Friday, 28 June 2013
Friday, 7 June 2013
Tentang Sahabat
Memilih sahabat yang membawa kepada kebaikan sememangnya menjadi satu kewajipan kepada setiap individu . Berapa ramai yang tersasar daripada maksud asal hanya kerana tersalah memilih kawan .
Tersebut dalam satu syair Arab yang bermaksud " Janganlah kamu bersahabat dengan si pemalas dalam hal ehwal dirinya, sudah berapa ramai orang baik menjadi rosak dengan sebab orang lain ( sahabatnya ) ."
Sahabat yang baik akan membawa sahabatnya ke jalan yang baik dan begitulah sebaliknya . Sifat itulah yang digambarkan menerusi hadis sebagai sifat Mukmin yang patut diamalkan .
Dalam riwayat al-Bukhari , Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Seorang Mukmin itu adalah cermin kepada saudaranya . Apabila dia melihat sesuatu aib ( kesalahan ) pada sahabatnya, lantas dia akan memperbaikinya ."
Oleh sebab itu , pemilihan sahabat handai perlu bermula dari sekarang . Kira tidak menolak untuk berkawan dengan semua orang dan perlu menyebarluaskan tali silaturrahim tanpa membezakan siapa pun mereka .
Tetapi yang dimaksudkan memilih sahabat adalah memilih siapakah yang akan sentiasa kita dampingi dan menjadi tempat luahan apabila hadirnya masalah dan menjadi tempat perkongsian kegembiraan kita .
Subscribe to:
Posts (Atom)