" Saidah.....Saidah...tolong mak kat dapur, nak ". Puan Salmah memanggil anaknya untuk membantu di dapur .
" Ya mak !! Sekejap lagi Idah datang !! ", jerit Saidah . Tiada sedikit pun sikap sopan santunnya terhadap ibunya . Lima minit kemudian . Saidah pun datang ke dapur .
" Mak nak Idah tolong apa ?? Idah banyak kerja nak buat ni ! ". Tangannya sibuk menekan skrin telefon bimbit mudah alihnya itu .
" Mak nak minta tolong Idah basuhkan pinggan yang kotor dalam sink tu ". Lembut kata-kata Puan Salmah . Jarinya menunding ke arah sink .
Idah segera mencapai pinggan yang berada di hujung sink itu dengan hati yang terpaksa .Tiba-tiba...............
PRAAANGGGG !!!!
Pinggan yang dicapai oleh Saidah itu jatuh ke lantai dan pecah . Tangan kanannya luka akibat terkena serpihan kaca yang berderai di lantai itu . Mendengar sahaja bunyi kaca pecah di lantai . Puan Salmah bergegas menuju ke tempat anaknya .
" Ya Allah !! ", jerit Puan Salmah .
" Macam mana boleh jadi macam ni ?? Maafkan mak, ya nak " . Puan Salmah merasa serba salah kerana menyuruh anaknya membasuh pinggan itu .
" Mak ni !! Macam mana letak pinggan ni !! Tengok tangan Idah dah luka !! ", tengking Saidah lalu pergi meninggalkan ibunya sendirian .
Air mata Puan Salmah bergenangan di kelopak matanya . Lima saat sahaja . Air mata yang ditahannya jatuh membasahi pipinya . Hatinya kecewa dan sedih melihat kelakuan Saidah terhadapnya .
DUA TAHUN KEMUDIAN
" Ya Allah !! Mak !!! ", jerit Fakhrur . Dia kaget melihat ibunya terbaring di lantai rumah .
" Uhuk !!! Uhuk !!! ". Kuat bunyi batuk Puan Aishah . Dia menahan kesakitan yang teramat sangat sehingga dia terjatuh ke bumi .
" Idah !!! Tolong abang angkat mak ni cepat !! . Fakhrur memangil isterinya .
Saidah yang baru sahaja pulang dari tempat kerja bersama suaminya, bergegas pergi ke tempat suaminya itu . Matanya tidak berkelip melihat keadaan ibu mertuanya yang terbaring di lantai . Tanpa melengahkan masa , Saidah membantu suaminya memapah ibu mertuanya menuju ke kereta . Mereka berdua memasukkan Puan Aishah ke dalam kereta .
Sesudah sahaja menyandarkan badan Puan Aishah di kerusi kereta Fakhrur dan isterinya masuk ke dalam perut kereta tersebut . Fakhrur menyeluk poket seluarnya untuk mengambil kunci keretanya lalu memasukkan anak kunci itu ke dalam tempat penghidup enjin . Beberapa saat sahaja, keretanya dihidupkan . Fakhrur lekas memasukkan gear undur untuk mengeluarkan keretanya dari garaj keretanya . Tidak lama kemudian, mereka bertiga meninggalkan rumah menuju ke hospital .
Setibanya mereka di hospital . Jururawat-jururawat yang ada di situ membantu Saidah dan Fakhrur memapah Puan Aishah menuju ke ruang kecemasan . Jururawat memberi isyarat kepada Fakhrur dan Saidah supaya tidak memasuki dalam bilik tersebut . Mereka berdua akur dan paham .
Sepuluh minit berlalu , barulah Saidah dan Fakhrur duduk di kerusi menunggu . Hati dan jiwa Fakhrur tidak tenang melihat keadaan ibunya itu . Fakhrur pun mengambil keputusan untuk ke surau menunaikan solat hajat dua rakaat . Sebelum itu , Fakhrur memberitahu isterinya , Saidah , untuk ke surau .
" Abang ke surau sebentar ya sayang.. ".
" Baiklah " . kata Saidah dengan lembut . Pahamlah Saidah apa yang suaminya ingin lakukan .
" Sayang tidak mahu ikut abang sekali ? " , tanya Fakhrur .
" Tidak apalah , bang . Sayang tak boleh solat " , jawab Saidah .
" Okeylah kalau macam tu . Nanti kalau doktor sudah keluar , beritahu abang ea ? ", pesan Fakhrur kepada isteri tercintanya . Kemudian pergi meninggalkan isterinya sendirian .
Saidah melihat perlakuan suaminya yang begitu berbakti pada seorang insan yang bergelar ' ibu ' . Saidah terkenang kembali saat dia bersikap kurang ajar dengan ibunya sendiri sehingga menyebabkan air mata seorang ibu jatuh ke bumi hanya kerana ibunya meletakkan pinggan di tempat yang salah .
Air mata keinsafan mengalir secara tiba-tiba ke pipinya . Setitik demi setitk air mata itu jatuh ke lantai . Tiba-tiba bahunya disentuh oleh seseorang . Saidah menoleh ke tangan orang tersebut dan melihat wajah orang yang menyentuhnya . Rupa-rupanya...................
" Emak !!! ", jerit Saidah sambil memeluk erat tubuh Puan Salmah itu . Dia menangis teresak-esak kerana teringat sikapnya dahulu . Tangisan keinsafannya begitu kelihatan di mata orang yang melihatnya .
" Mak...maafkan Idah sebab Idah pernah menyakitkan hati mak . Maafkan Idah , mak ! " . Saidah tidak melepaskan tubuh Puan Salmah itu lagi .
" Sudahlah sayang.. Mak dah maafkan . Jangan menangis lagi . Tak cantik muka anak mak bila menangis ". Puan Salmah berseloroh dengan anaknya .
Saidah pun melepaskan pelukannya itu . Matanya memandang suaminya . Fakhrur sejak dari tadi berada di belakang ibu mertuanya , Puan Salmah , sambil melihat gelagat isterinya . Saidah pun segera mencapai tangan suaminya lalu dikucupnya dan meminta maaf sebab tidak pernah cerita tentang sikapnya terhadap ibunya itu dahulu . Fakhrur hanya mendiamkan diri dan dia pun mencium dahi isterinya .
" Sudahlah sayang . Benda dah lepas jadikan iktibar dalam kehidupan kita " .
Sambung Fakhrur lagi . " Abang ada sesuatu nak cakap dengan sayang " .
" Apa dia bang ? ". Air mata yang berbaki dikesat dengan lengan bajunya .
" Mardhotillah adalah sesuatu diharapkan sekalian hamba Allah yang berfirman . Setiap amalan yang dilakukan hendaklah dengan niat untuk mendapat keredhaan Allah . Salah satu jalan meraih redha Allah adalah dengan mencari keredhaan ibu dan bapa kita . Mencari keredhaan ibu bapa seperti perkara kecil bagi muda-mudi Islam kini . Ada yang tidak menjaga adab . Ada yang menganggap ibu bapa seperti rakan sebaya malah ada membentak dan menderhaka kepada kedua insan yang besusah payah membesarkan kita . Mengundang kemarahan ibu bapa sama seperti dengan mengundang kemarahan dan kemurkaan Allah S.W.T. Begitu juga sebaliknya . Rasulullah S.A.W. bersabda ' Sesiapa yang memancing kemarahan ibu bapanya bererti dia memancing kemurkaan Allah dan sesiapa yang menyukakan ibu bapanya bererti dia membuat Allah redha kepadanya ' ( Riwayat Baihaqi ) ". kata Fakhrur .
" Fikirlah sejenak wahai isteriku . Ada benarnya pepatah mengatakan seorang ibu dan bapa boleh menjaga sepuluh orang anak dalam suatu masa tapi sepuluh anak belum pasti boleh menjaga ibu dan bapa . Itulah hakikat pahit yang perlu ditelan . Lihatlah wajah mereka . Curahkanlah segala kasih sayang buat mereka . Sesungguhnya mengasihi mereka membuahkan kemaafan dan keampunan dari Allah terhadap dosa kita . Ketika Abu Musa dan Abu Amir sampai ke Madinah dan berbai'ah kepada Rasulullah , maka baginda bertanyakan keadaan isteri mereka ketika ditinggalkan . Mereka menjawab ' Isteri saya tinggal bersama kedua orang tuanya dan berbakti kepadanya ' Rasulullah berkata ' Dosa-dosanya telah diampunkan oleh Allah S.W.T. ' Mereka bertanya kepada Rasulullah . ' Kenapa Ya Rasulullah ? ' Baginda menjawab ' Kerana dia berbakti kepada orang tuanya ' . " Sambung Fakhrur lagi .
Saidah menangis di bahu suaminya . Dia begitu menyesal terhadap sikapnya yang kurang ajar dengan ibunya . Jiwanya tersentuh dengan ungkapan kata-kata suaminya itu .
Tiba-tiba pintu bilik kecemasan terbuka . Fakhrur , Saidah dan Puan Salmah berpaling ke pintu tersebut . Mereka bertiga tersenyum melihat Puan Aishah di pintu itu . Ternyata Puan Aishah hanya demam panas sahaja . Puan Salmah datang ke hospital itu kerana menantunya , Fakhrur , yang menelefonnya . Tapi . Alhamdulillah ! Ada hikmahnya .
P/S : Hargailah ibu bapa kita selagi mereka masih ada . Selagi mereka menghirup udara Allah Taala . Selagi mereka masih disisi , itu adalah anugerah Allah dan wajiblah kita menjaga sebaik mungkin . Tanpa ibu bapa siapalah kita . Ucapkanlah kata sayang , tautkanlah bibit cinta dan rantaikanlah dengan rantaian kasih bersama mereka . Moga redha Allah bersama kita kerana redhanya ibu bapa terhadap kita . InsyaAllah ! .