Apabila dua
perkara yang menjadi persoalan maka selidik dan pilihlah dengan tepat. Memilih
untuk dua perkara hendaklah melalui pilihan berdasarkan mata. Bukan sahaja mata
pancaindera malah melalui mata hati juga.
Memilih ini
mestilah dengan pilihan yang betul. Ibaratnya seperti kita menjawab soalan
peperiksaan objektif. Jawapan yang diberikan terbahagi kepada empat jawapan.
Samada A,B,C dan D. Maka kita mestilah memilih salah satunya untuk kita meraih
markah dan ianya pasti betul.
Begitu juga
dalam pemilihan antara dua perkara yang mana salah satunya pasti ada silapnya.
Oleh itu, selidik. Kita tengok mana satu antara keduanya yang betul untuk
dijadikan sebagai pilihan.
Sesudah
sahaja kita membuat penyelidikan. Kita lihat baik buruknya. Kita lihat mana
yang banyak membawa kebaikan. Mana yang bawa keburukan. Akhirnya, kita akan
dapat jawapan yang tepat.
Akan tetapi,
menjadi satu bencana yang sangat merugikan kita apabila kita tahu jawapan A itu
jawapan yang tepat tetapi kita lebih cenderung kepada jawapan B yang sah-sah
salahnya. Ia akan merugikan kita. Bukan sahaja rugi di masa yang singkat malah
akan membawa kepada masa yang panjang. Masa depan kita nanti.
Saya bagi
contoh. Ditangan kanan saya ada emas. Ditangan kiri saya ada besi. Saya pun
minta seseorang buat pilihan dan pada awalnya dia lihat dengan matanya sendiri
yang tangan kanan saya itu emas dan tangan kiri itu besi. Akan tetapi, jawapan
yang dipilih oleh orang itu ialah besi. Kenapa memilih besi ? Sedangkan dia
tahu yang tangan kanan saya itu emas yang akan membawa kebaikan untuknya.
Malangnya mata hati mereka tidak digunakan.
Perkara ini
sudah berlaku sekarang. Mereka tahu yang mereka bersama orang yang salah. Orang
yang banyak buat masalah. Tetapi mereka tetap memilih untuk mengikuti orang
tersebut. Mereka masih mahu duduk bersama dengan orang sebegitu. Kenapa? Ada
kepentingan apa yang membuatkan mereka mahu dan masih mahu duduk bersama
orang-orang yang salah. Adakah soal duit? Tak yakinkah Allah itu pemberi rezeki
? Adakah soal jawatan? Tak rasakah Allah itu Maha Besar dan Maha Berkuasa ? Kenapa
perlu dikejar jawatan tu. Meminta jawatan ini jadi wajib minta jawatan
sekiranya kalau bukan kita yang mengisi jawatan itu akan membawa kerosakan di
bumi malah untuk Islam.
Sebagai
contoh mudah faham. Ada jawatan Ketua Pencegah Maksiat yang kosong dalam satu
kawasan tersebut. Tapi dalam kawasan tu, ada dua orang yang celik pandai.
Sorang pandai buat maksiat. Sorang lagi pandai cegah maksiat. Jadi orang yang
pandai cegah maksiat yang perlu isi kekosongan jawatan tersebut. Sekiranya
jawatan itu diberi kepada orang yang pandai buat maksiat, maka akan rosaklah
kawasan tersebut dan rosak agama Islam juga.
Jadi,
akhirnya pilihlah dengan menggunakan mata hati. Buat pilhan yang tepat. Jangan
ada rasa bila ada kepentingan untuk diri, sanggup menolak sesuatu yang benar
dan ikut yang salah. Itu tak betul. Cuba fikir untuk buat sesuatu pemilihan itu
akan menguntungkan Islam. Dan cuba fikir sesuatu tu untuk dapatkan keredhaan
Allah SWT. Paling kurang pun fikirlah untuk dapatkan syurga Allah SWT. Untuk
dapat pahala. Bolehkan ? Jadi, semoga kita bersama dengan orang-orang yang
membawa kebenaran dan masih belum terlambat untuk kita sama-sama perbaiki diri
kita dari masa ke semasa. InsyaAllah.
Hasnul Hakimi bin Hussien
3 Februari 2017
10.00 malam