Tuesday, 26 March 2013

Engkaulah Tempat Mengadu , Ya Allah

Ya Allah ,
Sebesar mana imanku pada-Mu ,
Sebesar mana jihadku pada-Mu ,
Sebesar mana dosaku pada-Mu ,
Sebesar mana penderhakaanku pada-Mu ,
Aku hanya mampu berserah kepada-Mu ,
Engkaulah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang .

Ya Allah ,
Ampunkanlah dosa-dosaku ,
Dosa-dosaku yang lepas dan yang akan datang ,
Aku ikhlas menerima balasan dari-Mu ,
Aku juga ingin petunjuk hidayah dari-Mu untukku .

Ya Allah ,
Aku ini hamba-Mu yang jahil ,
Aku ini hamba-Mu yang lemah ,
Aku ini hamba-Mu yang kejam ,
Adakah aku ini layak ke syurga-Mu ,
Namun aku tak sanggup tuk ke neraka-Mu ,
Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui isi hatiku .

Sunday, 24 March 2013

Perancangan Allah Lebih Dari Segala Rancangan Makhluk-Nya

" Kenapa ? Kenapa dia sanggup buat aku macam ni ? Kenapa dia kecewakan aku ? Kenapa dia tinggalkan aku ? Kenapa ? Kenapa ? Kenapa ??? " jerit Fadhil serta diikuti dengan alunan esakan tangisan air mata . Air mata yang jernih itu jatuh membasahi pipi Fadhil . Kadang-kadang diselangi oleh sedu-sedannya . Sungguh dalam cintanya kepada seorang wanita yang diberi nama Ain Natasya .

Ain Natasya atau lebih dikenali sebagai teman wanita Fadhil sejak dua tahun yang lalu telah memutuskan hubungannya dengan Fadhil atas alasan mereka tidak secocok . Fadhil tidak dapat menerima kenyataan tersebut sebab dia dan Ain Natasya sudah berjanji tidak akan berpisah melainkan kematian . Tapi mereka tidak sedar yang Allah itu Maha Merancang sesuatu . Itulah akibat bila seseorang melakukan maksiat 'bercouple' , hatinya akan gelap dan mereka akan jauh dari Maha Pencipta iaitu Allah Taala .

Fadhil menangis teresak-esak sehingga matanya bengkak kerana terlalu setia kepada bekas teman wanitanya . Fadhil tidak akan menyerah . Setiap hari dia tidak akan berhenti menelefon bekas kekasihnya , Ain Natasya itu . Berpuluh-puluh kali Fadhil cuba mendail nombor ' Sayangku Tasya' ditelefonnya . Tapi malangnya , Ain Natasya tidak menjawab dan membalas panggilannya . Akhirnya Fadhil berputus asa atas usahanya call dan SMS si dia itu .

DUA BULAN KEMUDIAN..................

    Didikan rakan-rakan yang rapat dengan Fadhil telah memberi banyak dorongan dan bimbingan kepadanya untuk merelakan cintanya , Ain Natasya itu memutuskan hubungannya . Dia pasrah dan redha dengan ketentuan Ilahi . " Ada hikmahnya Allah memutuskan hubungan aku dengan wanita seperti itu dalam hubungan yang terlarang " . Dia menenangkan hatinya dengan zikrullah .

Menurut firman Allah Taala maksudnya " Janganlah kamu menghampiri zina kerna sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk ".

    Semenjak Fadhil bertemu dengan ayat dari kitab suci Al-Quran itu . Dia merasa tenang selepas membaca ayat itu dan memusabah diri dari kesilapan yang lalu .Ditambah lagi dengan nasihat-nasihat atau pandangan abang dan kakak senior di laman web facebook .

        Kamil : Enta jangan bersedih wahai sahabatku.......ramai lagi wanita di dunia ni yang lebih baik dari dia tu...bila enta dah keluar sekolah nanti ada je orang yang syok dekat enta . Tapi enta kena siapkan diri enta dulu menjadi lelaki yang berwibawa serta soleh..lupakan cinta sebelum nikah..itu adalah jalan-jalan zina ...

Khadeejah : Betul kata abang Kamil tu . Enta siapkan diri menjadi lelaki yang soleh . Firman Allah Taala ada menyebut dalam surah An-Nur maksudnya " Lelaki yang baik untuk wanita yang baik , maka lelaki yang jahat untuk wanita yang jahat ". Bunga bukan sekuntum wahai adikku .

Aliah Comel : Betul-betul.....cintakan Allah dan Rasul-Nya tidak mengecewakan berbanding cinta manusia yang mengecewakan..tambah-tambah lagi cinta yang menuju ke jalan zina . Nauzubillah !

   Banyak kata-kata semangat yang diperolehi Fadhil hasil daripada laman sesawang itu . Dia bersyukur kepada Allah Taala kerana menyelamatkan dirinya daripada dosa maksiatnya selama ini . Dia teringat kata-kata ustaznya di zaman sekolah dulu .

   " Kamu semua jangan sesekali hendak bercinta-cintun zaman sekolah ni . Itu semua jalan-jalan zina . Awalnya berkenal-kenalan . Lepas tu SMS dan call . Lepas tu ajak keluar dating . Mulalah berpegang tangan . Dan !!!!! Lepas berpegang tanganlah terjadinya penzinaan !! " tegas kata-kata Ustaz Ahmad mengingatkan anak muridnya .

" Assalammualaikum !!! ". Farhan memeranjatkan Fadhil yang sedang mengelamun itu . Dia tertawa kecil melihat rakannya mengelamun .

" Waalaikummussalam.....", ucap Fadhil dengan nada suara yang perlahan . Farhan hairan dan pelik sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal itu . Dia takjub melihat rakannya yang tiba-tiba tiada mood .

" Enta ada masalah ke ? Kalau ada kongsilah dengan ana . Mana tau ana boleh tolong sikit-sikit ". Farhan menawarkan dirinya sebagai pendengar luahan hati sahabatnya itu .

" Ana teringat kata-kata Ustaz Ahmad dulu . Dia dah ingatkan kita tentang dosa ' couple' tapi ana tetap buat tak endah je dengan  kata-kata dia tu...". Fadhil meluahkan apa yang dilamunkan tadi kepada Farhan .

" Allah masih sayangkan ana kan akhi ? Takdir memutuskan hubungan maksiat ana dengan si dia tu supaya ana tidak membeli tiket-tiket ke neraka Allah Taala . Allah masih lagi beri peluang pada ana untuk bertaubat . Ana bersyukur sangat .Syukran Ya Allah ! ". sambung Fadhil lagi .

Moral dari kisah diatas :

1. Allah itu Maha perancang segalanya.
2. Jangan melakukan maksiat walaupun hanya maksiat hati .
3. Jangan terlalu sayang kepada manusia kerna boleh mengakibatkan tekanan jiwa .
4. Jangan buat tak tau atas apa yang ditegaskan oleh guru .
5. Sayanglah Allah dan Rasul-Nya sepenuh hati melebihi segalanya-galanya .
6. Jika inginkan wanita/lelaki yang baik, soleh dan solehah kan diri dahulu .

Saturday, 9 March 2013

Sahabatku....

Sahabat,
Dirimu bagaikan air dalam kehidupan,
Sentiasa diperlukan setiap insan,
Tanpa dirimu sekalian,
Ku hanyut dihempap sampan .

Sahabat,
Bimbinglah aku ke jalan Ilahi,
Pandulah aku dengan utusan Nabi,
Semoga aku sentiasa menginsafi diri.

Sahabat,
Tika aku keseorangan,
Kaulah penyeri kehidupan,
Kaulah tempat bimbingan,
Kaulah tempat dorongan,
Kaulah tempatku meluahkan perasaan .

Sahabat,
Jika teguranku membuatkanmu terluka hati,
Janganlah kau dendam sehinggaku mati,
Cubalah untuk mendekatkan diri,
Untuk merapatkan silaturrahim lagi.


Sahabat,
Diriku penuh dengan kekecewaan,
Janganlah kau tambahkan lagi kekecewaan ini,
Aku lemah untuk menghadapi,
Tetapi, Allah adalah Rabbi,
Ku sanggup tempuhi kekecewaan ini,
Dengan semangat bergelagaknya gunung berapi .

Sahabat,
Jika aku lalai dalam memperhambakan-Nya,
Ingatkanlah aku dengan teguran,
InsyaAllah,
Aku dan kau dalam keredhaan-Nya .

Sahabat,
Kita hanyalah manusia biasa,
Kita sentiasa membuat dosa,
Kita bukanlah maksum seperti Nabi-Nya,
Maafkan aku bagi setiap kesilapanku .

Hanya Kerana Seorang Wanita

September 2010 . Satu permusuhan telah menimpa keatas Arif dan rakannya , Iwan . Mereka mula bermusuhan diantara satu sama lain .

Dulu, sebelum permusuhan pada September 2010, Arif dan Iwan adalah sahabat karib sejak dari mula-mula masuk ke tingkatan satu pada tahun 2008 dan kini mereka adalah musuh yang ketat .

" Wan! Maafkan aku....aku tak bermaksud nak rampas dia dari kau.., " kata Arif . Cuba untuk merapatkan hubungan silaturrahim antara dia dan Iwan .

" Lantak kau lah !! Pergilah kau sana !! ," herdik Iwan dengan muka penuh kebencian .

" Iwan !! Please ! Maafkan aku.... , " ulang Arif lagi .

Iwan hanya berdiam diri dan pergi meninggalkan kawannya, Arif .

Mereka bermusuhan selama 2 tahun . Terlalu lama mereka bermusuhan .

Tiba saat mereka ingin menjalani peperiksaan SPM . Iwan pun berjumpa dengan Arif sambil menghulurkan tangannya kepada Arif .

" Arif....semoga berjaya . Maafkan aku selama 2 tahun kita bermusuhan, " kata Iwan lalu pergi dalam keadaan bersalah .

Arif hanya tersenyum dan berdiam diri sahaja . Dalam hatinya Arif, dia berkata .

" Aku sudah maafkan kau , wahai sahabatku..."

" Arif ! Baguslah kau dah berbaik dengan Iwan tu...sejuk hati aku tengok.., " Naim tiba-tiba memeranjatkan Arif dari belakang . 

" Alhamdulillah ! Allah buka hati dia untuk memaafkan aku.., " Arif mengucapkan hamdallah kerana dia dan Iwan sudah berbaik . Naim pun turut mengucapkan hamdallah .

Arif sambung lagi . " Hanya kerana seorang wanita dan hanya kerana cinta sebelum nikah..aku dan Iwan menjadi rosak dan dipenuhi dengan dosa . Astagfirullah !, " Arif bermuhasabah diri .

P/S : Kejarlah cinta Allah dan Rasul-Nya dengan sebenar-benar cinta . Apabila ilmu agama dalam diri hadir, barulah kita hadirkan seorang teman hidup yang bergelar isteri dengan cara yang mengikut syariat Islam bukan dengan cara yang bertentangan seperti couple . 

Dan rapatkanlah hubungan silaturrahim sesama Islam . Janganlah kita bermusuhan . Ia akan menambahkan dosa dan menempah tiket untuk kita ke neraka Allah S.W.T.

Saturday, 2 March 2013

Iman Para Sahabat

Cintakan Allah dan Rasul lebih dari segala-galanya.

Saidina Umar R.A. pernah ditanya oleh Rasulullah S.A.W. soal imannya kepada Allah dan RasulNya..

" Wahai Umar , adakah kamu cintakan Allah dan aku ( Rasulullah ) lebih dari segala-galanya ? " kata Rasulullah .

" Aku cintakan Allah dan Rasul-Nya lebih dari keluargaku, isteriku dan segalanya kecuali diriku sendiri " kata Saidina Umar .

Lalu Rasulullah S.A.W. pun berkata tentang imannya.

" Wahai Umar , imanmu belum sempurna lagi..kerna cintakan Allah dan Rasul-Nya mestilah lebih dari segala-galanya termasuk dirimu sendiri . "

Saidina Umar pun berkata " Wahai Rasulullah , sekarang ini aku lebih cintakan Allah dan Rasul-Nya lebih dari segala-galanya termasuk diriku sendiri "

" Sekarang barulah sempurna imanmu Wahai Umar " kata Pesuruh Allah .

Begitulah sifat seorang sahabat Nabi terhadap Pesuruh Allah . Iman mereka terlalu kuat kepada Allah dan Rasul . 

Rasulullah pernah berkata . " Jika ditimbang iman semua kaum Islam di dunia ini, iman Abu Bakarlah yang paling berat " 

SubhanaAllah ! hebat sungguh sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W.

Soal Janggut

Ada satu kisah mencerita tentang seorang sahabat dengan Nabi Muhammad S.A.W.

Suatu hari ketika apabila selesai solat berjemaah di masjid . Rasulullah S.A.W. menoleh kepada seorang  sahabat lalu tersenyum . Sehinggakan setiap kali Rasulullah S.A.W. bertemu dengannya , Rasulullah akan tersenyum . 

Sahabat ini merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya sehingga menyebabkan Rasulullah asyik tersenyum kepadanya...
Lalu dia melihat wajahnya di cermin . Di melihat janggutnya yang hanya mempunyai tiga helai sahaja .

" Oh...mungkin sebab janggutku yang tiga helai ini yang menyebabkan Rasulullah tersenyum " kata sahabat itu..

Lalu dia terus mencukur ketiga-tiga helai janggutnya itu kerana dia merasakan janggutnya itu adalah bahan ketawa orang ramai..

Suatu hari ketika selesai solat Nabi menoleh kepada sahabat itu . Lalu wajah Rasulullah S.A.W. masam . Setiap kali bertemu dengan sahabat tersebut Rasulullah akan berwajah masam..Sahabat itu pelik . Lalu dia pun mengambil keputusan untuk bertanya kepada Rasulullah S.A.W. tentang wajah yang dulunya tersenyum dan kini bertukar menjadi masam kepadanya..

" Wahai Rasulullah , kenapakah kau dahulu tersenyum melihatku dan kini kau bermasam muka kepadaku ? " kata sahabat itu .

Rasulullah pun berkata kepada sahabat itu. " Wahai sahabat , aku tersenyum kepadamu dahulu kerana melihat tiga helai janggutmu yang mana setiap helai janggutmu itu terdapat bidadari yang sedang bergayut . Tapi aku kini bermasam muka kerana aku tidak melihat lagi bidadari tersebut ".
 Janggut adalah sunnah Rasulullah S.A.W. 

Rasulullah ada bersabda : Barang sesiapa yang menolak sunnahku maka ia bukanlah dari umatku .

P/S : Marilah kita mengamalkan sunnah Rasulullah S.A.W. di dalam kehidupan kita . InsyaAllah .

Friday, 1 March 2013

Soal Purdah menurut Imam Syafi'ie




Mazhab Syafi’ie
Pendapat mazhab Syafi’ie, aurat wanita di depan lelaki ajnabi (bukan mahram) adalah seluruh tubuh. Sehingga mereka mewajibkan wanita memakai purdah/niqab di hadapan lelaki ajnabi. Inilah pendapat muktamad mazhab Syafi’ie.
1. Asy Syarwani berkata:
إن لها ثلاث عورات : عورة في الصلاة ، وهو ما تقدم ـ أي كل بدنها ما سوى الوجه والكفين . وعورة بالنسبة لنظر الأجانب إليها : جميع بدنها حتى الوجه والكفين على المعتمد وعورة في الخلوة وعند المحارم : كعورة الرجل »اهـ ـ أي ما بين السرة والركبة ـ
“Wanita memiliki tiga jenis aurat, (1) aurat dalam solat (sebagaimana telah dijelaskan) iaitu seluruh badan kecuali wajah dan telapak tangan, (2) aurat terhadap pandangan lelaki ajnabi, iaitu seluruh tubuh termasuk wajah dan telapak tangan, menurut pendapat yang muktamad, (3) aurat ketika berdua bersama yang mahram, sama seperti lelaki, iaitu antara pusat dan lutut.” (Hasyiah Asy Syarwani ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 2/112)
2. Syaikh Sulaiman Al Jamal berkata:
غير وجه وكفين : وهذه عورتها في الصلاة . وأما عورتها عند النساء المسلمات مطلقًا وعند الرجال المحارم ، فما بين السرة والركبة . وأما عند الرجال الأجانب فجميع البدن
“Maksud perkataan An-Nawawi, ‘aurat wanita adalah selain wajah dan telapak tangan’, ini adalah aurat di dalam solat. Adapun aurat wanita muslimah secara mutlak di hadapan lelaki yang masih mahram adalah antara pusat hingga lutut. Sedangkan di hadapan lelaki yang bukan mahram adalah seluruh badan.” (Hasyiatul Jamal Ala’ Syarh Al Minhaj, 411)
3. Syaikh Muhammad bin Qaasim Al Ghazzi, penulis Fathul Qaarib, berkata:
وجميع بدن المرأة الحرة عورة إلا وجهها وكفيها ، وهذه عورتها في الصلاة ، أما خارج الصلاة فعورتها جميع بدنها
“Seluruh badan wanita selain wajah dan telapak tangan adalah aurat. Ini aurat di dalam solat. Adapun di luar solat, aurat wanita adalah seluruh badan.” (Fathul Qaarib, 19)
4. Ibnu Qaasim Al Abadi berkata:
فيجب ما ستر من الأنثى ولو رقيقة ما عدا الوجه والكفين . ووجوب سترهما في الحياة ليس لكونهما عورة ، بل لخوف الفتنة غالبًا
“Wajib bagi wanita menutup seluruh tubuh selain wajah telapak tangan, walaupun penutupnya tipis. Dan wajib pula menutup wajah dan telapak tangan, bukan kerana keduanya adalah aurat, namun kerana secara umum keduanya cenderung menimbulkan fitnah.” (Hasyiah Ibnu Qaasim ‘Ala Tuhfatul Muhtaaj, 3/115)
5. Taqiyuddin Al Hushni, penulis Kifaayatul Akhyaar, berkata:
ويُكره أن يصلي في ثوب فيه صورة وتمثيل ، والمرأة متنقّبة إلا أن تكون في مسجد وهناك أجانب لا يحترزون عن النظر ، فإن خيف من النظر إليها ما يجر إلى الفساد حرم عليها رفع النقاب
“Makruh hukumnya solat dengan memakai pakaian yang bergambar atau lukisan. Makruh pula wanita memakai niqab (purdah) ketika solat. Kecuali jika di masjid keadaannya susah dijaga dari pandnagan lelaki ajnabi. Jika wanita khuatir dipandang oleh lelaki ajnabi sehingga menimbulkan kerosakan, haram hukumnya melepaskan (tidak memakai) niqab (purdah).” (Kifaayatul Akhyaar, 181)

P/S : Istiqamahlah apabila melakukan sesuatu kebaikan . InsyaAllah . Allah S.W.T. akan membalasnya dengan ganjaran yang setimpal diatas kebaikan yang kita lakukan .

Bercinta Sebelum Nikah ???

Bercinta sebelum nikah ???? Sungguh perit padahnya nanti . Ia akan membawa kita de jalan zina . Mula mula  berkenalan . Kemudian, ber'SMS' , dating , pegang tangan dan akhirnya melakukan penzinaan . Astagfirullah !!!

Begitu mudah makhluk Allah yang bergelar SYAITAN ini menyesatkan manusia yang hatinya gelap ibarat lampu yang ditutupi dengan kain hitam atau seperti matahari yang sedang mengalami gerhana . Hati mereka terlalu gelap !

Allah S.W.T. melarang kita melakukan zina melalui perkataanNya daripada kitab suci Al-Quran yang diturunkan kepada baginda Nabi Muhammad S.A.W. 

'' La takrabu Zina.......... "  Maksudnya : Janganlah menghampiri zina .

Tetapi manusia sekarang memperlekehkan kata-kata Allah S.W.T. Lihat zaman sekarang ! Orang yang tiada iman dalam dadanya sesuka hati melakukan 'seks bebas' dengan rela . Di negara barat sana . Mereka membuat penyiasatan terhadap lelaki . Mereka bertanya kepada salah seorang lelaki barat .

" Kenapa lelaki tidak mahu bertanggungjawab ke atas anak yang dikandung ? "

Lelaki barat menjawab " Kami mahu bertanggungjawab tapi kami tidak tahu itu anak kami ataupun bukan sebab terlalu ramai yang 'buat' dengan dia (wanita) "

Marilah kita BERTAUBAT sebelum kita menemui ajal . Sesunnguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang .

Kejarlah cinta Allah dan RasulNya dahulu . 

P/S : Bercintalah selepas nikah dengan iman yang kuat kepada Allah dan Rasul . InsyaAllah , kebahagiaan yang hadir bukanlah kekecewaan .

Kisah seorang sahabat Nabi S.A.W.

Ketika Rasulullah S.A.W. hampir wafat , Rasulullah mengumpulkan semua kaum muslimin dan beliau pun berkata kepada mereka semua....

" Wahai kaum muslimin !  barang sesiapa yang pernah aku menzaliminya , maka tampillah kepadaku..buatlah perhitungan kepadaku.. "

Semua sahabat Rasulullah S.A.W. terdiam .

Nabi S.A.W. mengulangi percakapannya tadi sebanyak tiga kali .

Rasulullah pun mengulangi ucapannya buat kali yang keempat . Tiba-tiba bangkit seorang sahabat lalu berkata...

" Ya Rasulullah ! dahulu ketika dalam peperangan , aku ditahan olehmu dengan tongkatmu di badanku..Jadi sekarang aku ingin melakukannya seperti mana yang kau lakukan kepadaku.. "

Rasulullah S.A.W. pun mengarahkan Saidatina Aisahah R.A. mengambil tongkat Rasulullah di rumah dan diberikan kepada sahabat tersebut . Sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W. yang lain terkejut dan menangis kerana ada juga seorang sahabat yang menuntut sesuatu daripada Pesuruh Allah itu .

Lalu lelaki itu pun berkata lagi..

" YA Rasulullah , dulu kau menahan badanku menggunakan tongkatmu itu dengan keadaan aku tidak berbaju . "

Rasulullah pun membuka bajunya..begitu juga sahabat itu .

Semakin sedih sahabat-sahabat yang lain melihat kejadian tersebut .

Sahabat itu pun pergi menghampiri Rasulullah S.A.W. sambil di tangannya memegang tongkat tersebut . Tiba sahaja dia menghampiri Rasulullah S.A.W. ......Dia melepaskan tongkat itu dan memeluk Rasulullah S.A.W.

" Ya Rasulullah ! Sebelum kau wafat...biarkanlah kulitku bersentuh dengan kulitmu semoga ia menjadi saksi di akhirat kelak " kata sahabat tersebut sambil mengeluarkan air matanya..

Lalu Rasulullah S.A.W. berkata kepada kaum muslimin..

" Sesiapa yang ingin melihat ahli syurga maka lihatlah dia ( Nabi menunjukkan sahabat tersebut ) "

Begitu sayangnya sahabat Rasulullah terhadap Pesuruh Allah iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Adakah kita mencintai Rasulullah seperti sahabat-sahabat beliau ???? 

Perbanyakkanlah selawat keatas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. 


Tips Cemerlang

Tips Cemerlang ini dipetik daripada Ceramah Motivasi 
Prof. Madya Dato' Hj. Mohd Islam bin Mustari

- Sahkan diri anda dengan bentuk imej .
- Percaya dalam setiap tindakan yang anda lakukan .
-Kawal emosi anda .
- Bina potensi diri .
- Nikmatilah keindahan setiap saat yang dilalui .
- Fokus dan kembangkan pengaruh anda .
- Matlamat memandu kehidupan anda .
- Kejujuran adalah polisi terbaik .
- Abaikan individu dan perkara negatif disekeliling anda .
- Lakukan SEKARANG ! Jangan tunggu-tunggu masa yang sempurna .
- Pengetahuan diikuti dengan tindakan memberikan anda kuasa .
- Hidup dengan kemungkinan yang tiada batasan .
- Lakukan PERUBAHAN !
- Suburkan minda dengan perkara yang positif dan memberansangkan .
- Optimumkan penggunaan sumber anda .
- Rancang kerja dan laksanakan apa yang dirancang .
- Orang berputus asa tidak akan menang , dan pemenang tidak akan berputus asa .
- Fikir kembali , fokus kembali dan tambahkan tenaga tentang peranan dan pencapaian anda .
- Hentikan sikap bertangguh-tangguh .
- Masa itu adalah kehidupan , gundah semaksimum mungkin .
- Tingkatkan nilai anda melalui pembelajaran .
- Buat bayangan minda apa yang anda inginkan .
- Perhatikan dan pantaukan tabiat anda .
- Gandakan usaha anda sehingga 110%
- Anda adalah unik . Jangan bandingkan dengan orang lain .
- Zoomkan matlamat anda dan jagakannya .

InsyaAllah dengan tips-tips ini , kita dapat sama-sama memperbaiki diri kita daripada insan yang kosong menjadi insan yang penuh dengan kecemerlangan . InsyaALLAH !!