu meja. Waktu bersukan,
mereka juga tidak bersama. Sukan secara asing. Semua ada batasnya.
Inilah pembelajaran diri yang kita tidak sedar dengan kewujudannya.
Tanpa sedar kita ditarbiah dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 5 hatta
tingkatan 6.
Akan tetapi, sebahagian mahasiswa Islam pada hari ni apabila keluar
sahaja dari pantauan keluarga dan para guru dan melanjutkan pelajaran ke luar
negara, semua didikan dan tarbiah yang mereka lalui itu hilang.
Spring yang ditekan dizaman sekolah kemudian dilepaskan (habis sekolah)
terus melantun jauh. Tiada kesan didikan yang terpahat di dalam diri. Semuanya dilanggar.
Situasi berubah. Tak macam waktu sekolah. Sekarang bila
belajar, satu meja. Duduk bersama-sama. Bila makan, satu meja dan
sebelah-sebelah antara ikhwah dan akhawat. Gelak ketawa. Bila bersukan,
campur ikhwah dan akhawat. Aurat entah kemana.
Jauh. Sangat
jauh spring itu melantun pergi.
Rupanya, spring yang ditekan itu hanyalah tekanan di sekolah. Tekanan
kerana terpaksa. Sebab takut. Contoh bila couple je. Kena denda. Takut dengan
denda sekolah. Tidak takut dengan dosa dan azab Allah Swt.
Sedangkan dalam Islam ada batas pergaulannya antara lelaki dan
perempuan. Islam itu tidak keras. Islam itu membenarkan untuk bergaul. Tapi
ada batas dan syaratnya. Perlu jaga pandangan.
Firman Allah
Swt dalam Surah An-Nur ayat ke-30 :
قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ
أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَزْكَىٰ لَهُمْ ۗ إِنَّ
اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ
Maksudnya : Katakanlah (wahai Muhammad) kepada
orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka
(daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang
demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam
PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.
Dan antara
perkara yang diharuskan untuk bergaul ialah :
1. Pergaulan
lelaki dan perempuan dalam keadaan darurat.
2. Pergaulan
lelaki dan perempuan bila memerlukan (muamalah, semasa bekerja, dalam kenderaan
awam)
Dan hari ini, pihak JAKSI, Perubatan telah mengadakan satu kempen
ikhtilat dengan kerjasama HISBAH, Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN).
Oleh sebab itu, saya sebagai seorang mahasiswa Islam menyokong penuh
100% kempen ikhtilat yang dianjurkan oleh pihak JAKSI, perubatan dengan
kerjasama pihak HISBAH, BKAN ini. Moga-moga dengan usaha kecil ini mendekatkan
diri kita kepada Allah Swt dan mendapat ganjaran pahala dari-Nya untuk bekalan
kita diakhirat kelak.
Firman Allah
Swt dalam Surah Ali Imran :
وَلْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ
إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ ۚ
وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ
Maksudnya : Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak
yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh
berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah
(buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang
berjaya.
#JauhiIkhtilatHaram
#MINDYOURGAP
No comments:
Post a Comment