Penyakit yang sangat sukar untuk
diubati melainkan diri sendiri yang makan ubat itu ialah penyakit ‘ mengambil
hak orang lain tanpa izin’. Penyakit ini sering saja berlaku kepada
sesiapa pun samada di sekolah, asrama, bersama sahabat, bersama staf kerja dan
sebagainya . Penyakit mengambil hak orang lain ini tidak disukai oleh ramai
orang. Bahasa kasarnya ialah ‘ benci ‘. Bukan benci dengan orangnya tapi
benci dengan sikapnya.
Apabila kita sembang tentang ‘
ambil hak orang lain tanpa izin ‘ ini, kita akan fikir tentang ambil duit orang
atau barang berharga kepunyaan orang lain. Tapi itu semua kita sudah makruf.
Semua sudah tau apa hukumnya. Tetapi ada satu hal yang ingin di titik beratkan
iaitu mengambil hak orang lain tanpa izin dari segi pemakanan. Baik.
Mari kita cerita sikit soal ini.
Mengambil
hak pemakanan orang lain ini juga dikira sebagai satu kesalahan besar disisi
agama kerana ia melibatkan halal dan haram. Macam mana tu ambil hak orang dalam
aspek pemakanan ? Ok. Begini. Kita bagi contoh ok. Kita dengan roommates kita. Satu hari tu
seorang dari roommates kita ada tinggalkan sepotong kek didalam peti ais.
Kemudian kita ambik sudu, apa lagi ! Kita pun jamah sikit kek tu tanpa kita
sedar makanan yang kita makan itu halal atau haram. Kalau dari segi kek itu
sudah pasti kek itu kek yang halal kerana dibeli dan dibuat dengan cara yang
halal tapi orang yang makan itu hukumya halal atau haram ? Jawabnya haram
kerana kita makan makanan orang tanpa keizinan tuannya. Walaupun tuan empunya
kek itu seorang yang baik atau seorang tidak kisah, tapi kita sebagai orang
Islam pasti dan kena bahkan wajib meminta izin dahulu kepada empunya makanan
itu. Kadang-kadang kek tu sebenarnya bukan kepunyaan roommates kita tapi kek itu kepunyaan orang lain. Roomates
hanya simpankan je dalam peti ais. Boleh jadi masalah besar kalau macam ni.
Begitu
juga dengan mengambil makanan orang lain tanpa izin tapi dengan tujuan yang
baik. Ia tetap menjadi kesalahan kerana memberi makan kepada orang lain tanpa
izin tuan empunya barang meskipun niat dan tujuan kita itu mulia. Pernah kita
dengar satu kisah Rasulullah s.a.w bersama dua orang lelaki yang mana seorang
dewasa dan seorang lagi kanak-kanak. Ketika itu sebelah kiri baginda ialah
Saidina Abu Bakar As-Siddiq r.a. manakala disebelah kanan baginda ialah seorang
kanak-kanak. Waktu itu Baginda sedang minum dan baginda ingin kongsikan air
tersebut pada sahabatnya Abu Bakar tapi Abu Bakar disebelah kiri. Padahal yang
lebih diutamakan disebelah kanan. Kemudian Rasulullah s.a.w. meminta izin
kepada kanak-kanak itu untuk baginda memberikan dahulu air yang baginda minum
itu kepada sahabatnya Abu Bakar r.a. malahan kanak-kanak itu menjawab ‘
tidak boleh kerana itu hak saya kerana saya disebelah kananmu ‘. Lalu
baginda memberikan minuman itu kepada kanak-kanak itu. Dari kisah itu kita
dapat beberapa pengajaran. Pertama, sifat Rasulullah yang suka memberi.
Kedua, sifat Rasulullah yang meminta izin dahulu kepada kepunyaan hak.
Ketiga, sifat Rasulullah yang sentiasa mendahului yang kanan dari yang kiri.
Meskipun sahabat baginda Abu Bakar itu pangkatnya lebih besar dari kanak-kanak
itu tetapi baginda tetap meminta izin kepada kanak-kanak yang hanya seorang
kanak-kanak sahaja kerana baginda tahu itu haknya untuk meminum air tersebut.
Indah kisah ini jika kita hayati dan mengalaminya serta mengamalkan sifat-sifat
Rasulullah s.a.w. itu tadi.
Jadi
akhirnya mari kita sama-sama menjaga hak kepunyaan orang ramai. Mintalah izin
sebelum mengambil hak kepunyaan orang meskipun niat kita itu baik kerana manusia
ini ada pelbagai. Ada yang panas baran. Ada yang suka memaki hamun orang. Ada
juga sampai memutuskan tali silaturahim sesama Islam hanya kerana geram. Silap
nanti akan jadi satu masalah yang besar hanya kerana mengambil makanan orang
lain tanpa izin melainkan dengan izinnya sendiri. Jadi, mari kita hidupkan suasana yang aman dan
gembira sesama kita. Wallahu ‘alam.
: Ciptaan Khalifah ::