Friday, 5 July 2013

Mari Dakwah - Ustaz Azhar Idrus


UNIC - Binnabil Huda


Bagaimana Mengurus Jatuh Cinta ?

Soalan : Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikut nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu.

Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Apakah yang saya lakukan ini diredhai Allah ? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, sepenuhnya kerana Allah ? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul ?

MELUAHKAN HASRAT HATI SECARA BIJAKSANA DAN SOPAN

Luahkan niat kepadanya secara berselindung tetapi boleh difahami. Kita mengambil inspirasi daripada tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah semasa melamar Rasulullah s.a.w. Dalam Islam bukanlah satu keaiban perempuan melamar lelaki yang diminatinya.

Imam al-Bukhari dalam Sahihnya siap membuat satu bab bertajuk " Wanita yang menawarkan dirinya kepada lelaki soleh ". Pada suatu hari seorang wanita datang kepada Rasulullah lalu menawarkan dirinya untuk menjadi isteri Baginda. Wanita itu berkata, " Adakah Tuan berhajat kepadaku? "

Anak perempuan Anas yang turut berada ketika itu mengulas : " Alangkah kurangnya perasaan malu si wanita itu dan amat memalukan perbuatannya. "

Maka Anas segera menjawab : " Bahkan dia lebih baik daripadamu ! Ia berkehendakkan Nabi lalu menawarkan dirinya kepada Baginda. " ( Riwayat al-Bukhari )

Imam Ibn Hajar dalam Fath al-Bari menegaskan bahawa tiada keaiban bagi wanita yang menawarkan dirinya untuk seorang lelaki.

Maka harap tidak terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar lelaki yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik.

MEMPERKENALKANNYA KEPADA KELUARGA

Pihak wanita diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah bagi memperkenalkannya kepada kedua ibu bapa. Syaratnya mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau wali lain dalam majlis itu. Saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik.
Memang terdapat hadis-hadis yang menjelaskan bahawa diizinkan bagi lelaki dan wanita yang berniat untuk berkahwin untuk mengenali bakal pasangan masing-masing dengan lebih dekat.
Pada suatu hari seorang sahabat datang kepada Nabi dengan menyatakan hasratnya ingin memperisterikan seorang wanita Ansar. Lalu Baginda bertanya : " Adakah kamu sudah melihatnya? "
" Belum "
Lantas Nabi menjawab " Pergilah melihatnya kerana di mata wanita itu ada sesuatu (tanda). " (Riwayat Muslim)
Dalam situasi lain, Nabi juga pernah berpesan kepada Mughirah bin Syu'bah yang ingin meminang. Nabi berkata : " Pergilah melihatnya. Sesungguhnya itu akan lebih menjamin berkekalannya kamu berdua. " ( Riwayat al-Turmizi )
Perlu diingatkan bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud meninjau sikap,budi bahasa,cara hidup dan apa-apa maklumat yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan.

JANGAN BERTANGGUH

Saling berhubung tanpa ikatan dalam tempoh yang lama akan semakin membawa kepada yang haram. Semaksud dengan hakikat ini juga, tidak elok hanya berangan-angan untuk sekian lama. Sabda Nabi bermaksud : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah! " ( Riwayat Ibn Majah )

JANGAN MENGHEBAHKAN HAL KEPADA ORANG LAIN SELAGI BELUM DIIJABKABULKAN

Ikatan janji untuk berkahwin boleh membawa fitnah dengan mudah. Terdapat banyak kes orang bertunang yang berpisah dek pelbagai faktor.

ELAKKAN BERTEMU BERDUA-DUAAN

Elakkan perkara ini samada bertemu di tempat terbuka atau tertutup kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang 'merapu' dan tidak langsung mempunyai ilmu tentang batas hubungan antara lelaki dengan wanita menurut Islam. Sekadar membawa mana-mana mahram belum cukup.

KURANGKAN PERHUBUNGAN SECARA LANGSUNG

Lebih-lebih lagi tentang perkara tidak penting. Elakkan bercakap secara langsung dengannya. Gunakan media perantara misalnya e-mel, surat, dan pesan ringkas (SMS).

Tuesday, 2 July 2013

~ Cintailah Penciptanya sebelum mencintai ciptaanNya ~

Lelaki ,,
janganlah sampai kecintaanmu kepada wanita menyebabkan engkau lupa kepada ALLAH, lupa akan perintah-NYA dan melanggar segala larangan-NYA sehingga engkau menjadi hamba kepada hawa nafsumu sendiri....

Wanita ,,
jangan kerana cintamu kepada lelaki menyebabkan engkau menggadai maruahmu, engkau lupa tanggungjawabmu, engkau cemarkan kesucianmu, engkau dedahkan auratmu dan melanggar perintah Tuhanmu...

Isilah hati dengan cinta kepada ALLAH, itulah hati yang hidup, hati yang terpelihara dan tidak mudah tercemar, jangan sampai cinta kepada makhluk menghapus cinta kepada Khaliq, ia akan membuatkan hati menjadi kosong dan mudah tergoda...

#sharing is caring =)