Rabi'ul Awal merupakan bulan yang menjadi kegembiraan umat Islam. Bulan
ketiga dalam kalendar hijrah. Bulan kelahiran baginda agung dan kekasih Allah
SWT iaitu Nabi Muhammad, Rasulullah SAW.
Alhamdulillah, pelbagai program yang dilakukan oleh umat Islam untuk mengingati baginda Rasulullah SAW. Berqasidah dan berselawat kepada junjungan besar kita, Rasulullah SAW. Usaha yang cukup baik untuk mengajak umat manusia ingat akan baginda, kekasih agung.
Alhamdulillah, pelbagai program yang dilakukan oleh umat Islam untuk mengingati baginda Rasulullah SAW. Berqasidah dan berselawat kepada junjungan besar kita, Rasulullah SAW. Usaha yang cukup baik untuk mengajak umat manusia ingat akan baginda, kekasih agung.
Akan tetapi, adakah kita mengingati baginda Rasulullah SAW hanya dengan
selawat dan qasidah sahaja? Tanpa melihat pengorbanan, kesusahan, kesulitan dan
semua gerak kerja Rasulullah untuk menegakkan agama Allah Swt ini? Cukupkah
bukti yang kita tunjukkan itu sebagai bukti cinta kita kepada nabi SAW?
“ Aku cinta Rasulullah SAW “
Kebanyakkan orang, lafaz cinta yang diungkapkan itu hanya ungkapan
semata-mata di mulut-mulut mereka. Tapi bila diajak untuk membantu masyarakat
di luar sana, bermacam alasan yang diberi. Bila diajak membantu gerakan Islam,
mengambil langkah berdiam diri dan buat hal sendiri. Tidak peduli akan negara
yang sedang sakit dengan rasuah, arak, penipuan, penindasan, kezaliman yang
berlaku di bumi Malaysia. Kerana apa? Kerana takut tidak dapat gaji. Takut
hilang projek. Takut tak dapat masuk TV. Jualan nanti takda sale sebab ikut
sekian-sekian dan sebagainya.
Inilah yang menjadi tanda tanya kepada kita supaya kita berfikir, buka
mata, dan muhasabah diri. “ Apakah aku cinta akan Rasulullah? “.
Renung dan lihat, bagaimana kesusahan yang Rasulullah lakukan dalam
memperjuangkan agama Allah SWT ini.
Tidak cukup kita memuji baginda Rasulullah dengan berqasidah sahaja, akan
tetapi kita tak rasa sepertimana baginda rasa. Tidak rasa bagaimana baginda
berjuang menegakkan agama Allah SWT ini.
Bukanlah coretan ini menunjukkan
tanda tidak suka akan qasidah, akan tetapi kita sebagai umat Islam perlu tambah
amalan kita dengan melakukan gerak kerja Islam sepertimana baginda lakukan.
Sampaikan dakwah kepada umat manusia. Turun ke masyarakat. Lakukan amal kebajikan.
Hidup berjemaah. Sumbangkan apa yang kita ada dalam kehidupan kita. Dari
sekecil-kecil sumbangan hingga sebesar-besar yang kita mampu.
Ada tenaga, bantu dengan tenaga. Ada harta, bantu dengan harta. Ada
tenaga dan harta, bantu dengan tenaga dan harta. Ada masa, bantu dengan masa
yang ada.
Infaqkan diri kita kepada Islam. Menjiwai dan merasai pengorbanan
baginda dalam menegakkan agama Allah Swt ini dari segala aspek kehidupan kita. Barulah
kita benar-benar cinta akan baginda Rasulullah SAW dengan merasai apa yang
baginda lakukan.
Moga-moga dengan apa yang kita lakukan itu membuatkan cinta kita semakin
bertambah dan ia menjadi bukti cinta serta kasih kita kepada kekasih Allah, Nabi
Muhammad SAW.
اللهم صلى على محمد وعلى اله وصحبه وسلم
Wallahu
'alam.