Menurut kata-kata Imam Syafie " Selagi diriku mencari ilmu, selagi itulah aku merasa diriku begitu jahil ".
Ilmu Allah itu luas . Lebih luas daripada langit dan bumi malah lebih luas daripada apa-apa sekalipun . Imam Syafie seorang hamba Allah yang sangat kuat beribadah dan mencari ilmu . Walaupun diri beliau sebegitu berilmu dari kita, malah beliau tetap istiqamah mencari ilmu walau dimana saja beliau berada. Begitu juga Imam Nawawi, seorang ulama' islam yang tersohor . Beliau terlalu sibuk mencari ilmu dan mengarang khulasahnya sehinggakan beliau tiada masa untuk berumah tangga sampailah ajal menjemputnya. MasyaAllah ! Sungguh hebat ulama' -ulama' terdahulu . Kita bagaimana ?
Menurut hadis riwayat Al-Imam at-Tarmizi ada menyatakan tentang kelebihan mencari ilmu .
- Rasulullah s.a.w. yang bersabda (ertinya) : " Sesiapa sahaja yang melalui satu jalan demi menuntut ilmu, maka Allah nanti akan melalukan (mempermudahkan laulan orang itu) ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat sentiasa membuka sayap-sayap mereka kerana mengharapkan keredhaan (Allah) kepada para penuntut ilmu . Dan sesungguhnya orang ilmu alim itu, sentiasa akan diminta ampun untuknya oleh setiap makhluk yang berada di langit dan di bumi, hinggakan ikan-ikan di dalam air . Dan sesungguhnya orang alim di atas seorang abid (orang yang suka beramal ibadah) adalah seumpama kelebihan (kedudukan) bulan di atas segala planet. Sesungguhnya para ulama' itu adalah para pewaris para nabi (a.s). Dan sesungguhnya para nabi (a.s.) tidak pernah mewariskan sebarang dinar ataupun dirham melainkan mereka semua hanya meninggalkan ilmu semata-mata . Maka sesiapa sahaja yang mengambil warisan (daripada para nabi a.s. itu), maka sesungguhnya dia benar-benar telah mengambil keuntungan yang terlalu besar."
Sungguh beruntung bagi sesiapa yang menuntut ilmu dan rajin mencari ilmu Allah s.w.t hanya kerana niat pada Allah serta sebagai bekalan untuk akhirat kelak.